*ENTRY INI BAKAL DI "DRAFT" KAN SETELAH BEBERAPA JAM*
Pernah baca kisah Cikgu Maryam dengan murid-murid tadikanya? Dipendekkan cerita, Cikgu Maryam ajak anak-anak murid dia main game. "Berapa orang yang kamu benci dalam kelas nih? Esok, bawak pisang ke kelas melambangkan berapa banyak orang yang kamu benci. Contoh: Kamu benci 3 orang, jadi, bawaklah 3 biji pisang ke kelas. Permainan nih akan kita buat sampai seminggu. Simpan semua pisang tersebut dalam beg kamu dan bawak ke kelas tiap-tiap hari sampailah genap seminggu."
Kesimpulannya, kesemua kanak-kanak itu tadi, membawa pisang ke sekolah sehinggalah berbau busuk pada setiap hari. Mereka semua mengadu. Baju berbau busuk. Beg pun begitu jua. Tambahan pula, beg mereka menjadi semakin berat.
Pengajarannya: "Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
Simple kan citer nih? Pengajaran dia pun memang betul. Sangat betul. Kadang-kadang, terfikir jugak. Buat apa nak benci-benci orang kan? Buat busuk hati kita je.
Aku ada satu situasi. Ada sorang kawan lama, dulu dia ada buat seswatuh-yg-tak-ok dengan aku. I mean, sakitkan hati, sampai berbulan lamanya hati aku bernanah. Sampai kalau boleh, memang aku tak mahu langsung tengok muka dia kat mana-mana. Kalau boleh, memang tak mahu terserempak dengan dia kat mana-mana.
Baru-baru nih, dia add aku dekat FB. I mean, no offense lah kan. Aku memang tak fikir panjang, aku terus respond to friend request, NOT NOW. Masuk hari nih, dah 4 kali dia add aku. *kita kan boleh cancel request and add new request* Nak kata aku benci dia lagi, tak tahu lah. Rasanya bukan perasaan benci. Perasaan yang tak tahu nak describe. Perasaan yang kalau boleh, aku-tak-nak-approve-sebab-tak-mahu-chat-tak-mahu-tahu-langsung-perkembangan-kau. Itu benci ke eh?
Ataupun, mungkin sebab kesan nanah dulu tuh, memang betul-betul bernanah. Setengah tahun rasanya aku kena saiko, kena panggil sebagai "Janda *---nama dia---*" setiap kali jumpa kawan-kawan dia. Tapi, aku kan superwoman. ;) Cuma pekakkan telinga dan butakan mata, walhal masa tuh, malam-malam bantal basah buat tidur. ;)
Tapi, betulkan. Kita sepatutnya berterima kasih dengan orang-orang yang macam nih. Orang-orang yang macam nih la, yang buat kita makin matang. Makin berhati-hati. Makin berwaspada. Makin kuat.
Eleh, dalam tak mahu approve friend request, curi-curi jugak tengok profile dia dari semasa ke semasa. Semangat ingin tahu kau memang kuat kan, cik kiah? Dia buat apa sekarang, dia macam mana sekarang. Tak nak ngaku kan?
Okes, aku dah merepek, kalau macam tak kena je, aku draft kan je entry nih lepas publish. ;) But, do leave me a comment, huh?
Btw, Selamat Hari Raya Qurban semua. Berkorbanlah masa, tenaga, kasih sayang demi kepentingan bersama. ;)
3 comments:
yannn! bagus gile entry ko nih!
aku baru post update kt fb marahh org. trus rase nk remove :)
yan..ada x murid yg bawak pisang plastik?
dilaaaa, haaa, bagus bagus. ;)
pisang plastik? ekekekeke mana adaaaaa, tak relevan plak tetiba. maknanya benci dia benci benci sayang. ahahah
Post a Comment