Monday, February 22, 2010

Watak Jahat~

Kengkadang, dalam hidup kita nih, ada satu watak yang kita nak dia hilang dalam hidup kita. Maksud yang lebih mudah, orang yang pegang watak nih kita tak mau dia ada depan mata kita. Maksud yang lebih mudah lagi, kita tak suka kalau dia muncul dalam hidup kita. Maksud yang lagi teramat mudah, “Oh, kenapa KAU muncul balik dalam hidup aku? aku tak suka KAU laaa...”. Ok, kalau tak paham jugak, maksud yang telah dipermudahkan nih, tak pelah. Korang jangan baca entry nih. Dah, jangan baca. Sambil aku tutup-tutup monitor, tak bagi korang baca.

Yang paham makna termudah tuh, meh aku kasi story mory. Ada suatu hari, masa cuti hari tuh, tengah kemas-kemas barang, aku terjumpa kotak kasut yang ada surat-surat yang aku simpan sejak sekolah rendah lagi. Dari zaman tulisan panjang-panjang, ke tulisan bulat-bulat, akhirnya, aku putuskan untuk tiru tulisan akakku, Kuizikel. Akak, tolong jangan kembang hidung. ahaha Dari zaman tulis surat masa darjah 5, sampai lah tingkatan 5. Kelakar tau bila baca semua surat-surat tuh. Tapi, bukan tuh yang aku nak citer.

Aku ada sorang kawan pena. Nama pena dia Haloman GG. Kadang-kadang tuh, dia guna nama pena wan milenium. Aku mula balas-balas surat dengan dia nih masa darjah enam nak naik ke Tingkatan Satu. Kira baru lepas habis UPSR. Aku lupa nama sebenar dia. Tak jumpa pulak surat pertama masa tukar-tukar biodata dulu. Tak silap aku, nama dia Mohd Ridzuan bin Shaffei. Setiap kali aku balas surat dia, mesti dalam seminggu tuh dah dapat balasan. Memang teruja gila bila posmen tin tin hon depan rumah, dan bawah pintu rumah adalah surat yang tertulis nama aku. Teruja beb, sangat teruja wa cakap lu. Muahahahahha Lepas tuh, masa tengah buat kerja sekolah malam tuh, mesti tak sabar-sabar nak balas surat tuh. Walau benda tuh merapu dan takde isi sangat, siyes, aku memang teruja. Lepas tuh, esoknya, bila pergi sekolah, on the way jalan kaki tuh, beli setem 30 sen dekat kedai Cik Isa, lepas tuh terus lekat dekat sampul surat wangi wangi. Lepas tuh, mesti harap dia balas surat cepat-cepat.

Ok ok. Aku dah melalut jauh dah nih. Kawan pena aku nih dulu duduk Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ayah dia nih Bomba. Nak dijadikan cerita, dia pindah rumah sebab ayah dia ditukarkan tempat kerja. Lepas tuh, aku dapat surat dari dia. Entah kenapa entah, aku tak balas surat dia cepat-cepat masa tuh. Seingat aku, surat tuh hilang tak tau letak mana. Jadi, alamat baru rumah dia memang aku tak simpan langsung. Aku lost contact dengan dia masa tuh. Tapi, hujung tahun tuh, dia ada kirim kad raya kat aku. Malangnya, dia tak bagi alamat rumah baru dia. Masa tuh, memang aku bengang sangat. Bengang yang teramat. Agaknya kalau masa tuh, Akim AF dah keluar dengan lagu bengang, aku nyanyi kuat-kuat lagu dia. Ok, tak kelakar. Marah dengan diri sendiri sebab tak simpan alamat dia elok-elok.

Oh, keciwa betul aku. Sekarang nih, tak tau la dia kat mana dah. Entah hidup lagi ke tak. Ayah dia pindah umah lagi ke tak. Rasa macam nak kembali tulis-tulis surat macam dulu. Rasa nak cari sahabat pena yang lama terpisah. Tapi, agak mustahil nak jejak kasih. Muahahaha

Sekarang nih, YM ada, Skype ada, Gtalk ada, MSN ada. Apa barang mahu main tulis surat, pakai setem, lepas tuh letak bedak talkum wangi dalam surat tuh. Wah, gila klasik. Muahahhaaha Ok, sapa mahu surat/kad hari jadi dari penulis pena cekkeya, sila tinggalkan alamat dan nama pena anda di ruangan chatbox. Serius nih, i tak tipu-tipu. Kalau nak kad hari jadi, sila tulis sekali bila hari jadi anda. Nanti i letak sekali bedak talkum wangi-wangi. Ekekekekke. Terus je tukar ganti diri jadi i-you. Meluat i.

Sebenarnya, dah lari tajuk dah nih. Nak citer pasal watak yang kita tak suka dia ada dalam hidup kita. Tiba-tiba muncul dalam fesbuk, sebuk-sebuk add kita, sebuk-sebuk hantar mesej kat inbox fesbuk kita. Lepas tuh, kalau kita tak balas, masa kita online, dia pun sebuk-sebuk chat dengan kita, tanya khabar, lama tak jumpa, bla bla bla. Tambah pulak dengan ayat-dia-yang-kengkadang-tak-la-annoying-sangat, tapi, sebab kita memang dah tak suka dengan dia, tak tau kenapa, ayat yang dia taip sangatlah annoying nya... Ada paham? Watak nih bukan watak jahat dalam hidup kita. Cuma watak annoying yang kita malas nak layan. Ada tak watak camnih dalam hidup korang?

Ps://bukan berlagak atau sombong, cuma kengkadang tuh, kita rasa cam tak best je bila layan watak camnih.

5 comments:

ipa faiza~ said...

aku phm situasi ko..
huhu..

mmg ade watak tu dlm idup aku..
lau aku la, bkn watak,,
tp watak watak wataks kot..

hahahaha :))

NedLi Natalisz said...

erm.. watak yg mengannoyingkan yer? selalu jer dpt.. tp ader gak yg watak tue mcm sgt-annoying-tp-mcm-sgt-suker-biler-dier-tegur-kita kat FB.. hahah camner tue? so skrg nie sapa yg mcm annoying sbnrnyer? watak tue ke,aku yg annoying kat sinie.. ahhaha.. what everlah..

takpe-takpe.. aper yg nak disampaikan kat sini, perasaan anda amat difahami. (^_^)

cas said...

hide kan aje senang..or block. abis citer. citer ko panjang sangat la yan, pening k aine baca..hahahaha..

penjualselendang said...
This comment has been removed by the author.
cekkeya said...

@ipa: wah, banyak btul pengacau pengacau ko. muahahha

@nedli:ahahahah btul btul, klau takde keja, bolehla layan bosan bosan. klu mmg dia annoying, rasa cam tak best betul. sampai kena hide dia kat fb, kat ym. isk isk isk. cam belagak la pulak. ahahha

@cas: nt i hide kan eh. u la orangnya tuh. ekkekekeekekkeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...