1. Satu persatu assignment dah dibereskan. Aku suka.
2. Demi melepaskan
3. Hari nih, setelah tiga
4. Jumaat nih sepatutnya kerja di K*M*N, tapi dah mintak cuti. Maknanya, Rabu nih hingga Isnin depan cuti. Suka suka suka.
5. Untuk sapa yang tensen, rasa macam nak tercabut rambut dari kepala, nah aku bagi idea untuk me release kan tension :
1. Dengar lagu yang berlawanan dengan emosi korang. Kalau korang tengah sedih gila, korang dengar lagu happy. Tengok movie yang happy ending pun ok. Psikologi la lebih kurang. Dah sedih, kalau layan lagu sedih, akan sebabkan korang lebih sedih. Tapi, kalau emosi korang teramatlah gumbira, sampai nak menangis-nangis sebab gembira, korang layanla lagu sedih-sedih. Layan Bersamamu ke, sekurang-kurangnya insaf sket. Masa kita gumbira nih, ada orang yang tak cukup makan pakai semua. Oh, aku kah yang emosi sekarang nih? Baru je lepas siapkan assignment ”Causes Leading to the Gap between Rich and Poor in the US”.
2. Cuba tengok sekeliling. Maksud aku bilik korang, rumah sewa korang ke. Ada tak baju bersepah yang dah seminggu tak basuh? Ada tak baju yang dah tak berlipat seminggu lamanya? Bila emosi, apa yang aku baca, 10% boleh dihilangkan dengan melakukan kerja-kerja rumah macam nih. Bila tempat yang kita tidur, kita belajar, kita kerja tuh selesa, kita pun akan selesa. Nih yang aku baca la. Malas nak quote. Ahahah
3. Telefon kawan-kawan korang. Aku percaya, bila korang telefon kawan-kawan lama atau yang tak berapa nak lama sangat, korang mesti borak nak lebih. Aksi nak lebih, nada intonasi pun rasa macam terlebih. Dah lama tak jumpa, lama tak borak, mesti banyak nak diborakkan. Nih pun salah satu terapi la lebih kurang.
4. Banyakkan baca selawat dan al-Quran. Nih bagi umat Islam. Bila emosi kita tak stabil, perbuatan macam nih yang tenangkan hati kita. Kadang-kadang, bila banyak sangat benda yang serabut dalam kepala, semua nak kena setelkan secepat mungkin, waktu tuh kita mungkin tak sedar yang kita terlupa pada Dia yang Maha Esa. Chewah, nih dah boleh jadi pakar motivasi dah nih. Ahhaha tapi, nih pun ustazah Rahimah masa aku tingkatan Tiga pernah kata. Lagi mujarab, baca surah Ar-Rahman.
5. Tak cukup ? Tengok nih pulak. Sungguh macho Salman Khan dalam lagu nih. Dato’ SRK pun ada. Ekekkekekek
Mungkin idea nih seswai untuk perempuan je. Bagi yang lelaki, aku tahu korang tak layan fantasi fantasi bollywood nih. Korang main la games yang boleh hilangkan tension. Bukan la ”hilang” terus tensen tuh, tapi sikit sebanyak boleh kurangkan rasa nak cabut rambut dari kepala tadi.
Akhir kata, saya sudahi dengan tiga rangkap pantun. Tiba-tiba je kan, pantun la, apa la.
Minum biskut dengan Milo,
Semut terkedek-kedek tumpang lalu,
Kalau rasa nak Milo,
Belilah sendiri di kedai Raju.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
......................................
aku lupa lah pantun nih. Takpelah, nanti next entry aku lengkapkan pantun nih. Daaaaaa....
Semut terkedek-kedek tumpang lalu,
Kalau rasa nak Milo,
Belilah sendiri di kedai Raju.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
......................................
aku lupa lah pantun nih. Takpelah, nanti next entry aku lengkapkan pantun nih. Daaaaaa....
4 comments:
jarum patah dalam peti laaaaaaaaaaaaaaaa, ada ke jarum dalam hati
ahahah nt la i btulkan baru teringat bila ko cakap. ahahah
hadoi...lagu2 febret zaman sekolah2 dulu nih... saya suka.
dan sekarang saya masih suka lagu ni macam tak mati dimakan zaman jek.
eh eh vanilla bean, tetiba je kan, saya la. ahahhahah
ps://bila mahu apdet blog awak? ahahaha
Post a Comment