Friday, March 19, 2010

PMR, SPM, Degree~

Tajuk nih buat aku teruja pulak tiba-tiba. Bukan pasal nak bagi ceramah motivasi dekat pelajar-pelajar yang nak ambil PMR, SPM mahupun UPSR. Bukan, bukan dan bukan. Ceramah tuh baik kita serahkan kepada mereka yang lebih arif. “Para juri yang bernaung di bawah payung keadilan, arif lagi bijaksana.”

Ok, tukar topik. Baru-baru nih, setelah aku tiga beradik bertandang ke Melaka, pergi berjalan-jalan dekat Jusco baru dekat-dekat dengan Melaka Sentral. Syok dan terkejut bila tiba-tiba:

Abang Am
: Dik, ko pilih jam dekat sini. Ambik sorang satu. Nih kira hadiah PMR Aida, SPM Awa dengan Degree untuk ko.


Hasil daripada ayat dekat atas tadi, tengok la gambar-gambar dekat atas nih. Menarik, teh tarik dan milo tarik kan? ekekekkeke

Itu peristiwa di Melaka. Peristiwa ketika ber-SMS dengan akak Ana:

Kak Na
: Ko nk hdiah pe? Kereta? Tepon? Rumah? Tanah? Banglo 5 bijik? Ahahah aku tambah ayat bagi sedap
Aku: Aku nk mp3 je.

Hasil dari SMS tersebut ada jugak dalam gambar kat atas. MP3 tuh banyak function. Boleh cuba tanya Mr. Google. NWZ-B142F.

Ada radio FM, ada MP3, voice recording, radio recording.

Kira kalau korang memang suka dengar lagu dekat mana-mana je, dalam bas, dalam bilik, atas katil, sangat seswai beli MP3 nih. Agak-agak malas nak on laptop, on je MP3 nih. Oh ye, kalau nak caj battery MP3 nih, cucuk je dekat laptop sebab dia macam USB Pendrive. Kalau malas jugak nak on laptop, tumpang cucuk dekat laptop kawan. Mimah rummet aku selalu je jadi mangsa aku.

Lagi bestnya, kalau tetiba dengar radio, lepas tuh rasa cam best je lagu tuh. Tak sempat nak g kedai CD, beli CD original, tetiba je rasa macam buat iklan banteras cetak rompak. Ok, kalau memang tak sempat nak donlot beli CD original, dan rasa lagu tuh best, masa deejay radio putarkan je lagu tuh, terus tekan Record. Rasa-rasa dah nak abis je lagu tuh, terus tekan Record Off. Automatik lagu tuh terus ada dalam MP3 anda.

Pendek kata, Jutaan Terima Kasih buat abang dan akak yang sangat bermurah hati memberikan hadiah-hadiah dalam gambar tadi. Thanx a lot ye. Terima lah serangkap pantun ini:

Cendol pulut dengan keladi,
Kalau senang, bagilah lagi. muahahha

Nih pantun yang salah dalam entry lepas:
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan di simpan di dalam hati.

Ps://balik kampung lagi minggu nih.dapat lagi telekung dari Medan dari kak Na, plus beg batik. ahaha ske ske ske. citer pasal jenjalan di taman buaya, dengan pergi rengit serta kenduri kawen sepupu tak sempat lagi nak story mory. tunggu next entry la plaks eh. haha

5 comments:

diLa said...

same dgn mp3 aku!
tp aku kaler merah..=P

yunn mohamed nor said...

aku pun bru berangan nk beli mp3. tp bak meh bg aku test dlu best ke x?? hehe

cekkeya said...

@dila: sama eh? tapi, oren lagi kewl la. ekekekke

@yun: ko nak test? g tanya amoi kedai mp3 sana. ahhha

tusky said...

jam tu cam best
nak gak!!
hahahahha

cekkeya said...

hahaha g cari dkt jusco baru melaka. ko kan kat melaka kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...