Monday, September 14, 2009

Salam Dunia!

Perhatian: Entry kali ini terlalu panjang dan bebelan berjela-jela. Kalau rasa tak mahu baca, silakan. Ini adalah amaran supaya anda berjaga-jaga dengan bebelan yang terlampau panjang dan berjela ini. Kalau ingin rasa 'muak', sila teruskan pembacaan anda. Kepada sesiapa yang sukar untuk melelapkan mata, entry ini sangat sesuai untuk dijadikan bedtime story, kerana akan mengantuk ketika membacanya. Ingat, ini adalah amaran!

.....

........

............

Rasa nak melonjak dan melompat tinggi-tinggi je skang nih. Rasa nak benam kepala bawah bantal lepas tuh jerit kuat-kuat! Rasa nak makan banyak-banyak sampai perut boleh jadi senak! Rasa nak lari keliling padang sambil bukak kasut. Rasa nak ketuk kepala sendiri guna pensel. Ok, aku sudah mengarut. Sekarang nih kepala dah mereng sket.

Bila dengar lagu raya dekat radio, rasa macam nak cepat-cepat balik kampung! Biarlah sewaktu dengar lagu ”Sudirman-Balik Kampung” berada dalam bas ekspress sekalipun, aku tetap akan berangan berada dalam kereta, keliling penuh sawah menghijau, pastuh celah-celah sawah akan keluar petani yang akan menyanyi sekali lagu tuh...wah, terlebih sudah! Ahahaha

Hari nih, kawan aku bangkitkan soal kad raya. Dia kata, dia mahu kejut aku bangun sahur, dengan itu meninggalkan panggilan dengan secepat mungkin, agar aku tak sempat nak tekan punat ’Answer’. Ceh, padahal mahu taip ’meninggalkan misscall’. Saja nak taip panjang-panjang. Hahaha Oh, terlupa. Tajuk entry nih ’Salam Dunia’ kerana masa nih aku tengah dengar radio, lagu M.Nasir, Salam Dunia. Nak aku nyanyi sket ke? Ahhaha

Eh, sudah terrrr mengarut tiga perenggan. Tujuan sebenar tak tulis lagi. Ok ok, terus ke tujuan utama. Kad Raya. Ada apa dengan Kad Raya? Dah mula nak mengarut lagi nih. Haahaha Kawan-yang-membuat-panggilan-yang-tak-dijawab kata dia teringat kat aku, sebab skang nih atau lebih tepat lagi pukul 3.21 pagi nih, dia tengah nak tulis kad raya, tapi tak de idea. Kesinambungannya, dia bongkar balik khazanah dulu-dulu, dan terjumpa surat yang aku bagi kat dia dulu-dulu. Hohoho Aku pun bongkar balik ingatan dulu-dulu, dan nasib baik surat yang dimaksudkan bukan surat cinta. Aku sendiri pun sudah lupa apa yang aku tulis masa zaman kecil dan comel itu. Yang penting, aku memang suka mengarut, lepas tuh, baru sedar terlebih emosi, tapi apakan daya, bila aku dikurniakan kesedaran, surat tuh pulak sudah dimasukkan ke dalam tong berwarna merah POS Malaysia.

Kalau masa sekolah dulu, bila dengar je enjin motor abang posmen, aku terus jenguk kat celah tingkap. Bila je nampak motor warna merah dan penunggangnya berbaju biru cair, hati ku mula berbunga-bunga. Tak sabar nak tengok kad raya tuh nama sapa. Tapi, selalunya, hati aku yang berbunga ros terus je tukar jadi hati bunga taik ayam. Sebab semua kad raya tuh nama akak aku. Tak pun surat pinjaman JPA abangku. Hampeh betul! Muahahaha

Masa tingkatan 4 kalau tak silap, aku siap print lirik lagu Anuar-Elina-Suasana Hari Raya. Aku siap dengar lagu tuh satu-satu, pastuh taip lirik dia satu-satu guna desktop akak aku masa tuh. Aku print kecik-kecik, kira satu kertas A4 boleh dapat 8 lirik lagu. Dekat bawah lirik tuh, aku siap taip: ps//kalau korang dengar lagu nih kat radio, ingat-ingat kat aku eh? Ehhehe

Mesti korang yang dapat kad raya aku masa tuh terharu kan? Betapa susahnya proses untuk aku menghantar kad raya kepada korang masa tuh. Dan, mesti korang menyesal, sebab entah ke mana korang letak kad raya yang aku bagi dulu kan? Kan? Kan? Tuh belum citer lagi proses nak beli setem, lekatkan setem, proses hantar masuk tong pos warna merah. Siap kirim adik aku yang selalu ditugaskan membeli santan kelapa dekat sebelah kedai Ah Hong. Upah dia 20 sen. Kadang-kadang, kalau dia buat muka, aku kena tambah upah jadi 50 sen. Ahahha gila demand adik aku masa tuh!

Tapi proses tuh tak boleh lawan proses akak aku. Siap buat kad raya sendiri. Beli kertas warna hitam, pen dakwat silver&gold, pastuh siap gunting majalah Ujang atau Gila-Gila. Gam satu satu, pastuh tulis satu-satu. Gila semangat akak aku masa tuh, memang patut pun dia dapat kad raya melampau-lampau banyaknya. Ayat masih lagi berbaur nada kecemburuan terhadap kuantiti kad raya yang akakku dapat. ahahha

Sekarang nih, jangan kata 5 keping kad raya, sekeping pun susah gila nak dapat. Ehem ehem, sapa yang ada alamat rumah aku tuh, paham-paham la eh. Aku bagi hint soh pos kad raya ke rumah aku nih.

Bila musim kad raya dah tak glemer, aku paling suka bila bunyi mesej masuk bertalu-talu dalam hp aku. Masa tuh la, kawan yang dah setahun tak dengar khabar berita, tiba-tiba je SMS. Nombor yang tak dikenali selalu je miskol. Rasa ramai peminat plak kalau tiba malam raya. Yang dah tekad mahu hantar kad raya ke rumahku, jangan tukar niat mahu hantar SMS je plak eh..ahaha

Ok, aku sudah terlebih membebel. Sangat banyak bebelanku kali ini. Aku kena berhenti nih. Selamat Hari Raya, Kawan-Kawan!!! Salam Dunia, Salam Semua!!! Pandu Cermat Jiwa Selamat, Pemandu Bas Ekspress, Sila Pandu dengan Berkhemah ! Jangan Main Meriam, Main Mercun Boleh. Pada Abah, keluarga, atuk nenek, pakcik makcik, di Johor, Malaysia, tunggu kepulanganku (gaya macam duduk oversea je). Raya Jemput ke Rumahku, Duit Raya boleh mintak dekat Abangku. Akak, Akak Ipo dan Abang Ipo aku pun korang boleh mintak sekali nanti. Penjual Baju Raya di Parit Yusof, tolong bagi diskaun banyak-banyak sket. Aku mahu serbu balik nanti. Penjual Kasut, tolong simpankan stok kasut yang chantek chantek saiz 8 & 9. Nenek dan Atuk, masak sedap-sedap raya nanti. Perut nih tak sabar nak isi ketupat rendang semua tuh. Terakhir sekali, Prof. X, tolong bagi soalan senang-senang untuk mid term exam esok petang!!!

Selamat mengangkat jari dari keyboard dan memaksa jari ini untuk tidak terus membuat ucapan yang mengarut lagi karut, tepat jam 7.22 am, Isnin, 24 Ramadhan 1430H. Huh, lega. Sudah boleh sambung tidur sekarang.

6 comments:

kuizikel said...

jelas aku mmg glemer, takleh lawan la ko...

oh ada ek aku buat dulu? tu sebab bosan kot, lagi pon aku nye hobi memang menggunting buat sampah..hehehe

kawan2 ko dah beso, tade nyer dpt duit raya.. aku yg nak pow duit raya diaorang... hehe

~wan~ said...

nasib ak xde alamat umah ko yan..alamat hp ko ak ada r...hahah.a..

miera momo chan said...

seb bek aku xregister alamat ko dlm otak aku..haha....lega....

cekkeya said...

@kui

cehh, tuh sebab usaha ko menghantar kad raya lebih...ahahah

@wan: ceh, yang ko simpan alamat rumah masa hantar kad yang aku pakse dlu tuh, manakah alamat itu? ahahha

@momo: takpe momo, nasib aku baik...aku tak berkira sangat dengan ko puasa-puasa nih. ahahahha

Farahana said...

mmg ko terlrbih membebel laki ni yan.. panjang weii...huhu..erm,,,,, ari tu yan ada mintak alamat ana kan?
hihi

cekkeya said...

@ana: eh, ada eh? ahahhaah perasan, mana ada mintak. tuh sebab nak mintak hutang...ahahah raya leklok ye ana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...