Assalamualaikum!
Tatkala malam nan hening 3:39 pagi ini, tatkala mata sukar nak lelap, jari gemuk ini berlari-lari atas skrin telefon cuba menyampaikan kata-kata yang dipaksa supaya jadi bermakna. Ecewahhhh!
Alhamdulillah. Masih diberi nikmat Allah atas dunia ini untuk melihat, merasai peluang untuk ibadah di dunia buat bekalan di akhirat. Kadang-kadang, rasa diri tenggelam dengan kerjaya. Takut lupa pada akhirat bila selalu begini begitu. Dengan setiap ujian Allah, hamba ini pohon diperkuatkan hati dan iman.
Baru-baru nih, (takde lah baru sangat) pergi bercuti ke Pulau Sibu, Mersing dengan geng-geng sukan yang dah tak aktif sangat. Subhanallah. The view is breathtaking, I would say. Hopefully, khazanah alam itu terjaga sampai anak cucu cicit dan seterusnya. InsyaAllah.
Jarang sangat dapat muatnaik gambar dalam blog sekarang. Facebook/Instagram je jadi medium untuk kongsi/simpan momen momen indah. Lain kali ye, kongsi gambar kat sini. :)
Macam kata tadi, kerjaya sekarang memerlukan komitmen tinggi. Kengkadang tuh, masuk kerja pukul 7.45 pagi, punch out 6.30 petang. Oh! Tak berdunia a.k.a tak bersosial sungguh! :)
Malam pulak, kalau whatsapp/wechat/sms dengan kengkawan, selalu je jadi situasi tertidur depan TV, sambil tangan pegang handphone. Pastuh, dah dekat pukul11malam housemate pun kejut suruh tidur masuk bilik, sebab dia pun nak tidur dah. Tapi hari nih. Tak boleh tidur pulak. Sambung lagi buat keje untuk esok punya jadual. Oh!
Kengkadang terfikir. Tak mau lah umur meningkat dengan berteman memori keje. Kannn? Sekarang nih, walau berteman kerja yang sibuk, cuba belajar sesuatu. Hargai apa yang kita ada. Belajar untuk gembira dengan apa yang kita ada. "Happiness is something that can be learned." So, I am learning to appreaciate a little thing in my life so that in the future I'll realize it is a big thing that makes me happy.
Bila belajar untuk gumbira, semua benda jadi macam mudah. Semua benda buat kita senyum. (walaupun kengkadang susah nak kawal marah/stress). Tengok pokok yang mendamaikan, rasa macam tenang. Terus senyum sampai telinga. Tengok awan membiru, rasa bahagia sangat. Tengok air hujan, rasa macam terhasil satu rentak gembira. I'm still learning, insyaaAllah will be better on how to control emotion or handling stress.
Ada kawan pernah kata. Nak orang yang positif sahaja di sekeliling. Aku cuba betulkan sket. "Kita tak boleh kawal positif atau negatif orang yang berada di sekeliling kita, tapi kita boleh kawal pemikiran kita untuk berfikir atau memberi reaksi secara positif terhadap benda/orang di sekeliling kita."
Oh mata. Masih tak nak lelap. Biarlah aku akhiri nukilan hati ini dengan rasa gembira. "Salam Jumaat" semua.
Assalamualaikum.
p/s: Dah selawat hari nih?

posted from Bloggeroid
1 comment:
Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....
Post a Comment