Wednesday, January 26, 2011

~Selera Sudu Garfu ;)

Hello, hello. Ini 999 ke? Tolong, tolong, ada orang keracunan makanan kat sinih. Dia bukan makan racun, mi racun ke, mahupun makanannya diracun, tapi tapi tapi... telah terkena sindrom "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap."

Sila hempuk telefon anda sekarang jugak. Lepas tuh, hempuk sekali orang yang makan sambil berjalan tuh. Apa punya perangai daaa, makan sambil berjalan. Itu orang dah selalu buat, cuba buat benda lain, duduk sambil berjalan ke, makan sambil memberus gigi ke. Kan takjub tuh???

Sadap yuuuuu! Kau ingat ini apa? Ok, ok, mari rapat, mari dekat sikit. Rapat lagi. Nak kasi tahu tempat makan BEST. Dah nama pun, "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap", jadi haruslah bagitahu kan?

Pernah dengar Roti Kacang Pool? Tak pernah? Ini bendanya. Hanya roti bakar yang tebal, makan dengan kuah kacang, daging, tak tau nak kata apa benda dalam tuh.


Oh, mungkin tak cukup POWER dan MENGGIURKAN gambar dari kamera handphone cabuk nih. Jadi, sila singgah sini. Aku rembat sket gambar diorang.


amacam?


Terliur tak?

Nama Roti Kacang Pool nih pun tak tau asal dari mana. Mungkin tukang masak dia tengah dalam swimming pool masa dapat ilham nak buat kuah roti ni. ;)


Ok, yang kedua pulak adalah ini. Rujuk gambar kat bawah nih. Cuba teka harga Set Makanan nih. Cepat cepat cepat.

Ah, lambat lambat.

RM4.00 sahaja. Berbaloi kan? Kalau pekena ini, hari hari, mau lemak berkumpul kumpul dengan dasyatnya lalu menjadi seperti beruang panda. Bahah-ahaha.


Yang ketiga, aiskrim atas nih. RM0.30. Lama betul tak makan. Kalau makan masa balik sekolah, bawak beg berat-berat sambil tunggu bas, memang nikmat sangat. Dulu, sepuluh sen je, kan? Kan kan?


Ini pula, nama dia GHAZZ. Sebut betul betul, G.H.A.Z.Z. muahaha Tak tau harga dia berapa. Kawan dari Iran bagi sebagai souvenir. Sedap sangat, dan lembut lembut manis je rasa dia. Dalam tuh, ada kacang pistachio + almonds, pastuh, manis la rasa dia. Kaler putih. ;)

Oh, sekian saja "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap" kita pada hari ini. Mungkin akan bersua di lain masa dan ketika. Nantikan masakan, santapan hebat dari saya Chef Sir Tap Hati Mak Nak. muahahha Demam Oh Yeah? OH YEAH???


Oh sebelum terlupa, Happy Birthday to Shirin! Rujuk gambar atas, sebelah kanan. Nanti nak kena plan sambut besday plak. Giler BFF habis nih. ;) Oh YEAH??? jawab ramai ramai, OH YEAHHHHHHH! ;)

Friday, January 21, 2011

~Mungkin Tawa

Baru lepas tonton cerita Perempuan Berkalung Sorban (PBS 2009). Apa tuh? Citer apa tuh? Ala, aku dah tengok lama dah citer tuh, kau baru nak tengok??? Syhhh, sadap yu. ADA AKU KISAH?

Tak kisah sudah. Jangan sibuk nak klik sini untuk sinopsis. Mahupun klik sini untuk download.


kredit sini: http://akumuzikhampa.blogspot.com

Siapa suka cerita yang ala-ala Ayat-ayat Cinta? Cerita nih tak kurang jugak hebatnya, sebab pengarah dia sama, iaitu Hanung Bramantyo. Ada jalan yang sedih, ada jalan duka, ada jalan suka, bolehlah tonton. Ini kontroversi punya cerita, sebab kisah perempuan yang memperjuangkan hak wanita. Dalam perjuangan tuh, terselitlah garam, gula, madu, hempedu.

Oh, ni adalah BUKAN TRAILER PBS, tapi klip video dari Opick Feat Mellly Goeslaw - Takdir.



Suka lirik yang bahagian ini: ;)

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)


p/s: sapa suka teka teki? boleh jenguk sini, dan boleh juga dapat topap rm5 seperti sayaaaaa ;)

Thursday, January 20, 2011

~Terbang Tinggi

Kosong.
Resah. Risau. Kesal. Gundah. Gulana. Perlukah?

Satu.
Salah. Serba. Serbi. Kacau. Haruskah?

Dua.
Kau. Dia. Kamu. Semua. Mampukah?

Tiga.
Irama. Melodi. Siulan. Ketukan. Petikan. Indahkah?

Argggh.
Kosong, Satu, Dua, Tiga, Pergilahhh. Lenyaplah.

Bersih.
Ya. Bersih. Suci. Murni. Jernih. Tuluskah?

Tenang.
Jiwa. Minda. Kalbu. Wajah. Pedulikah?

Putih.
Keringat. Pengorbanan. Sakti. Hitamkah?

Senyuman.
Selesa. Ikhlas. Nyaman. Terasakah?

Bersih. Tenang. Putih. Senyuman. Hadirlah. Marilah.


Harapan. Berharap. Masih.



Khayalan. Berkhayal. Masih.



Usaha. Berusaha. Masih.



Tujuan. Matlamat. Tepat.



Bulat. Tajam. Memang.



Tepis. Elak. Jatuh. Bangun.


Jangan. Jangan. Jangan.




Noktah. Titik. Berhenti. Menyampah? Boleh. Silakan. Blah. muahahahahaha. Mental. Oh. Sini. Banyak. Hantu. Gambar. Lagi.

http://www.goal-setting-guide.com

Monday, January 17, 2011

~Ucap Selamat

Pejam celik, aku dah besar. Pejam celik, aku besar lagi. Pejam celik, aku makin membesar. ahaha Eh, sadap yuuuuu ;)

Maksud aku, pejam celik, semua benda dah berubah. Tup tup, Januari 2011 pun dah nak habis. Kalau pangkah kalendar tiap-tiap hari, mesti dah merah je tang bahagian Januari tuh. Kalau koyak kalendar hari-hari, mesti dah penuh tong sampah. Kalau tengok kalendar kat tepi taskbar tuh, mesti dah highlight kat akhir Januari. Pufff, apa kau merepek nih makcikkk?

Ok ok. Nih baru bulan Januari, come on laaa Labu. Chill la, Labu. Nak merengek merepek nih pesal? Apa kes? Banyak agenda-agenda hebat tau;)

Awal bulan depan, 3 Feb emaruko nak nikoh dah (Kelantan). Lepas tuh, disusuli dekat dengan 13 Feb, Kak Bell, dorm-mate SMTBP nak kawen (Segamat). Pastuh, kawan se-Kos, Zati&Hafiz plak 13 Mac (Shah Alam). Akhir bulan April, Sab&Wafi dua dua kawan SMTBP (Kota Tinggi).

Yo yo yo, Labu. Apa pasal ini semua kisah kawen? Yo yo yo, Labu, mari cepat angkat cawan minum ramai-ramai, ucap selamat! Selamat Menjadi Bakal Pengantin, Labi-labi sekalian. (^_^)V

Apa punya perasaan Labu, sampai rasa nak beli hadiah sekaliarung, pastuh balut semua, bila nak pergi kenduri kawen, sapu satu. Tak payah susah-susah nak fikir, "nak beli hadiah apa?" tiap-tiap kali orang nak kawen. Senang! ;)


***********************************

Dalam pada orang lain sebuk nak mendirikan masjid, ada beberapa berita kurang enak yang sampai ke telinga nih. Berita pemergian dan kehilangan, antaranya:

1. Berita pemergian arwah Faizal Yusup, antara pelakon lelaki yang aku minat. Al-Fatihah.



2. Berita pemergian seorang kawan masa sekolah menengah dulu. Hafizan Bakran (tengah berbaju hijau). Al-Fatihah.




3. Berita pemergian adik lelaki kepada kawan sekolah dulu. Mak dia pun cikgu sekolah aku. Boleh baca berita dekat bawah nih. Al-Fatihah.


4. Pemergian abang ipar kepada Dila, Selamat b.Kedomo. Al-Fatihah.



Takziah buat keluarga arwah. Moga-moga mereka semua tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabbb.

************************************

Ingatlah diri ini, MATI tak pernah kenal usia. Kecik ke, besar ke, tua ke, muda ke, MATI ITU PASTI. Sama-sama kita beringat, moga amalan kita sentiasa diterima-Nya selagi kita masih bernafas di bumi-Nya.


"Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah mencari rezeki di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup selamanya."


Sekian.

Sunday, January 9, 2011

Ambil Galah Tolong Jolokkan Ciku

"Wahai galah, sila tunjukkan saya buah ciku mana paling besar."

Dekat kolej kediaman tempat aku nih, sangat banyak pokok ciku. Yang belakang kolej ada 4 pokok. Ada lagi 4 pokok dekat dengan pejabat kolej. Banyak kan??? Hari tuh, aku nampak makcik cleaner siap kait dan dapat berbaldi-baldi lagi. Ingatkan kenapa pokok tuh goyang-goyang, rupanya makcik tuh gegar-gegarkan pohon tuh, untuk bagi ciku tuh jatuh.

Sejak nampak makcik cleaner pegi panjat pokok ciku, aktiviti petang-petang aku dah berubah. Tiada lagi tidur-tidur, lepak-lepak. Pukul 6 petang je, selalunya aku akan ajak roommate aku si Mimah, pergi kait buah ciku. Dapatlah seplastik. Simpan bawah katil, tunggu dia masak. Habis je stok ciku, terus pergi kait lagi. Manisssss betul buah ciku tuh. Saja eja banyak huruf 'S', makin banyak 's', melambangkan kemanisssan buah ciku tuh.

Tapi, itu cerita masa cuti sekolah semester. Orang tak ramai. Jadi, nak panjat, nak kait, tak segan sangat. Sekarang nih pun, si Mimah dah tak jadi roommate aku. Dah kemas barang balik kampung. Dah tamat belajar. Aku je yang rajin malas, extend sem bagai. hahaha

Sekarang nih, Si Wong pulak jadi geng untuk kait buah ciku. Dulu, masa aku kait ciku dengan Mimah, aku ada bagi sket ciku kat Wong, jadi si Wong nih memang sangat sangat suka la kemanissssan buah ciku nih.

Kau orang dapat bayangkan tak kemanisan buah ciku tuh, sampai bila aku nampak pokok tuh lebat je, aku terus geram nak pergi ambik tang tang tuh jugak. Bak kata Wong, "kemanisan buah tuh, tak dapat tandingi rasa segan atau penat, kan?" Isyhhh, sastera betul Wong nih. ;)

Aku ada aim satu pokok nih. Sangat besar dan sangat sihat. Buah dia sebesar penumbuk. Jadi, pagi-pagi seawal subuh, ecececeh, aku dengan Wong dah gerak-gerak ambik galah. Sampai teleng-teleng kepala aku. Leher macam 'cramp' sebab asyik dongak-dongak kepala je. Banyak jugak la hasil tangkapan kaitan, dapat seplastik lebih. Gambar kat bawah nih, gambar buah ciku yang fresh lagi bergetah.


Ini gambar 'candid'. Orang kata "USAHA TANGGA KEJAYAAN", tapi dalam kes nih, "GALAH adalah tangga kepada ciku yang besar dan sihat." ;)

Aku tau Mimah, kau selalu cakap camnih, "Kita tak pernah ambik gambar kan, masa *tuai buah?" *Bila guna perkataan "tuai", bajet macam kita sendiri yang tanam, pastuh bajet kita tuai hasil. Tunggu kau present nanti, bila datang sinih, kita pergi dengan Shaikhah ambik gambar kait buah eh?

Gambar buah ciku selepas dibersihkan dengan sabut.

Lepas kait buah ciku, kena bersihkan dulu dia punya getah-getah. Nak bersihkan kena guna sabut. Tuh Mimah la yang kata, sebab dulu rumah dia ada pokok ciku nih.

Pendek kata, kena tunggu dalam 3-4 hari lagi, untuk tunggu buah ciku masak. Leceh sket kan? Kena kait, buang getah guna sabut, tunggu sampai masak. Gigih tak? Pernah tak korang nampak orang jual ciku longgok-longgok eh? Kalau kat highway, yang orang jual buah RM1 seplastik tuh, pernah jugak aku nampak. Kalau ada, berapa RM eh sekilo?

Ok, tutup bab ciku nih. ;)

Teka teki: Banyak-banyak sukan, sukan apa paling memenatkan?



Ah, lambat lambat. Meh aku bagi jawapan: Catur, sebab kena angkat kuda.

Nampak orang tunggang kuda kat tepi kolej tuh, terus je cakap kat Wong, "Snap gambar Wong". Bukan senang nak nampak kuda jenjalan kat tepi blok.

Tengah jalan-jalan, nampak cuaca cantik je. Langit tenang je. Terus keluarkan handphone, snap gambar.

Damai je, kan?

Ini pemandangan dari tingkat 4, dari blok kediaman Wong. Pukul 7. 35 petang. Handphone cabuk K800i tak mampu nak capture panorama indah nih. Kamera cabuk nih, translate lain sket dari realiti, tapi tak pelah. Cuma nak cakap, yang tengah atas sekali tuh, bulan sabit eh. Yang bawah tuh, patutnya kaki senja warna kekuning-kuningan atau keoren-orenan. ;)

Oklah, sekian dulu. Terimalah pantun dari hamba:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

*Panjang betul berceloteh. Aisyhhh. ;)

Monday, January 3, 2011

Pulang Balik~

Semalam, teman adik-adik balik ke hostel. Si Salwa ke IPTHO, si Aida ke STA. Dalam perjalanan balik ke hostel tuh, singgah kejap kat Carre4, BP. Nak beli seterika untuk si Salwa.

Mula-mula nak singgah je kat The Store beli kat situ, tapi, ada orang dekat kampung tuh kata, beli je dekat Carre4 tuh, murah, ada seterika harga rm20++. Wah, terus terkejut, dan terus saja tukar destinasi ke Carre4. Mana nak dapat bai, seterika harga rm20, tak kisah la cap ayam ke cap lembu ke apa.

Dengan situasi hujan yang agak renyai-renyai, suasana sesak yang berasak-asak, semua orang nak balik hostel, Batu Pahat tuh dah macam sardin dah.



Setelah sampai di Carre4, parking amat susah untuk dicari, abah pun sebuk suruh cepat. Dia tunggu dekat kereta je. Biasalah kan, orang laki, semua nak cepat. Bila sampai dekat tempat bahagian seterika semua, naik juling mata baca tanda harga. Scan punya scan, ada 2 seterika yang harga paling rendah. Promosi RM30.

Satu jenama xxFABERxx dan satu lagi jenama xxCORNELLxx. Dalam keadaan terkocoh tuh, memang tengok tanda harga, yang jenama xxFABERxx dah kehabisan stok. Terus je pergi panggil jurujual, tanya nak confirmkan sama ada betul ke tak dah memang habis.

Tup tup, jurujual tuh kata memang dah habis. Jadi, terpaksa beralih ke jenama xxCORNELLxx. Aku kata kat si Salwa, "Ambik yang ini je la." Jurujual tuh, terus je angguk, bawak pergi tempat test, dan aku terus suruh Salwa berlari-lari anak ke kaunter.

Si Aida pulak, beli bedak apakebenda ntah. Jadi, bayar sekali la dengan seterika si Salwa nih. Aku yang terkedek-kedek memimpin si Aimi seperti seorang ibu mitsali, terus muncul di belakang si Salwa yang sedang keluarkan duit dari dompet dia.

"Kenapa Wa, tak cukup duit ke apa?"

Salwa angguk-angguk, tanda 'ada duit', tapi, jurukira dekat kaunter tuh tetap cakap tak cukup. Salwa dah bagi not RM50. Aku terus tengok dekat mesin kira-kira tuh, terpampang RM73.30.

Hai, pelik bin ajaib. Kalau seterika tuh harga RM30, takkan la harga bedak yang si Aida beli tuh mahal sangat?

Lepas tuh, aku mula la memainkan peranan 'emak emak' kat depan kaunter tuh.

"Harga iron tuh berapa dik?" aku tanya pada si jurukira.

"RM69.90"

Terus aku cakap kat si Salwa, "Laa, yang RM30 tuh apa bendanya?"

"Entah." Salwa masam je la muka sambil tunggu si jurukira balik kan duit baki.

"Bukan tadi kita tengok RM30 ke?"

"Entah. Mahal gilerrrr. Jap, nih nak kena cop dekat kaunter dia punya warranty card nih."

Aku memang tak puas hati. Alang-alang dah perangai macam emak-emak orang, aku terus je tanya akak dekat kaunter tuh.

Aku hulur warranty card, dia terus je ambik cop. Belum sempat dia nak cop, aku dah tahan-tahan.

"Eh eh, kak. Jap jap."

"Laa, nape? Tak jadi beli???"

"Tak, macamnih. Masa nak beli tadi, saya tengok label RM30. Bila bayar kat kaunter RM70. Saya TERSALAH TENGOK."

"Ooo. Dah tuh, nak refund ke apa nih?"

"Boleh refund eh?"

"Boleh. Takde masalah. Isi borang nih. Sain sinih pastuh eh."

Terus je aku bagi borang dengan pen tuh dekat si Salwa. "Cepat Wa, tulis nama bla bla bla tuh. Kau nak ambik seterika lain tak? "

"Beli tempat lain je la."

Hahaha tensi abah aku. Penat cari parking, cuma beli bedak si Aida je. Kesimpulannya, aku baru tahu, boleh refund kalau kita macam tersalah tengok harga. Dia tak tanya banyak pun dekat Carre4 tuh, cuma isi borang, pastuh, dia pulangkan balik harga sebenar ikut resit kita.

Sekian, aku yang berperangai emak-emak nih nasihatkan, kalau beli sesuatu, jangan terkocoh-kocoh. Tengok betul-betul label harga tuh. Kengkadang dia punya produk lain, tapi letak dekat harga label lain. Dari nak beli harga rm30, dapat yang rm70. Tak ke haru??? Lepas tuh, cepat-cepat pergi kaunter untuk refund eh. ;)

p/s: Adik Aida, GUD LUX for SPM tahun nih, Awa - belajar sungguh-sungguh, Kak Na - moga mudah proses melahirkan anak saudara baru nanti ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...