Tuesday, August 30, 2011

Raya Raya Raya!!!

Hai Hai korang!!! Selamat Hari Rayaaaa!!!




‎"If words could kill, I think many people have died because of mine.
And if that’s including you, I would like to apologize for all that I've done.."
SELAMAT HARI RAYAAAA! :)


Segala salah silap, perbuatan, perkataan yang meng'annoying'kan, yang terguris dan terkecil hati, tersinggung sini sana, harap maafkanlah eh? ;) 0-0 tau ;) Sehubungan itu, marilah saksikan gambar Raya 2010 yang diambil dari http://www.flickr.com/photos/kuizik3l/ ;)

 Sesi Ber"Busyuk" dengan Najwa tahun 2010.


 Aimi siap pose angkat kaki lagi youuu. ;)


 Keluarga KAMI. ;)


Hensem tak bapak saya? ahhaha ;)

Nanti habis Raya 2011 nih, insya-ALLAH akan update gambar terkini Najwa, dan sorang lagi anak sedara baru, Iyman. ;) Sampai jumpa lagi korang, raya jangan main mercun. Makan ketupat, lodeh, rendang, lemang, agak-agak lah ye! :)

p/s: Raya nih, minum NESCAFE pun Chill jugak kan? ;) Klik sini untuk Raya yang LEBIH CHILL! :)

Thursday, August 18, 2011

Puan Pah dan Cik As

Hey, koranggg! Assalamualaikum. ;)

Tak jawab dosaaaa. ;)

Sedar tak sedar dah 18 Ramadhan dah. Lepas buka nih, dah 19 Ramadhan dah. ;) Cepat kan? Ramadhan dah berlalu hampir 20 hari dah. Tup tup, tutup mata, bukak mata. Kejap je rasa. :)


 Musim nak dekat Raya nih, ramai orang sebuk bagi sample kuih raya. Yang coklat lah, yang butter lah, yang strawberi lah. Aduhaiii. Kopak kopak duit poket. ;)


 Ini Puan Pah. Dia dah kawen okkk, jangan gatal-gatal nak cakap, "tolong kenalkan aku boleh?". Semangat Puan Pah bercerita dalam bilik. Kitorang kat tempat kerja, satu bilik disumbat 4 orang. Ingat tak entry yang aku cerita pasal Esah? Itu Puan Esah. Tak sempat nak snap gambar dia. Nanti eh.



 Ini pulak Cik As. Orang Sains. ;) Kalau bercerita ada je yang kelakar keluar dari mulut dia nih.
Oh lupa plak, losyen tangan tuh, Puan Esah punya. Wakaf kat kitorang semua, setiap kali nak pergi kelas, wajib pakai. Nanti ada orang nak salam, biar wangi sket. ;)



 Untuk yang selalu tanya aku, "camne kat sana?". Apa yang aku boleh simpulkan selain tahi lombu, bangunan inilah yang aku dok panjat guna kaki atau lif tiap-tiap hari Isnin-Khamis. Jumaat takde kelas buat masa nih. :) Makmal Sains kat sini, makmal komputer kat sini, pendek kata tempat pembelajaran dan pengajaran semua kat bangunan nih. Tempat aku nih, ada 3 bangunan je. Tak payah susah-susah pergi jauh-jauh. 


Kan tadi dah cakap ada 4 orang satu bilik kan? Kejam tak? ahahha Tak cukup ruang meja, bila semua orang ada dalam bilik. :) 

Pendek kata, Selamat Berpuasa semuaaa!!! Selamat Berterawih, dan Berbukaaa!! Nak pegi siap-siap letak lauk dalam pinggan. Daaaaaadaaaaaaa. Eh, Assalamualaikum dan Selamat Petang. :)

p/s: takde sapa-sapa nak alamat aku, untuk bagi kad raya ke? ;)

Friday, August 12, 2011

Genap itu Ganjil?

Genap sebulan aku kat bumi Negeri Sembilan nih. ;) Syukur, Alhamdulillah. Genap sebulan dah aku membanting tulang empat kerat nih. Yelah, dulu rutin aku hanyalah tidur-makan-tengok TV-pejam-celik je. Sekarang nih, rutin dah tukar. Bangun pagi terus buat preparation untuk mengajar, berjalan-jalan keliling makmal komputer sambil dengar dorang panggil "Miss, Miss, saya tak paham yang ini. Miss miss, kenapa saya punya Excel jadi camnih? Miss miss misss, saya panggil miss duluuuuu!" Bila semua orang sebuk memanggil manggil, aku pun akan keluar dengan ayat macam nih, "Miss, miss, miss. Sekali panggil Miss, I caj 50 sen eh." Diorang gelak-gelak je, terus tak berani panggil. Yang ada tuh, siap angkatkan tangan kawan dia, lepas tuh, "Eh, kau yang angkat tangan, kan? Kau yang bayar 50sen dekat Miss eh." 

Dah lama-lama tuh, aku cakap, "Bila saya cakap nak caj 50 sen, tak ada pulak yang nak panggil saya eh? Bagus." Pastuh diorang balas, "Iyelah miss...alaaa miss, kitorang nak tanya nih. Tak payahlah nak caj kitorang miss." "Miss, kalau macam tuh, kayalah miss nanti." ;)

Penat tau jaga computer lab nih. Kejap-kejap dorang panggil pergi meja diorang. Pastuh, budak hujung sana pulak panggil, pastuh hujung sini pulak panggil. Exercise yang penat sungguh. Kengkadang kalau lif rosak, dan kelas aku tingkat 6, kau orang bayangkan, betapa gagah dan gigih aku memanjat anak dan bapak segala tangga hingga menara tingkat 6?

Sejak masuk bulan puasa nih, cabaran tuh lagi besar. Kalau kelas 8-12, betapa penat dan betapa banyak lama kena berdiri? Lepas sahur tak tidur, buat preparation untuk ke kelas, tapi masuk-masuk kelas, diorang datang lambat. Kelas pukul 8.10 pagi, datang terhegeh-hegeh 8.30. Yang ada tuh dekat pukul 9 pagi baru masuk. Dorang nih senang je, gertak sket dengan markah, terus next week datang awal. "Next time, sapa datang lambat, saya deduct 5 points. No excuses eh."

Kadang-kadang, baru teringat zaman belajar dulu. "Rasakanlah Yan oi. Dulu kau pun pernah datang lambat. Kualat kata orang jawa. Apa yang kau buat kat orang, kau dapat balik." Ehehe. Tapi, dulu, takdelah lambat sampai sejam. Kan?

Now, I am a teacher babeyhhhh! 

Alhamdulillah. :) Lepas nih, untuk sah jawatan, kena undergo interview dulu.  Kena daftar dan buat kajian-masak-masak dengan Chef Wan Government. Then, kena jalani latihan industri selama SETAHUN. Setahuuuunnnnnnn kauuu tahuuu. Kalau orang tuh mengandung masa nak pergi LI, balik masuk keje tuh dah siap habis pantang dah. But still, I am blessed. Eh, korang ada suggestion tempat LI yang best tak? Computer-thingy jugak, keutamaan programming and documentation part. :)

Nanti, ada masa aku cerita panjang eh. Karenah student nih macam-macam. Pening kepala aku. ;) Bulan puasa nih, aku doakan kita semua dirahmati Allah, diberkati segala urusan dan dipermudahkan oleh-Nya. Insya-ALLAH. Till then, Assalamualaikum. ;)

p/s: korang nak iPhone 4 dari DiGi? Rajin-rajin, jenguk website DiGi untuk further details. ;) Nak sambar satu, tapi gaji belum masuk? How? How? How? hahahahah poyos. Merajuk Sony Ericson aku nanti. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...