Sunday, February 12, 2012

Lauk Pauk

Agak lama jugak sebenarnya nak pilih tajuk untuk entry nih. Rasa nak letak tajuk, "Ikan Singgang/Pindang", ataupun "Mudah tapi Menyelerakan". ahahah Eh, Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak buat entry pasal masak-masak. *Oh, daku terasa makcik-makcik sebab guna ayat masak-masak* Hari Jumaat lepas, terfikir tentang hujung minggu Sabtu dan Ahad nih. "Nak masak apa eh?" Housemate yang dua orang kat rumah tuh, Cik Siti dengan Cik As, dok sebuk pung pang pung pang masak kebabooom punya resepi. Kengkadang, terasa lah rendah diri, sebab asyik masak sup je. ;))

Bukan apa, sukaaaa sangat dan rasaaaa senangggg sangatttt masak sup. Campak ayam, campak bawang, campak garam, campak kobis sket, campak ikan bilis, campak lobak, campak sawi, pecahkan telur. Siap. Sayur ada, ayam pun ada. ;) Kan kan kan? Tak payah nak buat dua benda, sayur lain, main course lain. Wahhh, gituuuuu. Walhal kau pemalas kan, cekkeya? ;)

Jadi, hari tuh dekat ofis, bual dengan akak yang sama bilik nih. Kita panggil dia Puan Nor lah ye. Aku tanya lah dia, "Akak, akak ada resepi asam pedas tak?"

"Apa dia, you? Asam pedas? I tak suka sangat asam pedas. Sebab rasa dia strong sangat."

"Ooo, apa dia eh kak, benda yang senang nak masak, tapi sedap???"
*Perggghhhh, soalan.....memang tunjuk gaya pemalas.*

"I selalu masak singgang."

"Singgang? Pindang eh? yang kuning-kuning tuh?"


"Aah, yang itu laa. Itu paling simple you tahuuu. Senang je, you tumbuk kunyit dengan bawang merah, rebus air, potong cili merah, masukkan serai yang ditumbuk-tumbuk. Letak asam keping, garam sket, gula sket, pastuh letak ikan kembung/temenung. Siap lah." Laju je tangan aku capai pen dengan sticky note yang baru beli.

Hari nih, berbekalkan kertas yang disalin tempoh hari dari Puan Nor, aku terus je memulakan upacara memasak. Ehem ehem. Menjadilahhhh. ;)

Ikan Kembung Masak Singgang/Pindang

Lepas tuh, perbualan tadi berpanjanganlah sampai dia bagitau benda yang senang lagi satu.

"Lagi satu kan you, you suka makan salad tak?"


"Suka suka."

"Nih mak I la yang selalu buat, bila I ada family, I buat jugak lah. You ambik bawang merah potong halus-halus, cili merah pun potong jugak. Ambik tomato ke, kobis ke, salad ke apa ke, yang you nak makan, you potong dia slice macam tuh, lepas tuh gaul dengan bawang merah, cili, letak garam sket, letak gula sket, pastuh masuk dalam fridge. Tak lama lepas tuh, you keluar kan, dia jadi sedap lah. Anak-anak I suka kalau I buat macam tuh."

"Tak payah letak sos thousand island?"

"Tak tak. Nanti you ada satu dish yang panas, satu yang sejukkkk je rasa bila masuk perut."




True indeed. Sejuk je rasa perut. Kena pulak dengan rasa ikan pindang yang masam masam tuh. Fuhhh, terangkat. Errr, nih puji diri sendiri ke apa? Tak lah, cuma nak cakap, you should try la kan, kalau you tak pernah makan. ;) Simple, tapi menyelerakan.

Kalau you all pernah buat, kongsikan sket resepi tuh, sama tak macam Puan Nor punya resepi? :) Hari tuh masa nak beli ikan dekat kedai runcit depan rumah tuh, berbual dengan akak tukang jual tuh.

"Nih nak masak singgang. Ada akak tuh baru bagi resepi."
"Masak singgang? Ohhh, orang kat sini masak lain sket. Kalau singgang dekat tempat akak (KELANTAN) dia tak letak serai." Datang pulak makcik lain. Dia menyampuk pulak, "Masak apa tuuhh?"

"Nih hah, nak masak singgang. Saya kata tempat saya masak lain. Letak bawang putih banyak-banyak, bawang merah sket je."

"Ohh, sini takde letak bawang putih. Bawang merah je."

"Lepas tuh, letak pung pang pung pang, taruk Budu sket."

"Budu???"

"Haaa, kalau sana ye lah, dia letak budu."



Fuh fuh, masa menaip nih, aku dah terasa yang aku tergolong dalam golongan makcik makcik pulak, sebab skop perbualan aku dah masuk pasal masakan plak. Arghhhh, aku peduli apa. :))

But, seriously, you should try this at home. ;) Walaupun illustrasi gambar masakan kat atas tak seberapa, tapi hasil rasa dia, I tell you, kalah Kak Jemah. ;)

Okkaylah, ASSALAMUALAIKUM. Selamat Mencubaaa! :)

3 comments:

NedLi Sakurai said...

umang aii singgang.. best kalo dpt makan ngan nasik putih panas2 + sambal kicap/ budu.

kuizikel said...

pergh aku blk kg nanti jgn lupa masak yer yu!

vanilla bean said...

Tepat 12.25 tgh hari dikala aku membaca post ni, dikala aku tgh dalam bilik meeting yg sejuk yg amat, di kala sedang kelaparan, di kala aku tak sarapan pagi tadi, dikala kala kala apa2 la..
sedap nampak..pandai amek gambo..ekekekk..
aku br2 ni at mushroom siup. nk resepi...?? hahahh tanak kalah tuh....
babai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...