Tuesday, April 26, 2011

Rasa nak Makan Orang?

Rasa nak makan orang? Wei, jangan jangan jangan. Banyak lagi benda lain yang boleh makan, otak otak kempas ke, jambu batu ke, belimbing besi ke. ;)

Sabtu lepas, 23 April 2011, pergi jalan-jalan dengan niat untuk lepaskan tensen setelah perasaan rasa-nak-makan-orang hadir dalam diri ini. Hey, tanya pulak. Apa nak buat untuk lepaskan tensen? Common sense sangat soalan tuh. Kemon lah kemon lah.

Kalau tanya dengan orang perempuan, apa yang mereka buat untuk lepaskan tensen. Jawapan fevret selalu akan ada tiga je, "SHOPPING, KaraOK, MAKAN". Betul kan?

Jadi, aku pilih jawapan nombor tiga. Makan. Malam sebelum tuh, dah search kat tenet, apa benda yg seswai sekali nak pi terjah. McDonald? Na na na, dah biasa. Pizza Hut? Na na na, baru hari tuh g makan. Sushi King? Na na na, mahai tak cukup duit nak bayar kang. Aku hantu sushi. ;)


Pk punya pk punya pk punya pk lagi, Johny? Secret Recipe? Na na na. Setelah habis idea, habis modal, KFC datang menjelma. So, why not, kan? Dah lama giler kot tak makan KFC. Ada apa dengan KFC?


Ada ini. Burger dia yang sedap dan enak dan melazatkan dan kenyang dan siyes tak tipu. ;)


Breakfast start 4am -11am. Everyday ;)

Bergegaslah aku dengan Wong mencari KFC Breakfast seawal 10 pagi. Awal la tuhhh bagi aku. ;) Free Coffee Refill, OK la tuh kan. Tak tahu sama ada aku lapar atau pun apa. Tapi, memang rasa sedap sangat. :) Tak percaya, cuba tanya Wong. Next time, kitorang siap rancang nak kuar awal, pergi pukul 9 pulak, nak rasa yang ada cheese on top tuh. ;)


Bila perut kenyang, terus senang hati, masuk berjalan-jalan ke Jusco. Tengok tengok sale, sambil cari hadiah untuk kawan kawen. Oh lupa plak, ada discount 15% untuk barangan baju etc., dan 5% untuk makanan etc. sampai akhir bulan April 2011 kot. Korang double check balik. Tak sure sangat.

Oi oi oi, lupa lagi. Mak nenek betullah sekarang nih. Ok, KFC tadi tuh kan, skang pun korang tahu ada O.R Chicken Chop. Alah, macam gambar bawah nih.


Kalau korang pergi KFC, pastuh beli chicken chop macam gambar atas nih, korang boleh upgrade to Regular size of Cheesy Wedges, betullll, tak tipu. Tapi sampai 30 April 2011 nih je eh. Korang kena PRINT coupon bawah nih. Tak kisah la Color atau Black n White. Boleh aje.



Suka tak, suka tak? Suka kan?


Bila perut dah lapar balik petang tuh, beli ini pulak. Tak dapat Sushi King, Sushi kat JJ pun ok lah ;) Rasa dia memang sama je lah. Kalau beli set yang bawah nih, RM4.90. Rasa sama saja, sedap ;) Memang tak berubah, walau tukar pekerja ;)

Sushi JJ ;)


Lepas dah pung pang borak borak berdua, cari idea lain, makan aiskrim plak. Aiskrim nih RM5 saja 1Liter. ;) Kan dah cakap tadi, Jusco tengah sale untuk Ahli JCard. Jadi, kitorang beli, makan, kongsi, borak borak dan kenyangggggg ;)


Akhir sekali, bila dah balik, tengok ciku dekat kolej dah kembali berbuah. Tengoklah kau, macam anggur pulak banyak dia. ;) belum besar lagi, jadi jangan lah berangan nak pergi petik. ;)

But, seriously, MAKAN adalah terapi terbaik untuk lepaskan tensen. Tapi, make sure jumlah makanan, jumlah kalori yang anda ambik. ;) Jangan terlebih, takut obes.

Akhir sekali, Jom Kita MAKAN ;)

Monday, April 18, 2011

Mari Tengok Tunang-Tunangan~

Adik adik, abang abang, akak akak, ini bukan typo. Memang "Tunang-tunangan." Bukan Kunang-kunangan. Ada ke perkataan gini dalam BM? Gasaklah, aku perosak bahasaaaaaaaa!

Lantak lah nak kata apa. Ini entry ekspress rakyat. Ekpress Maju, Ekspress KKKL. Semua Ekpress. Pos Laju pun boleh jugak. Dalam masa lima minit, janji, janji akan dipublish entry ini. Meaning: No Bebel, No Menceceh ceceh. Noktah.


Tarikh: 17 April 2011
Lokasi: Ayer Keroh, Melaka.



Gambar si bakal pengantin bulan tujuh tahun nih. Yang perempuan merangkap adik kepada akak ipar aku. Maknanya, adik ipar kepada abang aku. Boleh tangkap?




Geng Ungu Violet ;)




Geng Comels ;)




Bocah cilik yang rasa nak cubit-cubit pipinyaaaa ;)




Oh, sebelah kanan itu adik guwa.



Adik guwa buat aksi apa ntah ;) ahahha



Mak akak ipar guwa. :)



Sepupu akak ipar guwa. ;) Ingat tak geng comels tadi? ;)



Ini lagi sorang. Geng Comels tengah tunjuk gigi. ;)



Geng Comel tengah tunjuk kuku yang kaler pink. waduh waduh.



Guwa cuba nak ambik tempias tempias orang nak kawen ;)



Eh eh, Geng Comels nih, sengih sengih plak dia. Cubit pipi kang. ;)



Najwa dengan auntie awa.



Cuba tekaaaaa. Ini lelaki ke perempuan?????



Gambar atas tuh tadi, budak lelaki. Dari kecik memang tak pernah potong rambut. Ala-ala rambut Hakim Yang Adil dan Saksama, kan kan?

Gambar atas sebelah kiri sekali, akak ipar guwa.





Akhir sekali, Congrats dari guwaaaaa, cepat cepat naik jinjang pelamin, Kak Nadia oiiiii ;) Moga dipermudahkan segala urusan ;)



p/s: pastuh, pas pas la sket aura nak kawen tuh kat saya. ecececeh, dan dan tukar kata ganti diri kepada saya. Biar nampak lembut dan sangat sopan baik dari segi budi bahasa dan budi pekerti. ;) Chewahhhhh ;)


Ok, lebih dari 5 minit nak tulis entry nih, walaupun gambar dah lama diupload. Sila menyesal kerana terlebih masa sampai terkurang masa untuk tidur buat kerja.

Tuesday, April 12, 2011

Celoteh Rawak~

Wei, semua benda kau nak buat rawak. Lawak nak buat rawak, bicara nak buat lawak, foto pun nak jugak rawak, skang nih, CELOTEH plaks? Bukan sama ke CELOTEH dengan BICARA?

Okes, sadap yuuuuuu ;) Boooo kuat kuat. haha

Perasan tak, kadang-kadang, satu "benda kecik" yang berlaku dalam hari-hari rawak kau, boleh buat seluruh jam yang selebihnya dalam hari-hari rawak kau tuh GEMBIRA???

Kita tengok contoh la eh, aku tahu korang tak paham, sebab even aku sendiri pun tak paham ayat atas nih. ;)

"Eh, cantiknyaaaaaa. Baju nih beli kat mana?"

"Suka la tengok beg kau. Comelss sangat."

"Aku tak suka la tengok orang pakai tudung camtuh. Aku lebih suka tengok kau pakai tudung. Elok je terletak camtuh."

Apsal macam berat sebelah je contoh aku nih? Lebih cenderung ke arah gegirl, okeh, kita tukar kita tukar.

"Mak aiiii, sport rim kau, gilerrrr mengancam. Beli berapa tuh wes?"

"RM$$$"

"Murah jugak tuh, kat mana weh kat mana? Berkenan betul aku."


See? aku tak tahulah kalau contoh-contoh kat atas yang-berlaku-dalam-mana-mana-hari-rawak engkau orang, tak meninggalkan apa-apa kesan langsung atas diri korang. Engkau orang tak rasa macam hati berbunga-bunga kalau orang PUJI tentang appearance korang hari tuh? Takde rasa apa-apa? Betul? Kalau bos puji pun, tak berbunga ke rasa tuh?

"Kerja awak nih ok. Macam nih la cara nak hasilkan bla bla bla yang betul. Bagus."

Tak tahulah engkau orang. Tapi untuk aku, "benda-benda kecik" yang datang dari orang lain nih, kengkadang mampu buat aku tersenyum untuk jam-jam seterusnya. Bukan bermaksud aku sukakan pujian, bukan, tapi hey, sapa tak suka kena puji? cuma pujian yang datang dengan ikhlas la kan, bukan macam ala-ala membodek ke apa ke.

Ok, aku punya pernyataan yang atas tadi korang paham kan? Seswai tak agak-agak dengan quote nih?

Sometimes, Happiness doesn’t cost a thing.

Setuju angkat tangan, tak setuju boleh angkat tangan lambai-lambai macam Usop Wilcha, pastuh nanti aku bakar. ;)

Ok ok, makcik nak fokus nih. Makcik tak mahu menceceh lebih-lebih. Nak cepat nak cepat.

Jadi, ada "benda benda kecik" yang boleh buat aku berbunga mawar, ada juga "benda kecik" yang boleh buat aku berbunga taik ayam.

Aku mengaku, salah satu tabiat buruk aku adalah menjawab telefon dengan sambil lewa. Bila orang yang aku dah biasa call, aku cuma sapa dengan lebih kurang, lepas tuh terus nak straight tu the point. Contohnya macam nih:

"Hello, wes, aku kat bilik dah nih. Nanti nak makan tak? Haaa? ok ok, bungkus je la nanti. Ok. Bye." Klik.

Tengok? Bagi salam pun tak, tak tanya pun orang tuh sehat ke tak, dia kat mana ke apa ke. Dengan andaian, aku tahu orang tuh dekat mana. Sebab dah biasa dengan dia.

Bila aku tengah tidur, lagi dasat. Sambil tidur, boleh tengok dekat skrin handphone, lepas tuh fikir kejap. Kalau nampak nama macam yang jarang-jarang dengan aku, dua tahun sekali baru nak contact contact, aku biar je dia silent. Tekan terus butang # supaya tak bunyi ringtone handphone. Kalau orang tuh dah biasa dengan aku, aku akan angkat telefon. Bila cakap dengan orang yang dah biasa tuh, akan jadi gini:

"Bla, bla bla, aku nak ajak makan nih. Kau tengah tidur ke?"

"Hmmm... a'ah."

"Ohh, patutlah. Sorry sorry. Lain kali la kita makan sama eh."

"Ok."
Klik.

Aku terus letak. Lepas tuh, dalam hati marah-marah sebab kacau waktu tidur aku. Tengok? Aku expect orang tuh dah biasa dengan aku, dia faham yang aku tengah tidur. Bad habit, kan? Selalu expect orang yang dah biasa dengan kita, faham apa yang kita cuba nak buat.


Hari nih, lepas je balik dari jumpa supervisor, aku makan makan dekat bilik. Lepas tuh, ada dapat satu panggilan. "WithHeld" katanya. Selalu kalau private number, memang dekat skrin phone papar camtuh. Sambil makan karipap, aku pun jawab.

WithHeld: Hai, Azyan eh?
Aku: Hmm. Ye, yer. Napa?

WithHeld: Tengah buat apa?
Aku: Tak apa-apa. Sapa nih? A*** eh?

WithHeld: A'ah.
Aku: Tak payah la buat suara camtuh. Buruk la weh aku dengar.

WithHeld: Buruk eh?
Aku: Buruk ahhh. Aku dah tahu dah kau, tak payah lagi nak menyamar-nyamar.

WithHeld: Buat apa nih?
Aku: Makannnn.

WithHeld: Makan dengan sapa?
Aku: Makan dengan kawan aku lah. Napa?

WithHeld: Betul ke buruk suara?
Aku: A***, dah la dah la. Aku malas a layan kau. Kau nak apa nih sebenarnya?

WithHeld: Jangan a camtuh... tak bagi ALBUM kang baru tahu.
Aku: ?????????????????????? ALBUM???

Aku terdiam kejap. ALBUM? baru teringat, masa dalam bas tadi, pakcik bas pasang radio, deejay tuh kata, "SMS ALBUM" sekarang dan hantar ke Suria FM untuk memenangi CD terbaru Spider.

Aku dengan tersipu sipu dan serba salah sangat, terus cakap, "Nih Suria eh?" Orang yang call tuh punyalah ketawa besar, sampai terbahak bahak terbatuk batuk.

Lepas tuh, dia siap cakap, "Ni Naim dari Suria FM. Siapa A*** tuh? Nih kenapa macam marah je nih? Buruk ke suara saya? Bla bla bla."


Jadi, inilah akibatnya, kalau treat orang yang dah biasa dengan kita, nak tak nak je. Pengajaran! ;)

Mak aih, panjang giler kot aku membebel nih. Entah sapa ntah nak baca. ahaha tak pe tak pe, anggap ini reminder untuk diri sendiri. ;)


Bukti Menang ;) ALHAMDULILLAH.


Yeay, dapat album Spider! Rindu nak dengar suara Tam ;) Even kau boleh download seluruh album tuh, tapi benda kecik nih, buat kau happy je ;) dan paling tak best, bila benda kecik tuh pakej sekali dengan benda kecik yang buat kau serba salah. Best, tapi tak best. Apakah?

Sunday, April 10, 2011

Foto Rawak~

Bila bosan, bila tension, bila mengantuk, bila malas, tangan mula menconteng ikut suka rasa dan minda.

Gambar 1.1 Secebis kata pembuah rasa. Ewahhh ;)

Gambar 1.1 adalah foto yang terhasil tatkala penulis sedang merasai empat (4) gejala negatif dalam diri beliau. Berikut adalah definisi empat gejala negatif yang ditafsir oleh beliau sendiri:

Bosan - Writing in English.
Tension - Pembetulan yang perlu diperbetul dan diperbetul dan seterusnya. Setakat ini belum ada penamatan.
Mengantuk - Tengok kawan tidur dengan lena dibuai mimpi tatkala kita bersengkang mata. Saiko habis wei, setan sebuk hasut soh tidur jugak.
Malas - Bantal, FB, Blog seakan memanggil-manggil. Movie pun sama.

Berdasarkan gambar di atas, bolehlah disimpulkan disini bahawa empat gejala diatas sukar untuk ditepis jika ... bla bla bla....

Adalah lebih berkesan sekiranya perenggan di bawah ini dibaca dengan satu nafas sahaja:

Penulis merasakan di saat ini, dengan perhubungan talian internet yang sangat dan amatlah perlahan iaitu 17 KB/s berbanding sebelum ini iaitu 211 KB/s, menyebabkan cerita vampire diaries dan nikita yang dimuat turun tersangatlah perlahan, maka beliau amatlah dukacita lalu perasaan seperti ingin menggigit-gigit monitor laptop sendiri terhasil jua. Oleh kerana monitor tidak boleh digigit kerana ia bukan salah satu makanan, jadi penulis harus perlu bergegas segera ke kafeteria untuk membeli nasi berlauk ikan dan lobak, untuk meredakan hati yang panas. ASTAGHFIRULLAH.

Kan dah kata kan, ini adalah FOTO RAWAK? Jadi, tengok aje FOTO, abaikan anasir-anasir luar yang panjang berjela seperti tulisan ini. Sekian.


*******************************************


Kesinambungan daripada Gambar 1.1 di atas, blog yang ditulis oleh (IslamicThinking, 2011) melaporkan perbuatan Sujood seperti Gambar 1.2 di bawah.


Klik sini untuk paparan lebih jelas dan terang.

Islamic Thinking nih fofular. Bila tengok dekat twitter 10 songs, dia pun folo, Siti Nurhaliza pun folo, Yuna pun folo, Wardina pun folo, jadi I pun foloooooooo ;) Boleh kata siapa yang I folo, pun folo dia. Ramai yang ReTweet @IslamicThinking punya Tweet Tweet. Korang pun folo la eh? twitter.com/islamicthinking

Gambar 1.2 memaparkan perbuatan tunduk dan sujud kepada Maha Pencipta Allah Subhanahu Wa Ta'ala. SUBHANALLAH.

"Selalu basahkan lidah dengan berzikir dan menyebut Nama Allah. Insya-ALLAH, DIA tidak akan lupa kita, waktu kita susah."

Saturday, April 2, 2011

Ketawa dan Makan dan Ketawa ;)


Marilah kita ikut tagline Pizza Hut. EAT.LAUGH ahahaha-sana-ahahah-sini. and then SHARE at your blog. Avoid FB, have a lot of stalker nowadays. ececececeh. ;)



Ada mak kisah, nyah?




Meet my friends, Mimah and Shirin. Dua dua tengah lapar tunggu Pizza.



Hoi, dah dapat pizza, nak ambik gambar pulak. Kau tak dengar perut aku dah nyanyi berdondang sayang nih?




Candid. Berani kamu berdua tak pedulikan aku sang pencuri pengambil gambar nih ye.



Haa, tahu takut. Baru nak pandang aku. ;)



Dengan jag pun boleh jugak jadi props. Manusia zaman sekarang nih. isk isk isk. Owh, tak ikut susunan gambar nih. Ini waktu pun perut masih berdondang sayang ;)



Makan roti pun takpe, kami relaaaa bang ;)



Hoyeahhhhhhh, Mari mari berjoget dondang sayang lagi ;)



Nampak meatball ini dalam menu agak sedap dan menggiurkan. Order satuuuu, bang!!!



Wah, abang. Kok ini yang sampey dulu? Tadi kan, kami order nya lain dong. Kok begini rupanya??? Oh, indah gambar dari mata. ;) Fotogenik sungguh meatball nih, bila dah ambik gambar masuk dalam buku menu, terus berdetinggg cantiknyaaaaa ;)



Lawak, kan? Shirin dan Mimah pun gelak. Gelak gelak Makan Makan.



Kau ingat itu newspaper? "Pulangkan menu aku", kata akak waiter.


Wong si pembelanja sempena penyambungan Phd dan juga graduasi masternya. Congrats n TQQQQ wong ;)



Mimah, aku tahu perut kau pun tengah berdondang sayang masa nih. Kan kan?




Shirin oh Shirin ;)



Amboi kau orang berduaaa, ingat ini panggung wayang??? nak peluk landing-landing bagai?



Ok, ini yang dinamakan SHARE. Suruh adik waiter ambik gambar dan cucikan dan tampal dekat board Pizza Hut.



Yang ini, boleh tampal dekat belakang pintu rumah. Terima kasih wongggg ;)



Lain kali ada rezeki, Boleh belanja lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii ;)


Dah kau, orang bagi betis nak peha. Orang bagi kuaci, nak makan nasi. Tak abis-abis.


Oklah, perut dah penat berdondang sayang, mahu sambung beradu. ahahah ;) Okes, daaadaaaaaaa ;) Euwww, pehlissss occay. Oh, doakan saya dapat siapkan coding dengan segera, lalu ada idea bak air terjun mencurah ke batu ;) aminnnn ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...