Tuesday, January 26, 2010

Omelan Kosong~

“Betulke kalau kita sayang dekat orang tuh, kita sanggup buat apa saja?”

Hohoho pertanyaan cepugangsa bak kata Abby Fana. Situasi yang berlaku semalam memanggil-manggil aku untuk menaip. Situasi yang mana seorang kawan bernama Encik Z yang entah tiba-tiba dari mana menelefonku. Bertanyakan bila dia boleh jumpa aku untuk bercakap sesuatu. Encik Z nih tak de la baik sangat dengan aku. Nombor telefon dia pun aku tak ada. Tapi, dia nih pernah la datang raya rumah aku sekali dua.

Kemudian, baru la aku tahu. Dia kata dia tolong awek dia promot barang. Barang nih pulak, perempuan je yang pakai. Boleh dikategorikan barang perempuan.Aku rasa dia nak cerita panjang-panjang dengan aku pun, dia segan. Lepas tuh, dia kata dia nak bagi website awek dia tuh. Aku pun kata OK je.

Kemudian, aku terfikir. Mana la Encik Z dapat kekuatan untuk bercakap/mempromosikan barang yang bukan dia biasa, jual dekat aku yang belum tentu nak beli nih. Yang lagi hebatnya, bukan aku sorang je yang dia promot, tapi, kawan-kawan aku pun sama. Mungkin semua kenalan perempuan dia telefon bercakap pasal benda yang sama. Mungkin bagi Encik Z, jawapan untuk soalan di atas adalah ”BETUL”.

Disebabkan tajuk entry nih pun omelan kosong, bukan omelan satu atau dua atau tiga, maka isi dalamnya perlulah kosong jua kan? ahhaha Jam tepat 2.35 pagi. Baru selesai habiskan The Vampire Diaries episod 09. Tinggal lagi 1 episod untuk ditonton. Minggu depan baru boleh donlot episod 11. Satu episod tuh biar dulu, simpan untuk tengok esok malam.

Pelik kan hati manusia? ”Kengkadang benda yang kita suka, kita tak nak dia habis cepat”Ironinya, chewahhh...ayat tetiba Bahasa Melayu A+. Ok ok, kembali ke Bahasa Melayu A- SPM. Biasanya, macam tuh la. Ada banyak ungkapan yang sedap didengar, dan tak sedap didengar. Ungkapan. Eh, tak pernah dengar ke? Pergi tengok Roda Impian 5.30 petang TV3. Ada kategori UNGKAPAN. Ahha

Ungkapan 1

”Kengkadang benda yang kita suka, kita tak nak dia habis cepat”.

Macam adik aku, bila dia makan something yang dia suka, dia akan ketepikan dalam pinggan. Takpun, bila dia makan burger, dia akan makan roti dulu. Kemudian, baru dia makan daging. Save the best for the last ;)

Bila kita terbalikkan makna ungkapan nih, lebih kurang camnih:

”Kengkadang benda yang kita tak suka, kita nak dia habis cepat”.

Ungkapan 2

”Kan aku dah kata???”

Ungkapan nih memang tak sedap didengar. Bila seseorang dah bagitau kita sebelum nih, tapi kita tak mahu dengar dan tak mahu percaya. Disitu kita akan dapat ungkapan nih. Percayalah, kalau kita pernah cuba untuk ungkapkan ungkapan nombor 2 nih, fikir dua kali sebelum cakap ungkapan nih. Ini ungkapan yang paling kita tak nak dengar.

Ada banyak lagi ungkapan yang kita biasa dengar. Tapi, sebab dah berjela sangat entry nih, aku berhenti dulu. Chau Chin Chauuuuuuuu!!! Oh, lamanya tak sebut perkataan chau chin chau. Rindu, rindu.


Ps://ada jugak kawan lama yang tiba-tiba telefon bertanyakan sama ada aku sudah kerja atau belum. Lepas tuh, baru aku tahu yang dia jual insurans. Patut dia tak cakap apa-apa masa telefon tuh, sebab takkan dia nak jual insuran kat orang yang masih belajar, kan kan kan ?

5 comments:

kuizikel said...

hahaha betul2, aida akan suka makan last benda yang dia syg, pastu nanti aku akan kecek habis2an benda yang tinggal tu... (dulu2la)...

ko ni merapu la cekkeya.. kakak

beware of penjual insuran, dia akan menghantui hidup anda slagi anda tak beli insuran...hohohoo... p/s jgn lupa namakan penerima insuran tu aku ok nanti klu beli..kakakakakkakakaka

Her Jaded Playlist said...

I like the vampire diaries. ;)

Tp baca buku dia je la...x sempat nak beli dvd dia lg. ;p

cekkeya said...

@kuizikel: aku kecik2 ske makan benda yang rapu, tuh kot suka merapu. ahahha oh,namakan atas nama ko?? hahaha

@her.jaded.playlist: tak payah bli dvd izzy, meh kita donlot je. hahaha

damia said...

yan..rindu sama kamu..hu3..

cekkeya said...

hehehe dat, susah susah je rindu sama aku.ahahahha




ps: aku dah cakap blum, rindu ko gaks??? hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...