Thursday, December 8, 2011

Menulis dan Coretan

Kebelakangan nih, aku rasa aku kurang menulis. Ya, menulis dengan mata pena. Menulis dengan minda dan hati yang terbuka. 

Aku rindu sebenarnya. Rindu untuk menulis. Rindu untuk membaca satu benda yang kalau aku baca di masa hadapan, aku akan kenang dan rasa itu adalah penulisan aku yang terhasil dari hati yang tulus. Menulis ikhlas dari hati. Chewah. Sekarang nih, aku lebih kepada bercakap dan menaip. Jari jemari pun dah tak biasa nak pegang pen dan pensel. Huh. ;)

Macam yang aku cakap tadi, sekarang ini aku lebih tertumpu pada membaca dan bercakap. Dua benda penting kalau nak jadi pengajar. Kau kena membaca dan bercakap. Kau kena ada dua dua skill tuh. 

Bercakap???
Semua orang boleh bercakap. Budak kecik pun petah bercakap, tapi percakapan yang macam mana kita dambakan? Bukan senang untuk bercakap tanpa mengecilkan hati orang lain. Bukan senang untuk bercakap dengan bait bait kata yang indah. Bukan senang untuk bercakap dengan nada intonasi yang menarik. Bukan senang untuk menyebut huruf satu persatu dalam nada yang tenang, padahal kita berada dalam situasi yang tegang. Percayalah. Bukan senang. 

Sejak jadi pengajar nih, aku sangat memerlukan skill bercakap dengan bagus. Penyampaian yang bagus supaya students tak mengantuk, mudah faham dan tak bosan. Sekarang nih, ada 4 lecture class. Berturut hari Selasa dan Rabu. Selasa 8-10 pagi, 10-12 tengah hari. Rabu, 8-10 pagi, 2-4 petang. 

Misal kata, minggu nih aku masuk Chapter 2. Ada 4 kelas semuanya. Benda yang sama aku ulang ulang sampai 4 kali. Kelas yang pertama, semangat sket la. Kelas kedua, boleh tahan lagi. Kelas ketiga dan keempat? Apa nak cakap? Benda sama yang kalau boleh kau nak bawak je tape recorder, kasik dorang dengar balik apa yang kita dah bebelkan pada kelas yang pertama. 

Tak naklah situasi macam nih dalam kelas. Kan? 

Sampai satu saat, aku rasa aku macam buat cerita bohong. Ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu. Kau beriya bercerita kat Peah benda tuh. Kemudian kau cerita pulak dekat Ali. Lepas tuh, kau bawak lagi cerita tuh kat Siti. Beriya-iya kau cerita kat Senah pulak, bagi benda bukti yang kukuh nak buat dia percaya dengan cerita yang cuba kau sampaikan. 

Setuju sangat dengan gambar atas nih. ;) Sindrom RLS ;)

Sama macam mengajar. Kau ulang benda yang sama. Kau cuba nak convince setiap orang di dalam kelas. Ini yang you semua patut tahu. Benda nih penting untuk chapter nih. Final selalu keluar. Analogy yang sama tentang bahan masakan yang menjadi input, kemudian kau masak ingredient tuh, samalah macam kau "Process the input". Kemudian, terhasillah satu masakan (ie: asam pedas, kari ayam) yang boleh di interpret sebagai output. Itulah Information Processing Cycle. 

Banyak anologi yang kau boleh bagi untuk contoh-contoh berkaitan dengan bidang komputer. Tapi kena ingat, kadang-kadang students nih dia telan je apa yang kita cakap. Contoh macam utility program, benda benda macam defragmentation, setup wifi, troubleshoot, jadi aku akan cakap, "Usually, utility program is things that you can do through control panel such as ....bla bla bla." Jadi, mereka akan angguk angguk faham.

Bila dah abis kelas, kau nak wrap up apa yang dah diajar, kau akan tanya balik. "What is utility program, class?" Berebut-rebut diorang jawab, "CONTROL PANELLLLLL!!!!". 

Haish. "No no. It is totally wrong. If you answer like that in Test 1, I will deduct your marks. I give you simple analogy to represent what is utility program. Control Panel is not the answer, but things that you can do through it, is the correct answer. Get it?"

Then, a big OOOOOOO comes from them. 


*Dulu, masa study, aku suka kalau dapat lecturer lelaki yang hensem* Oh apakah?

Kan dah kata tadi, bukan senang untuk bercakap? Tapi, memang betullah. Mengajar nih adalah impian aku sejak kecik. Tak boleh nak trace sejak dari umur berapa aku minat mengajar, tapi memang sejak kecik lagi aku dah berangan nak jadi cikgu. 

Bila dapat mengajar, rasa macam suka sangat nak pergi kelas setiap kali tuh. Sebab kita tahu, kita memang minat. Minat mengajar. Betullah kata seorang pujangga, "When you love what you do at work, you wont feel like working." Percayalah, setiap kali aku nak melangkah masuk ke kelas, setiap kali nak baca doa melancarkan kata-kata (rujuk doa dekat bawah), akan terbit satu perasan dalam hati. Tak boleh nak gambar perasaan apa, tapi perasan tuh dia datang sekali seiring dengan senyuman di bibir. 

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
[25--28: طه]

O my Lord! expand me my breast; Ease my task for me; And remove the impediment from my speech, So they may understand what I say
[20:25--28]

Satu lagi perasaan adalah bila setiap kali abis kelas, kita tengah sebuk nak kemas-kemas barang masuk dalam beg, masukkan attendance list dalam fail putih, safely remove pendrive dari komputer, padam papan putih. Students perempuan berebut-rebut nak salam cium tangan, yang lelaki akan senyum dan tunduk cakap "TERIMA KASIH, MISSSSSSSS". Benda macam tuh even simple, tapi dia tinggalkan kesan yang mendalam buat kau. Hati kau akan berbunga, dan segala penat yang kau simpan akan di bawa pergi jauh. Lagi touching bila dalam kelas makmal komputer, mereka akan datang ke depan meja, walhal pintu keluar dekat belakang diorang je. Boleh je diorang keluar terus dari lab. Tapi, mereka datang ke depan meja, mereka senyum dan say thanks. Suwwwitttt je rasa dia. 

Lagi best, bila keputusan final keluar je, akan ada mesej yang masuk dalam phone. Akan ada orang yang telefon untuk cakap, "MISSSSS, saya saja je telefon missssss, nak cakap THANKS sebab ajar saya sem lepas. Saya dapat B je missssss." ;) 

Kalau kau berjalan nak pergi mengajar, akan ada terserempak dengan student. "Misssss, thank sangattttt ajar sayaaaaaaa. :) Terima kasih missssssssssssss." 

Berbunga-bunga hati kau satu dozen lepas tuh. Percayalah, detik itu adalah momen yang buat hati kau macam tumbuh bunga yang berkembang. 

Sebenarnya, yang aku nak tekankan kat sini, benda yang jadi dekat aku sekarang, buat aku terfikir tentang diri aku suatu masa dulu. Masa aku belajar, aku takde pun telefon atau sms orang yang ajar tuh, cakap thanks sebab ajar. Walhal benda tuh paling simple, tapi dapat appreciate pengajar tuh. So, this is a reminder for you guys, and for me, especially. 

Apa yang boleh aku buat, hanyalah panjatkan rasa SYUKUR yang amat sangat ke hadrat Ilahi. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. Moga aku sentiasa dengan niat murni untuk mengajar setiap kali ke kelas. Moga ianya takkan pudar, walaupun Syndrom RLS tadi ataupun sindrom yang lain-lain. Moga apa yang aku buat akan sentiasa diberkati ALLAH SWT. Begitu jugak dengan korang yang baca entry nih. Aku doakan benda yang sama, apa yang kita kerjakan dalam kehidupan kita sehari-hari, akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Ameen Ya Rabb. 

Rasanya, sampai sini je dulu. Penuh sangat dengan tulisan nih. Nanti akan sambung lagi.  ;)

p/s: gambar dan doa sumber carian di Google. 

1 comment:

tawawfayakof said...

kepingin juga jadi lecturer.. huhu.. mudah-mudahan tercapai la hajat. haha.. skil ngajar budak sekolah pun tak terer lagi ni.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...