Sepanjang minggu nih, kelas tak ada. Minggu depan dah start study week. Roommate pulak balik ke kampung halamannya. Tiba-tiba je, terfikir untuk ajak seorang kawan datang bertandang ke Uni nih. Wana nama dia. Kawan sekolah menengah, kawan satu dorm dan juga kawan sekelas tingkatan 4 dan 5 dulu.
Sabtu pagi tuh, kitorang plan untuk jumpa dekat Skudai Parade. Bosan, sebab tak ramai orang dekat sana. Citer dekat wayang pun tak update. Tapi, ada Radio RTM datang. Pertandingan Nyanyian Lagu Klasik 2010 Peringkat Negeri Johor. Kitorang kat sana sampai pukul 12 tengahhari, tapi masih tak mula lagi pertandingan tuh. Tulis kat banner stage tuh, start pukul 10 pagi. Namun begitu, kitorang tak tunggu lama. Lepas makan, terus je blah. Kurang tarikan di sana. Tiba-tiba je, aku rasa macam hebat gila ayat bahasa aku. Bukan berbunga, tapi berkarat sudah.
Lepas tuh, terus gerak pergi U Mall Giant. Bila pergi dekat MBO, ada tayang ”How to train your Dragon”, terus je beli tiket. Citer dia lebih kurang satu jam setengah. 1.30 p.m till 3.00 p.m. Aku bagi 4 bintang untuk citer nih. Oh, I Luv Hiccup!!!
Asal tengok wayang, mesti nak bergambar. Penyakit buang tebiat. Alice Wonderland dah lama
Lepas tuh, terus je gerak pergi Jusco Taman U. Aku dengan Wana borong sikit, lepas tuh balik terus pergi Uni. Wana nih kira tidur dekat bilik aku la. Sampai Uni, terus je makan. Lapar. Rehat-rehat kejap, pastuh lepas Isyak terus je pergi Pesta Konvo. Ramai orang, dan yang penting, kaki nih sangat la rasa macam nak tercabut. Berdenyut-denyut rasanya. Dekat pesta konvo ada macam-macam. Selimut, bantal, bunga, brooch, beg, baju, tudung, selendang, cup cakes, kasut, selipar, Ya Ampun, penat la nak sebut dan ingat satu-satu. Korang nak pergi pun tak guna jugak. Dah majlis penutup malam tadi. Tunggu sem depan la eh.
Penat masih terasa sebab berjalan satu hari daripada pagi tak henti-henti. Tapi, yang paling penting, bila terngiang-ngiang je suara abang Ramli :
Wana: Eh Yan, tuh bukan suara abang Ramli ke? Aku menulis bukan kerna nama
Saat abang Ramli menarik suaranya, aku terus je menarik tangan Wana lalu berlari-lari anak pergi cari stage. Memang betul seperti kata seorang kawan, abang Ramli bin Sarip datang malam tuh. Setengah jam je dia nyanyi, kitorang datang tuh pun dah tinggal 7 minit. Untuk lagu akhir, abang Ramli nyanyi Kamalia, sebab ramai orang menjerit-jerit nama Kamalia. Siapa nama Kamalia, sila perasan sekarang. Semua nyanyi ramai-ramai part ”Kamalia”. Satu Malaysia, kata abang Ramli. I luv abang Ramli la camnih.
Hari nih, petang baru gerak pergi U Mall, ada urusan berbangkit dengan orang kedai dekat situh. Sementara tuh, kitorang pergi karaoke, siap nyanyi lagu abang Sarip ”Kamalia” lagi. Fuhh, gila hebat. Tetiba je jadi peminat kipas susah mati abang Ramli.
Demi abang Ramli, saya menulis dan mengetuk di papan kekunci nih, bukan kerna nama. Percayalah. Muahahhaha Di sini, saya sertakan klip video dari You Tube. Walaupun saya ini peminat setia abang Ramli, tetapi malang sekali, saya tiada dalam video itu. Oh, keciwa sungguh saya.
Seperti saya kata tadi, yang nama "Kamelia", sila perasan sekarang, sebab abang Ramli nyanyikan lagu untuk kau. Yang nama dia "AMATINE" sila jangan perasan. muahahaha
Ps:// Next time, nak story mory pasal Taman Buaya dan Rengit yang terbengkalai sejak entry lepas. Kaki sangat penat, sampai tangan pun turut penat nak mengetuk keyboard. Hujung minggu yang BEST! I Laiikkkk!
1 comment:
haha..aku leh byangkan keterujaan ko bile dgr abg Ramli nyanyi..;p
Post a Comment