Thursday, August 18, 2011

Puan Pah dan Cik As

Hey, koranggg! Assalamualaikum. ;)

Tak jawab dosaaaa. ;)

Sedar tak sedar dah 18 Ramadhan dah. Lepas buka nih, dah 19 Ramadhan dah. ;) Cepat kan? Ramadhan dah berlalu hampir 20 hari dah. Tup tup, tutup mata, bukak mata. Kejap je rasa. :)


 Musim nak dekat Raya nih, ramai orang sebuk bagi sample kuih raya. Yang coklat lah, yang butter lah, yang strawberi lah. Aduhaiii. Kopak kopak duit poket. ;)


 Ini Puan Pah. Dia dah kawen okkk, jangan gatal-gatal nak cakap, "tolong kenalkan aku boleh?". Semangat Puan Pah bercerita dalam bilik. Kitorang kat tempat kerja, satu bilik disumbat 4 orang. Ingat tak entry yang aku cerita pasal Esah? Itu Puan Esah. Tak sempat nak snap gambar dia. Nanti eh.



 Ini pulak Cik As. Orang Sains. ;) Kalau bercerita ada je yang kelakar keluar dari mulut dia nih.
Oh lupa plak, losyen tangan tuh, Puan Esah punya. Wakaf kat kitorang semua, setiap kali nak pergi kelas, wajib pakai. Nanti ada orang nak salam, biar wangi sket. ;)



 Untuk yang selalu tanya aku, "camne kat sana?". Apa yang aku boleh simpulkan selain tahi lombu, bangunan inilah yang aku dok panjat guna kaki atau lif tiap-tiap hari Isnin-Khamis. Jumaat takde kelas buat masa nih. :) Makmal Sains kat sini, makmal komputer kat sini, pendek kata tempat pembelajaran dan pengajaran semua kat bangunan nih. Tempat aku nih, ada 3 bangunan je. Tak payah susah-susah pergi jauh-jauh. 


Kan tadi dah cakap ada 4 orang satu bilik kan? Kejam tak? ahahha Tak cukup ruang meja, bila semua orang ada dalam bilik. :) 

Pendek kata, Selamat Berpuasa semuaaa!!! Selamat Berterawih, dan Berbukaaa!! Nak pegi siap-siap letak lauk dalam pinggan. Daaaaaadaaaaaaa. Eh, Assalamualaikum dan Selamat Petang. :)

p/s: takde sapa-sapa nak alamat aku, untuk bagi kad raya ke? ;)

2 comments:

tawawfayakof said...

alamat email da... bukan alamat rumah..

cekkeya said...

cehhhh, alamat email bukan kad raya, itu elektronik kaddd!!! ahahaa tak old school la hang nih. ekekekke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...