Pendek kata, conference tuh OK. Fun. Macam macam orang aku jumpa kat sana. Dari Uganda, Spain, Iran, Yaman, UK, dari CyberSecurity, dari Malaysia. ;) Jumpa Dr. S, merangkap x-supervisor, dia tengok masa present, then dia tolong jawabkan soalan dari foreigner. ;) Berbual dan berkongsi idea idea dengan orang lain. Best conference nih. Ada idea tentang apa yang kita boleh buat untuk research. Dr S pun ada tanya, "You tak mahu sambung PhD?" terus aku bukak cerita tentang bla bla bla. Lepas tuh, berborak macam kawan-kawan dengan Dr. S. Sampai dia suruh aku perlahankan suara sket, sebab takut orang dengar kitorang borak. Ala, you know my suara, selalu je excited kalau bercerita. ;)
So, nih sedikit gambar gambar hari tuh. Takde gambar macam diskusi Seremban hari tuh, sebab ... well, dengan Dr S kan, so, kena behave sket. ;)
Snap pic slide untuk bekal sebelum present. ;) Orang lain bawak iPad je kot. Okes, next year bebeh.
Keynote speaker session, yang parallel session, tak sempat nak ambik gambar. Segan sebenarnya. ;)
Nih pergi makan dekat-dekat dengan ofis Abang Am. Nasi ayam penyet kot kedai dia. ;)
Haa, cuba bandingkan kualiti iPhone dengan kamera handphone 1.3MP aku nih? Beza? Memang Berbeza. *Oh, bersyukurlah dengan apa yang ada. ;)
Masa dekat Melaka Sentral, dok beli cencaluk 4 botol. 3 botol nak bagi orang, 1 botol makan sendiri dengan housemate. Tuh yang dok google resepi cencaluk.
Abang Am dok tanya, "Akak ofis kau makan cencaluk ke dik?" "Entah. Balik dari Melaka, bawaklah buah tangan dari Melaka. Tak kisahlah dia makan ke tak. ahahahah" Ahhh, ada aku kesah? Resepi sardin pun aku google, apatah lagi resepi meggi. Errkkk. Apakah? ;)
Ok, sampai sini saja.
Psstttt: Tengok tak gerhana bulan malam nih? :) Subhanallah. ;)
P/s: Perasan tak TAB Contact Me dengan About Me. Ceklik jap. ;) Oh, satu lagi, sapa sapa nak beli LAMPINMODEN ataupun Cloth Diaper, sila sila sila jenguk LAMPINMODEN.COM, otey? ;)
1 comment:
Ini betul punya merayau. Jauh perjalanan luas pemandangan. Tengok blog orang pun boleh luas pemandangan juga
Post a Comment