Thursday, December 4, 2014

Senyum Selalu

Salam Semua. Salam Dunia (***tiba-tiba teringat lagu M.Nasir)

Okeh. Tiba-tiba tak tahu nak taip tajuk apa, pastuh tetiba tengah berkumandang di corong radio lagu Senyum - Aziz Harun. Terus taip tajuk post nih "Senyum Selalu".


Cheeky sangat tang "Bukan maksudku memikat, tapi kalau kau terpikat, Ku tak kisah, Apa salahnya..." Oh, player sangatttt. haha ok ok. bukan tuh niat sebenar entry nih ditaip. (nota kaki://taip guna tangan. tapi melalui browser Firefox, Bloggeroid problem.)

Sedar tak sedar, ***aku pelik kenapa orang suka taip sedar-tak-sedar, walhal memang 90% alu pasti orang tuh memang sedar.

Kannn? Tengok. Melencong lagi cerita. *anggaplah itu iklan*** :)

Disember 2014 dah datang dah. Tahun baru 2015 bakal menjengah tak lama lagi. Sedar tak nih? :)

2014 memang banyak Allah bagi ujian. Allah duga. Allah sayang. InsyaaAllah.

Mana nak mula ek? Aku masih tercari-cari perkataan untuk menafsir apa yang boleh untuk ditaipkan. Boleh aku pahatkan supaya aku tak mudah lupa, tak mudah alpa, tak mudah melatah dikemudian hari.

Kasih sayang. Apa beza Kasih dengan Sayang? Can someone please tell me the differences? PM/email yaa? ahahah I sayang U. U kasih dengan I?

Oh. This is so random. Lari jauh dengan niat sebenar post nih. Mungkin lama sangat tak menulis nukilan hati. Sampai tak tahu mana satu bahagian yang perlu mula.


Hari ini, minggu ini, aku telah menyaksikan bagaimana ada orang yang jauh diduga lebih hebat dari aku. Jauhhhh sekali diduga oleh Allah. Sangat malu sangat segan dengan diri ini. Kalau orang lain boleh bangun dan bangun bila acapkali terjatuh, kenapa tidak kita? Masalah, kekangan, halangan, cabaran, semua tuh dugaan asam garam hidup kita sebagai manusia, hamba Allah. Kalau goreng ikan, tak bubuh garam, akan sebati tak rasa ikan tuh?

Pendek kata, apa ujian/kekangan/halangan/dugaan yang kita hadapi, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kannnn? Jadi, apa yang kita nak buat? Senyummmm...senyuuum selalu. "Bukan maksudku memikat, tapi kalau kau terpikat, Ku tak kisah, Apa salahnya." ;)

Till then. Assalamualaikum. **rindu nak dengar keletak keletuk kalau taip guna keyboard PC. Oh.
















Friday, October 31, 2014

Rasa Malam

Pernahkah kau rasa, apa itu malam?
Apa itu kelam?
Dijiwamu terbeban rasa palam?
Hati tak tenteram?

Dapatkah kau rasa ertinya malam?
Dapatkah kau rasa ertinya masam?
Atau kau pura-pura diam?
Sedang kutahu hatimu kejam?

Kau kejam dalam kepekatan malam,
Kejam dalam kata-kata hitam,
Tingkah laku juga nawaitu geram,
Tidak mahu kalah dalam peperangan malam.

Jujurkah aku?

Inilah rasa malam.
Yang buat ku tenggelam.
Terima kasih duhai malam.
Kau ajar ku erti dendam.

Segala rasa ini kupendam,
Ku simpan erat dan ku genggam.
Air mata ini takkan ku biar berendam,
Biarlah gundah ini kupadam.

Rasa malam. Rasa kelam.
Biar hilang ditelan karam,
Jangan dibiar jadi resam.
Kau dan aku, kita pengembara malam.

Nukilan Malam. 31102014.
Wassalam.

Saturday, August 2, 2014

Anugerah Syawal

Assalamualaikum! :)

Alhamdulillah. 6 Syawal 1435H. Jari jemari ini masih laju menaip di papan kekunci nih. Mata masih diberi nikmat untuk melihat alam ciptaan Allah ini. Telinga masih boleh mendengar *ehem ehem* lagu raya dendangan Dayangku Intan - Senandung Hari Raya. Alhamdulillah.

Berlalu sudah Ramadhan. Datangnya Syawal dengan kemenangan bagi umat Islam untuk diraikan setelah menempuh Ramadhan. Datangnya Syawal dengan harapan amalan baik terus dilakukan walaupun Ramadhan sudah berlalu pergi tahun ini. Anugerah Syawal. Kannn?

Tak berhajat nak berceloteh panjang. Hari raya nih banyak sudah celoteh. Topik paling hangat diperkatakan selain Gaza (Ya Allah, selamatkan Palestin, bantu mereka Ya Allah), selain cerita MH17 dan MH370 adalah cerita jodoh. #jodohcepat

Raya nih, selain cerita rakan taulan sepupu sepapat yang berkait rapat dengan jodoh, adikku Aida ada mengeluarkan kata-kata, "Kak Azyan kena cari calon suami yang senyap tak banyak cakap. Sebab Kak Azyan dah banyak bunyik. Bising je mulutnya." Ya Ampunnnnnnnnnn, adikkkkuuuu!  Kalau akak sorang nih tak bebel banyak-banyak kat hang, sapa lagi yang nak bising. Mak Abah dah tak ada dah. Sobs sobs sobs.

Okay okay, sebab ini tajuk adalah Anugerah Syawal, aku belanja tengok gambar raya je la ye. :)

Kakak-Adik. Anak kakak.


 Auntie Yan with Fateh (anak abang): 5 months ++ years old. 



Bergambar keluarga + makcik, pakcik belah arwah abah.



 

 Dengan Ali, nampak seperti budak besar, walhal baru 8 bulan.


Comel-comel anak saudarakuuuuu! Rinduuuuuuuuuuu!

Dialog yang dicipta oleh abangku. Tak sia-sia Abang Am, ko dulu beli komik Mutiara Naga berkotak-kotak episod sampai kena marah dengan arwah mak sebab duit habis kat komik. Hasilnya, pandai hang tulis dialog. muahahhahaha

 Dengan Dak Iyman sorang nih. Kemain banyak celotehnya. Dahlah speaking Utagha. Rinduuuuu Cik Yan kat Iymannnnnn!



Nih aku saja edit-edit gambar abang aku yang batuk-batuk di hari raya lalu memakai topeng muka.



 Nih Fateh. Super Heroooo!



 Nih Ali, muka suwwwit jeee, tak seswai sangat super hero, Super Imam boleh?


Nih Dila, sepupu sebaya sebelah arwah Mak. Single lagi I tell youuuuu. 


Nih Yah. Kawan YuAiTiEm dulu. Satu bilik. Kawan merempit. Haha Tahun nih, Yah raya umah aku, tahun depan, Yah raya umah mertua dia, aku raya umah mertua aku. Eh? Ecececeh. Dua sekawan target kawen tahun depan. Sila mark your calendar yaaaa, save the date. :) Poyosssss!

...but truly, deeply, we pray to Allah, Raya Tahun Depan Mesti Kawen! ***Tajuk cerita drama tahun depan 2015.

Alang-alang cerita pasal jodoh, ***walaupun tajuk entri nih Anugerah Syawal, meh kita yang masih belum bertemu jodoh, kita panjangkan doa bersama-sama, DOA BERTEMU JODOH YANG TERBAIK. Yang dah berkahwin tuh, sudah-sudahlah yeeee, tapi, kalau nak pasang 2, 3, 4 pun boleh jugak baca. Auuucchhhhh!

Bismillahirrohmannirrohim…..
Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakkan hatinya tuk menujuku,
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba-hamba-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh, dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu,
tautkan hatiku dgn hatinya yg sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah…Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati,
Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb…Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu,
Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,
Temani dia dalam kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku dan hidupnya dalam Cinta-Mu..

Ya Rabb….
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami,
Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat dan kasih sayang-Mu..
Aamiin ya Rabb…

Sumber kopipes: informasi.my

Okay lah. Panjang berjela dah nih. Nak sambung raya lagi. Akhir kata, kuakhiri dengan serangkap pantun (versi kedua selain yang telah di letak kat FB):

Kalau aku kaya,
Panggil aku mak datin,
Selamat hari raya,
Maaf zahir batin.


p/s: pantun kredit pada akakku yang bersusah payah menolong mencari idea haha

Sampai jumpa lagi, InsyaaAllah. Wassalam.

Thursday, April 3, 2014

Jurnal Kegembiraan

Hari tuh masa Big Bad Wolf dekat The Mines, ada beli 1 buku nih, "Every Monday Matters". Sangat disyorkan beli! Sukaaa dan lepas baca terasa sangat bermotivasi. :)

Lepas tuh terus LIKE FB Every Monday Matters. Buku nih lebih kurang macam kita kan selalu ada term Monday Blues. Jadi, buku nih macam nak suruh buang term tuh dan suruh kita buat sesuatu setiap minggu yang bermula dengan hari Isnin. So, every Monday actually matters to us.


Kannn?

Minggu nih punya tema adalah "Start a Happiness Journal".

Aku suka menulis. Kadang-kadang rasa macam tak lengkap kalau tak menulis. Menulis==menaip! :) Dulu, suka tulis diari. Lepas tuh, tulis dalam belog (baca: menaip). Bila rindu sangat dengan penulisan, gatai tangan pi beli Kad Raya. Lepas tuh tak tahu nak bagi dekat sapa, bagi dekat kawan-kawan ofis. Oh myyyyy Myvi, takde orang lain ke kau nak bagi? Haha

1. Saya suka bila makan coklat
Aku rasa macam sukaaaa sangat kalau dapat makan coklat. Walaupun aku tahu dia manis, kalori tinggi, aku tetap suka. (tapi aku akan pastikan intake tuh tak melebihi dos, no worries). Coklat nih macam teman kala duka gituuu. (wes, gilaaaa lonely ayat) haha Tak tak. Dengar je sapa nak gi Langkawi, aku dah sebuk nak kirim coklat. Oh Langkawi, bila cheq nak pi sana lagi memborong cokelat?

2. Saya suka bila pergi bercuti
Oh myyyyy! Sapa tak suka pegi bercuti kannnnn? :) I had an awesome trip to Langkawi before this. Was it 2011? Oh rinduuuuu! Pulau Sibu, Mersing 2013. Ya Allah, Subhanallah. The view is super amazing. Phuket, Krabi, Phi Phi Island 2013 MasyaAllah. So superb! :)

Banyak sebenarnya aku hutang. Hutang nak upload gambar cantik-cantik dan paling penting video yang sampai sekarang aku tak join lagi untuk buat satu vlog yang aku rasa boleh ditonton oleh anak cucu dikemudian hari. Echewah. Sarawak 2012. Oh my. 2012? Nih 2014 sudah. Terasa segar diingatan jadi backpackers yang berlari-lari anak ke kedai kek lapis, sampai kembung perut makan semua tester kek lapis.

See? Teringat semua kenangan pergi bercuti je dah buat aku rasa teruja dan gumbiraaaa! Terus rasa nak tempah pakej murah pergi bercuti.

3. Bersembang dengan kawan lama
Bukan bermaksud bersembang dengan kawan baru atau kawan sedia ada tidak mendatangkan gumbira, tapi lebih gumbira bila jumpa kawan lama dan huu sana huuu sini.

Like seriously, I miss all my friends yang rasanya lama dah aku tak buat perangai suka telefon orang sana sini. Blame it on FB. Haha dah semua aktiviti kawan kau ada dalam tuh, no point nak telefon tanya dia buat apa, dah makan belum, heiiii kau dah berpunya belum?

You know who you are when you're reading this. I do miss you guys! Infact, a lot. Satu panggilan telefon kengkadang lebih bermakna daripada satu SMS, Whatsapp msg atau sebaliknya. Ingatan tuh yang penting.

4. Bercakap dengan kanak-kanak
It makes me happy. Kanak-kanak kan sangat jujur. Sangat naif. Mereka tak kenal lagi erti dunia. Aku pernah ada cita-cita jadi cikgu sekolah tadika. Aku rasa macam keperempuanan sangat cita-cita tuh. Haha dont get me wrong. Cikgu sekolah dewasa nih pun dah cukup buat aku gembira, apatahlagi kanak-kanak. Petah mereka bercakap, jawapan spontan mereka. Wes, tiba tiba aku rasa macam tak seswai guna perkataan 'mereka' kat sini? Ahhh. Pendek kata aku suka berbual dengan anak sedara aku yang petah-petah bercakap. Husna, Najwa, Iyman. Tak sabar nak tunggu Ali dan Fateh besar pulak. Versi lelaki petah dia lain sket. :)

I hope that one fine day, Allah kurniakan aku anak-anak comel dan sehat dan bijak dan pandai dan taat perintah Allah dan Rasul. Ameen Ya Rabb.

5. Bercakap dengan orang tua berumur 70 tahun ke atas
Sejak arwah emak dan abah dah takde (Alfatihah), aku suka tengok dan tenung muka orang tua. Contohnya, nenek dan atuk belah arwah mak yang masih hidup. Allah ambik emak. Aku masih ada abah. Allah ambik abah. Aku bersyukur aku masih punya adik beradik dan mak tiri untuk mengadu kasih. Allah panjangkan usia atuk dan nenek untuk aku menumpang kasih. Betapa besar dan hebat percaturanMu, Ya ALLAH. I feel blessed. ALHAMDULILLAH.

Macam ada sorang pensyarah aku masa aku mengaji kat YouAiTiEm dulu, dia kata, "buat apa saya nak tipu kamu, umur saya pun dah 60 tahun nih. Bila-bila masa Allah boleh ambik nyawa saya." Kannn?

Orang tua nih makan garam lebih dulu daripada kita. Dia tahu macammana masinnya benda tuh. Orang tua makan benda pahit lebih dulu daripada kita. Dia tahu macammana rasanya pahit tuh, dan dia takmo kita rasa pahit tuh. Tapi, kengkadang kita degil. Yang mana orang kata toksah buat, kita buat jugak. Kan baru rasa apa itu pahit. Kan baru padan dengan muka.

Orang tua nih dia dah rasa semua benda lebih dulu daripada kita. Banyak sangat nasihat yang kalau kita ambil, kita akan jadik lebih kuat motivasi dan banyak benda sebenarnya yang kita boleh belajar daripada mereka.

Harituh, aku balik kampung singgah rumah nenek. Nenek aku yang umur 80++ kata dekat mak tiri aku, "Nih dulu 3 orang nih (merujuk kepada aku, Awa dan Adik) kelmarin dulu, saya yang bela. Anak saya sakit dulu, kecik-kecik 3 beradik duduk sini. Saya yang bela."

Oh sedih. Teringat dulu-dulu, nenek garang sangat. Dok marah-marah adik setiapkali adik buat hal mengaruk masa maghrib. Nenek kata, "Diam. Tuh dulu-dulu mak tiri dia rebus dalam air panas kawah besar. Masuk dalam tuh, baru tahu? Nak tak?" Adik Aida yang masa tuh meraih kasih sayang dan perhatian seorang mak (yg sakit masa tuh) diam sekejap bila dengar nenek marah. Lepas tuh, dok mengaruk lagi sampai arwah mak pun dah malas nak layan takut lagi menjadi-jadi. Atuk dengan gaya yang sama. Tenang je sampai sekarang. Nenek yang dulu garang, dah makin slowdown dah. Umur aku masa duduk dengan nenek tuh lebih kurang Tingkatan 1 sampai 3. Sekarang pun dah besar panjang. Dekat 13 tahun dah arwah mak tinggalkan kami. 4 April 2001. Alfatihah.

Aku doakan nenek dan atuk sentiasa dalam rahmat Allah. Dikurniakan kesihatan yang baik untuk beribadat kepadaMu Ya Allah.

Aku gembira bila lepas bercakap dengan atuk atau nenek. Tapi nenek la paling banyak suka cerita imbas kisah-kisah lama. Terima kasih Ya Allah atas pinjamanMu atas dunia nih. Kau kurniakan kami seorang nenek dan atuk yang sangat baik. Alhamdulillah.

Rasanya cukuplah setakat nih aku menulis tentang Jurnal Kegembiraan nih. Walaupun nama dia Jurnal Gembira, tapi sejak aku menaip dalam telefon pintar nih, sejak point gembira nombor 4, tak henti-henti air sedih mengalir keluar. Gembira dan sedih punya satu persamaan. AIR MATA. MENANGIS :)

Segala perkongsian nih untuk membuatkan aku dan kamu ingat, kita mampu untuk gembira walau sekecil mana benda atau perbuatan tuh. No double or hidden messages intended. Kita yang dapat tentukan samaada kita nak gembira atau sebaliknya. We have the rights to choose. So, Happy or Sad? I choose to be Happy. You? :)
posted from Bloggeroid

Wednesday, April 2, 2014

SENTAP

Kejadian nih baru berlaku dalam setengah jam sebelum aku mula untuk menaip dalam belog nih.

Sedang aku sibuk menanda sambil ditemani lagu-lagu dan tangan dok gatai pi skrol SALE SALE SALE RAKUTEN HANDBAG, tup tup, pintu bilikku diketuk.

Kak H, seorang pekerja kontrak pembersihan yang ramah tamah dan Kak L kawannya menjengukkan muka di pintu.

“Miss miss, miss ada printer tak?”

“Printer?”

“Aahla, yang kalau nak cetak tuh keluar kertas camtuh.”

“Eh, ada-ada. Kenapa kak?”

“Nih la, nak mintak tolong buat surat boleh tak?”

“Boleh boleh. Surat apa tuh kak? Masuk la dulu.”

“Camnih, laki akak baru lepas operation hari tuh. Tangan kanan dia bengkak menanah, jadi tak boleh kerja dah dekat 2 bulan. Ingat nak mintak bantuan.”

“Aah, miss, nih dah jumpa dah pergi pejabat bla bla bla, tapi dia suruh buat surat. Cuba miss tengok yang kitorang karang ayat nih, molek tak?”sambung Kak L, kawan kepada Kak H yang juga pekerja am di tempat aku bekerja.

Tangan aku mula laju menaip di komputer mengikut ayat yang ditulis atas kertas yang diberikan oleh Kak H tadi. Cepat jugak tangan aku pergi Google contoh-contoh surat rasmi.

Bila sampai bahagian tajuk tuh...tak tahu kenapa, aku macam sebak la pulak, "Memohon Bantuan Sumbangan Kewangan...."

"Miss, lepas tuh, boleh tak buat surat yang sama, tapi nak kasi dekat orang yang lain pulak?"


"Boleh boleh. Apa alamat dia kak?"

Sambil-sambil aku menaip tuh, akak nih cerita lah macam mana suami dia boleh terkena bengkak tangan dan bernanah dan kena buat pembedahan buang nanah tuh. Tambah pulak anak 4 orang bersekolah. Macammana nak sara hidup, dengan suami yang tak boleh bekerja?

Nak jadikan cerita, printer ofis nih pun dakwat nak habis dah. Aku terus Save As dalam pendrive dan ajak akak tuh gi Bilik Cetak yang satu aras dengan ofis aku.

Habis je aku cetak, aku cakap kat akak tuh, "Cukup tak kak? Ke nak buat satu lagi salinan?"

"Eh, cukup cukup." Bila dengar akak tuh cakap cukup, aku terus ambik kertas lebih kat dalam tray mesin. Akak H tuh terus hulur note RM10 yang dilipat dua kat aku. SENTAP. SEBAK. Sangat berbahasa akak nih, dia sendiri pun nak sara hidup anak-anak bukan main susah, siap nak hulur duit dekat aku lagi. Sentap sangat rasanya.

"Eh, akak nih. Apa nih kak? Tak payah tak payah."

"Susahkan miss je, dah lah banyak kerja."


"Isyhhh, akak. Saya pulak yang serba salah kak. Tak pe tak pe. Nanti kalau akak nak hantar kat mana-mana lagi, salinan yang asal ada pada saya, tinggal ubah alamat je la. Apa-apa akak bagitau sayalah eh."

Masuk je ofis, aku terus terfikir, YA ALLAH, BETAPA TAK BERSYUKURNYA AKU...dok mengadu kerja banyak, orang lain sebuk nak bekerja, kau sebuk mengeluh. Astaghfirullah. Dok mengadu, duit nih macam air, kejap je habis. Dok mengeluh itu ini, padahal Allah dah bagi nikmat sihat, Allah dah bagi nikmat rezeki, Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


SENTAPPP!

Hilang terus mood gila nak online shopping bagai, SALE SALE SALE RAKUTEN HANDBAG byebyebye.

Kesimpulan: Jangan pandang orang yang lebih daripada kita, tetapi pandanglah ke bawah supaya kita lebih bersyukur kepada Allah.


Friday, February 21, 2014

Lawak Basi

Semalam aku dan seorang kawan pergi ke pasar malam sekitar jam 5.30petang. Tengah-tengah berjalan, ada la sorang peniaga menjual tikar (ala-ala evamatik) RM10/pc.



Aku pun beli la tikar nih satu. Pakcik peniaga tadi nih terus panggil sorang girl nih, "Yang, nih kasik adik nih 1."

Habis je beli belah kat pasar (amboi, pasar pun jadikkkk jugak tempat beli belah), kitorang pun balik la.

Tiba-tiba aku teringat dolu-dolu punya cerita (ada la dekat setahun kebelakang). Pakcik peniaga yg sama jual jugak cadar. Masa aku belek-belek cadar, kemain dia promot. Cadar yang ini cantik lah. Yang itu lah. Pastuh suruh aku ambik 2 cadar terus.

Agak-agak dia malas dah nak layan aku (tunjuk corak itu ini tak berkenan), dia tunjuk pulak cadar saiz Queen n King.

Aku cakaplah,"Saya nak yang single, takmo yg queen."

Dia jawab, "Laa. Single lagi ke? ABANG pun single lagi," sambil tersengih-sengih gaya kerang busuk.

Mak aih. Lebih sudah ini pakcik. Tup tup gelarkan diri ABANG. Haaaa, terus aku sengih dan kata "Takpelah. Lainkali la saya tengok. Terima kasih." Haha

Ok tak lawakkkk? :) takpelah. Saja cerita sebab sudah basi, tapi tiba-tiba teringat.

Tapi sekarang, pakcik tuh sudah DOUBLE, bukan SINGLE lagiiii. :)

ps://tikar yg RM10 ala-ala evamatik tuh, kawan aku kata dekat Mydin KL RM5/pc. Mak aih. Murah gilossss! :)

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...