Bila takde bintang yang tertera dekat kertas tuh, mulalah rasa macam kerdil je. Jeles dengan kawan yang duduk sebelah kita. Kertas dia ada bintang ***, kita sebiji bintang pun tak de. Belajar malas, jawab masa periksa pun ikut nasib. Yela, masa darjah 1, 2, 3 kan objektif camtuh. UPSR kan?
Sebenarnya, saja membebel pasal bintang. Sejak-sejak jadi penanda kertas bebudak dekat K*M*N tuh, rasa kesian je kat bebudak kalau tak dapat nak bagi bintang. Asek ada salah je. Pangkah sampai dua tiga kali. Ingat lagi GSTK? Tak silap aku benda tuh aku belajar masa Tingkatan 1. Semalam aku ajar budak darjah 4 benda GSTK nih. Fikir punye fikir, cepatnya diorang belajar. Walaupun benda tuh nampak senang, aku terfikir, masa aku darjah 4, sifir pun aku tak hafal lagi. Darjah 6 pun masih terkial-kial bila cikgu tanya sifir 7. Apa korang nih? GSTK laaa, gandaan sepunya terkecil. Ceh, aku tahu korang ingat. Saja je kasik dia punya maksud. Muahahha
Siyes (baca: serius), aku rindu dengan dialog seperti ini. ”Teacher, may I go to the toilet?”, “Cikgu, saya nak ke tandas boleh tak?”. Rindu rindu. Rindu lagi tak habis-habis. Zaman sopan santun masa kecik-kecik dulu. Zaman gumbira bila dapat bintang atas kertas periksa. Zaman gumbira bila cikgu puji kita “GOOD”, “VERY GOOD”, “BAGUS”. Zaman ngadu dekat emak bila ada orang tiru jawapan kita dalam periksa. Zaman sopan santun yang bila terpijak kasut sekolah putih orang lain. “Sorry sorry sorry. Awak pijak la kasut saya balik.” Kawan tuh mesti tak sampai hati nak pijak. Hahaha Tapi, bila orang-pijak-kasut-kita nak pulak bila hari Isnin lepas perhimpunan, rasa macam-nak-makan-je-dia bila ada cop tapak kasut dia atas kasut kita. Rindu rindu rindu. Berapa kali ntah nak sebut.
Tahu kan, aku ske membebel benda yang tak sepatutnya? Sebenarnya, aku nak membuat pengakuan berani mati dekat sinih. Huh, ayat tak boleh blah. Ok, siyes. Aku nak nyanyi lagu ini. Tapi, part yang nih je:
”Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku...bla bla bla”
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku...bla bla bla”
Ini lah sebenarnya isi entry nih, tiada kena mengena dengan entry teringat zaman sekolah pasal bintang ke, bulan ke, tahi bintang ke. Tidak sama sekali. Menyampah tau, bila orang kata: ”Perempuan memang macam nih. Selalu kisah pasal berat badan. Berat naik sket dah tak mau makan. Tapi lepas tuh tido. Jogging tak mau. Bila diet tak menjadi, mulala bantai makan je. Sumbat semua. Qada segala diet sebelum nih.”
Oh, siapa yang cakap macam dialog yang aku buat-buat kat atas nih, tolongla hentikan. Aku terasa. Muahahah ketawakan diri sendiri. Ok, aku siyes skang. Aku nak sambung nyanyi:
”Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku...bla bla bla”
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku...bla bla bla”
Ps://ada kawan mintak tolong promot belog dia. Meh meh klik belog dia. Jom Beli Selendang Boleh jugak beli selendang sebagai hadiah. Dia ada sediakan khidmat nih. Gud Lux ye Myra, moga bjaya kedai belog selendang kau. (^^)V
6 comments:
part terpijak kasut xboleh blah...haha. nie mesti time beratur kat luar kelas. pastu monitor ckp "angkat tgn,bawah lurus,senang diri jaga diri" ulang bebanyak kali..haha. btol lah yan rndoo dgn semua tuh!
rindu rindu rindu rindu!!!!!!!!!hahahaha.. jom wat reunion msuk kls drjah 1 blek..hahaha..bc N3 ko ni yan terasa cm ak dh tua lak..ngee~~oh tidak!!!
@yun: lagi satu, "eh, awak tinggi kan?kenapa diri kat depan? beratur belakang sekali". ahaha
@suhana: ahhaha ingat tak kita g rombongan g Melaka? dengan cikgu samidah. tuh lagi kelakar klu ingat. ahhaha
igt2..ak igt mse tu msuk zoo melaka kn pakai bju sekolah?ak siap bwk beg garfield..gle budak2 r..hahaha
hohoho...hengat la weyh. segar lg di ingatan. yan ko mmg saje nk bakar line,aku dh sah2 la kategori katik. nsb jdk penolong. dpt lah beratur kt dpan*bangge. ahha
time g melaka tuh mmg lawak, aku tgh hangat bercinte dgn taufiq kalo x silap. wakakah
yun and suhana: sabo sabo. nt aku wat entry mengimbau kenangan geng bas sekolah rendah dulu2. ekekekke
Post a Comment