Saturday, December 31, 2011

It's 'M' Time

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh, dan salam sejahtera. ;)

Yes, you heard it right. 
M is for Malacca.
M is for Mc Donalds!!!
and M is for Makan Makan. 
oh, M also sound like a monkey in the Zoo. :)


 Aimi menunggu makanan dengan beg merah.


 Hoyeah hoyeah, dah sampai punnnn. ;) *pehal org belakang tuh tengok-tengok aku ambik gambar?*

 Awa dan Aida

 Menyelerakan, setelah perjalanan yang hampir 2 jam ke Melaka.



 Bubbly Joy ke? ;)





 tangan bergegar ambik gambar, perut berkeroncong minta diisi.

Sudah kenyanggggg. Husna dah calling calling. Tak sabar nak ke Zoo Melaka. 

 Wah Husna dan mama, vogue d vasssss! :)

 Cantik kan? 


 Iyman yang dari Kedah pun terpesona melihat burung biru nih. ;)


Aimi dan Husna naik atas penyu ke kura-kura nih. 

Buffalo ke Lembu bertanduk nih eh? 


Flamingoooooo ;)


Burung Cenderawasih yang hanya di Kayangan katanya. *Kredit abg am instagram*

Yeayyyyyy, Najwa dah mandi wangi wangi. ;)


Jumpa lagi dalam edisi lain okkay. Jumpa tahun depan. ;) 2012. Hye Hye! 

Wednesday, December 28, 2011

Ringkasan 2011

Assalamualaikum and good evening. :)

Baru lepas baca entry dari Blog BeautifulNara.com, senarai artis-artis yang converted dan yang telah berhijrah. Contoh: Diana Amir, Irma Hasmie.

Oh, apa kena mengena?

YES. Orang buat ringkasan, aku pun nak buat jugak. ;) Biasalah. Nak ada jugak. Kan?
Orang buat Y.E.S Year End Sale, aku pun nak jugak. :)

Oh, talking about that, I saw two of my friends in FB sharing this picture.

KEWL isnt it? 

Okeh okeh, straight to the point.

ALHAMDULILLAH. If you ask me, 2011 is kind a BIG year for me, I would say. I grew a lot in maturity. 
...Oh, grew a lot in scale also. ;)

I am able to finish my study that I started on 2009. I've got a job that I love the most, that I would ever wanted since I was a child. *exaggerate* ;)

I am thankful indeed. ;) Thank you ALLAH. 

Rasa sayang nak tinggal 2011, sebab aku tak tahu kenapa, tapi aku suka bila tahun tuh tahun ganjil. 2011, 2009, 2007. Macam sukaaaaa laaaa, tapi tak tahu kenapa. ;) Tapi tapi tapi, tuh bukan maksud aku tak suka tahun genap. Macam berat sebelah je kan? Okes, mengarut. 

Hye 2012, Bye 2011. I know you would miss me, but I gotta give 2012 a chance. 

I HAVEN'T MET MR RIGHT YET. BUT I HAVE MET MR FAKE, MR PLAYER & MR LOSER. 

So true!!! ;) Please let me bump into my Mr. Right in 2012. Hopefully. Ameen Ya Rabb. You too, reader(s)! :)

Happy New Year 2012. May 2012 bring happiness and luckiness. ;)

p/s: LUCKY or lakhi or laki? ;p gataiiiii naaa. 
p/s: masa untuk tukar planner dan calendar baruuuuuuuu. meh cari dekat Gianttt!!! ;)

Azam tahun baru? Naaa, soalan lapuk. ;) Aim to be a better person, better daughter, better sister, better worker, colleague, teacher and not to be forgotten, a better servant to ALLAH. Insya-ALLAH. 

Monday, December 12, 2011

Tidak Berjaya.

Sila rujuk gambar di bawah. Kedua-dua gambar ini ditangkap  diambil dari skrin komputerku, dan baru sahaja diterima hari ini (12 Dec 2011). Sila cari perbezaan pada kedua-dua gambar emel di bawah:

Sapa cepat cari perbezaan, aku bagi hadiah. Hadiah: Peluang membaca entry blog aku secara percuma. Geli tak geli tak? ahahaha







Wes. Lambat sangat la korang cari perbezaan. Meh aku bagi tahu. ;)

Perasan tak, aku kata tadi, kedua-dua emel di atas di terima ke dalam inbox aku pada hari ini. Akan tetapi, cuba perhatikan emel kedua, rujuk gambar di bawah. Aku telah highlightkan dengan warna merah. Garang nih marah nih marah nih. 

               


Dulu siap hantar poskad kat rumah lagi, (awal bulan 1, 2011) yang kata, aku layak membuat permohonan. Bila aku buat permohonan online pada 15 Januari 2011, 12 Disember baru dapat reply. Yeayyyyyyy!!!! *sindir sindiran* Pantas betul. Eh, jap jap, aku buat permohonan pada 15 Januari 2011, tapi dia dah dapat detect dari masa lampau, tahun 2003 lagi, bahawa aku punya permohonan tidak berjaya. Oh, kagummmmmm!!!!!! Lagi kagumnya, nama aku masuk dalam database diorang sebelum aku masuk U lagi, which is 3 tahun lebih awal. Wahhhhhh!!! Ini sudah bagusssss! :) 

p/s: entry nih hanya untuk saja-saja melepaskan tensen bosan di kala malam hari. ;) ada hikmah di sebalik setiap satu kegagalan dan permohonan yang tidak berjaya. Percayalah. ;) 

Tiba-tiba nak nyanyi lagu Najwa, *Senyum, tak perlu kata apa-apa* ^_________^

Saturday, December 10, 2011

Diskusi Melaka

Awal bulan lepas, ada diskusi di Seremban. Awal bulan 12 nih, diskusi di Melaka. ;) Thanks to Kak Ipo yang review slide untuk presentation, hantar pergi UTEM. Sama jugak untuk satu-satunya abangku, jemput dan hantar balik ke Melaka Sentral. ;) Terima Kasih daun keladi, nanti ai belanja makan aiskrim keladi, oteyyy? :)

Pendek kata, conference tuh OK. Fun. Macam macam orang aku jumpa kat sana. Dari Uganda, Spain, Iran, Yaman, UK, dari CyberSecurity, dari Malaysia. ;) Jumpa Dr. S, merangkap x-supervisor, dia tengok masa present, then dia tolong jawabkan soalan dari foreigner. ;) Berbual dan berkongsi idea idea dengan orang lain. Best conference nih. Ada idea tentang apa yang kita boleh buat untuk research. Dr S pun ada tanya, "You tak mahu sambung PhD?" terus aku bukak cerita tentang bla bla bla. Lepas tuh, berborak macam kawan-kawan dengan Dr. S. Sampai dia suruh aku perlahankan suara sket, sebab takut orang dengar kitorang borak. Ala, you know my suara, selalu je excited kalau bercerita. ;)

So, nih sedikit gambar gambar hari tuh. Takde gambar macam diskusi Seremban hari tuh, sebab ... well, dengan Dr S kan, so, kena behave sket. ;)


 Snap pic slide untuk bekal sebelum present. ;) Orang lain bawak iPad je kot. Okes, next year bebeh.

 Keynote speaker session, yang parallel session, tak sempat nak ambik gambar. Segan sebenarnya. ;)


 Nih pergi makan dekat-dekat dengan ofis Abang Am. Nasi ayam penyet kot kedai dia. ;)




 Haa, cuba bandingkan kualiti iPhone dengan kamera handphone 1.3MP aku nih? Beza? Memang Berbeza. *Oh, bersyukurlah dengan apa yang ada. ;)

 Nih masa dalam bas, otw balik N9.



 Masa dekat Melaka Sentral, dok beli cencaluk 4 botol. 3 botol nak bagi orang, 1 botol makan sendiri dengan housemate. Tuh yang dok google resepi cencaluk.

Abang Am dok tanya, "Akak ofis kau makan cencaluk ke dik?" "Entah. Balik dari Melaka, bawaklah buah tangan dari Melaka. Tak kisahlah dia makan ke tak. ahahahah"


 Ahhh, ada aku kesah? Resepi sardin pun aku google, apatah lagi resepi meggi. Errkkk. Apakah? ;)





Ok, sampai sini saja. 

Psstttt: Tengok tak gerhana bulan malam nih? :) Subhanallah. ;)

P/s: Perasan tak TAB Contact Me dengan About Me. Ceklik jap. ;) Oh, satu lagi, sapa sapa nak beli LAMPINMODEN ataupun Cloth Diaper, sila sila sila jenguk LAMPINMODEN.COM, otey? ;)

Thursday, December 8, 2011

Menulis dan Coretan

Kebelakangan nih, aku rasa aku kurang menulis. Ya, menulis dengan mata pena. Menulis dengan minda dan hati yang terbuka. 

Aku rindu sebenarnya. Rindu untuk menulis. Rindu untuk membaca satu benda yang kalau aku baca di masa hadapan, aku akan kenang dan rasa itu adalah penulisan aku yang terhasil dari hati yang tulus. Menulis ikhlas dari hati. Chewah. Sekarang nih, aku lebih kepada bercakap dan menaip. Jari jemari pun dah tak biasa nak pegang pen dan pensel. Huh. ;)

Macam yang aku cakap tadi, sekarang ini aku lebih tertumpu pada membaca dan bercakap. Dua benda penting kalau nak jadi pengajar. Kau kena membaca dan bercakap. Kau kena ada dua dua skill tuh. 

Bercakap???
Semua orang boleh bercakap. Budak kecik pun petah bercakap, tapi percakapan yang macam mana kita dambakan? Bukan senang untuk bercakap tanpa mengecilkan hati orang lain. Bukan senang untuk bercakap dengan bait bait kata yang indah. Bukan senang untuk bercakap dengan nada intonasi yang menarik. Bukan senang untuk menyebut huruf satu persatu dalam nada yang tenang, padahal kita berada dalam situasi yang tegang. Percayalah. Bukan senang. 

Sejak jadi pengajar nih, aku sangat memerlukan skill bercakap dengan bagus. Penyampaian yang bagus supaya students tak mengantuk, mudah faham dan tak bosan. Sekarang nih, ada 4 lecture class. Berturut hari Selasa dan Rabu. Selasa 8-10 pagi, 10-12 tengah hari. Rabu, 8-10 pagi, 2-4 petang. 

Misal kata, minggu nih aku masuk Chapter 2. Ada 4 kelas semuanya. Benda yang sama aku ulang ulang sampai 4 kali. Kelas yang pertama, semangat sket la. Kelas kedua, boleh tahan lagi. Kelas ketiga dan keempat? Apa nak cakap? Benda sama yang kalau boleh kau nak bawak je tape recorder, kasik dorang dengar balik apa yang kita dah bebelkan pada kelas yang pertama. 

Tak naklah situasi macam nih dalam kelas. Kan? 

Sampai satu saat, aku rasa aku macam buat cerita bohong. Ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu. Kau beriya bercerita kat Peah benda tuh. Kemudian kau cerita pulak dekat Ali. Lepas tuh, kau bawak lagi cerita tuh kat Siti. Beriya-iya kau cerita kat Senah pulak, bagi benda bukti yang kukuh nak buat dia percaya dengan cerita yang cuba kau sampaikan. 

Setuju sangat dengan gambar atas nih. ;) Sindrom RLS ;)

Sama macam mengajar. Kau ulang benda yang sama. Kau cuba nak convince setiap orang di dalam kelas. Ini yang you semua patut tahu. Benda nih penting untuk chapter nih. Final selalu keluar. Analogy yang sama tentang bahan masakan yang menjadi input, kemudian kau masak ingredient tuh, samalah macam kau "Process the input". Kemudian, terhasillah satu masakan (ie: asam pedas, kari ayam) yang boleh di interpret sebagai output. Itulah Information Processing Cycle. 

Banyak anologi yang kau boleh bagi untuk contoh-contoh berkaitan dengan bidang komputer. Tapi kena ingat, kadang-kadang students nih dia telan je apa yang kita cakap. Contoh macam utility program, benda benda macam defragmentation, setup wifi, troubleshoot, jadi aku akan cakap, "Usually, utility program is things that you can do through control panel such as ....bla bla bla." Jadi, mereka akan angguk angguk faham.

Bila dah abis kelas, kau nak wrap up apa yang dah diajar, kau akan tanya balik. "What is utility program, class?" Berebut-rebut diorang jawab, "CONTROL PANELLLLLL!!!!". 

Haish. "No no. It is totally wrong. If you answer like that in Test 1, I will deduct your marks. I give you simple analogy to represent what is utility program. Control Panel is not the answer, but things that you can do through it, is the correct answer. Get it?"

Then, a big OOOOOOO comes from them. 


*Dulu, masa study, aku suka kalau dapat lecturer lelaki yang hensem* Oh apakah?

Kan dah kata tadi, bukan senang untuk bercakap? Tapi, memang betullah. Mengajar nih adalah impian aku sejak kecik. Tak boleh nak trace sejak dari umur berapa aku minat mengajar, tapi memang sejak kecik lagi aku dah berangan nak jadi cikgu. 

Bila dapat mengajar, rasa macam suka sangat nak pergi kelas setiap kali tuh. Sebab kita tahu, kita memang minat. Minat mengajar. Betullah kata seorang pujangga, "When you love what you do at work, you wont feel like working." Percayalah, setiap kali aku nak melangkah masuk ke kelas, setiap kali nak baca doa melancarkan kata-kata (rujuk doa dekat bawah), akan terbit satu perasan dalam hati. Tak boleh nak gambar perasaan apa, tapi perasan tuh dia datang sekali seiring dengan senyuman di bibir. 

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
[25--28: طه]

O my Lord! expand me my breast; Ease my task for me; And remove the impediment from my speech, So they may understand what I say
[20:25--28]

Satu lagi perasaan adalah bila setiap kali abis kelas, kita tengah sebuk nak kemas-kemas barang masuk dalam beg, masukkan attendance list dalam fail putih, safely remove pendrive dari komputer, padam papan putih. Students perempuan berebut-rebut nak salam cium tangan, yang lelaki akan senyum dan tunduk cakap "TERIMA KASIH, MISSSSSSSS". Benda macam tuh even simple, tapi dia tinggalkan kesan yang mendalam buat kau. Hati kau akan berbunga, dan segala penat yang kau simpan akan di bawa pergi jauh. Lagi touching bila dalam kelas makmal komputer, mereka akan datang ke depan meja, walhal pintu keluar dekat belakang diorang je. Boleh je diorang keluar terus dari lab. Tapi, mereka datang ke depan meja, mereka senyum dan say thanks. Suwwwitttt je rasa dia. 

Lagi best, bila keputusan final keluar je, akan ada mesej yang masuk dalam phone. Akan ada orang yang telefon untuk cakap, "MISSSSS, saya saja je telefon missssss, nak cakap THANKS sebab ajar saya sem lepas. Saya dapat B je missssss." ;) 

Kalau kau berjalan nak pergi mengajar, akan ada terserempak dengan student. "Misssss, thank sangattttt ajar sayaaaaaaa. :) Terima kasih missssssssssssss." 

Berbunga-bunga hati kau satu dozen lepas tuh. Percayalah, detik itu adalah momen yang buat hati kau macam tumbuh bunga yang berkembang. 

Sebenarnya, yang aku nak tekankan kat sini, benda yang jadi dekat aku sekarang, buat aku terfikir tentang diri aku suatu masa dulu. Masa aku belajar, aku takde pun telefon atau sms orang yang ajar tuh, cakap thanks sebab ajar. Walhal benda tuh paling simple, tapi dapat appreciate pengajar tuh. So, this is a reminder for you guys, and for me, especially. 

Apa yang boleh aku buat, hanyalah panjatkan rasa SYUKUR yang amat sangat ke hadrat Ilahi. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. Moga aku sentiasa dengan niat murni untuk mengajar setiap kali ke kelas. Moga ianya takkan pudar, walaupun Syndrom RLS tadi ataupun sindrom yang lain-lain. Moga apa yang aku buat akan sentiasa diberkati ALLAH SWT. Begitu jugak dengan korang yang baca entry nih. Aku doakan benda yang sama, apa yang kita kerjakan dalam kehidupan kita sehari-hari, akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Ameen Ya Rabb. 

Rasanya, sampai sini je dulu. Penuh sangat dengan tulisan nih. Nanti akan sambung lagi.  ;)

p/s: gambar dan doa sumber carian di Google. 

Tuesday, November 22, 2011

Boyfren Muda?


 Baddrol Bakhtiar



Khairul Fahmi Che Mat


 Muslim Ahmad *buat aksi comel kat padang, siap "saya tak buat, saya tak buat. bukan saya bukan saya."*


 Yong Kuong Yong





Pendek kata, semua adalah HERO. Semua adalah BOYFRIEND paling kacak dan hensem. You all RAWKKKK seyhhh! :) 



Semua gambar kat atas, hasil carian Google. Thank you sumber utama. ;)

Rasa nak menangis. Meremang kot bulu roma. Setiap detik bawa saat cemas dan gundah gulana. Penat jerit. Penat bersengkang mata, walhal kelas pukul 8 pagi esok. Tekak dah perit je, penat dok teriak. Satu taman perumahan nih boleh dengar kot kitorang jerit. Isk isk isk. Jatuh saham. ;)

Well, tahniah tahniah tahniah. Alhamdulillah syukur syukur syukur. Malaysia Boleh! Malaysia-Indonesia (1-1), Penalti 4-3:) You go boyfriends! ;) 

p/s: Kalau boyfriend muda, girlfren tua. Ada masalah tak? ada tak ada tak? ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...