Abah : Yok pergi tempat Cik Yon. Bukan dekat rumah dia. Dekat KUiTTHO je.
Aku : Buat apa pergi dekat situ?
Abah : Ada makan-makan.
Aku : Hah? Napa pulak buat dekat iTTHO tuh?
Abah : Ala, anak dia nak masuk universiti. Pergi luar negara...
Aku : Ooo.
Dipendekkan cerita, rupanya sepupu aku yang lelaki tuh, anak kepada Cik Yon tadi, kahwin pada hari tuh. Majlis sebelah pengantin perempuan, kira hantar pengantin la nih. Bengang bengang. Sepupu kahwin pun tak tahu. Siap datang pakai blouse lagi. Nasib datang dengan adik aku. Kalau aku sorang je, tak ke penat nak menjawab. Dahla hantar pengantin. Ahhaha cukup, cukup. Maafkanlah abah aku. Adik beradik dia 18 orang. Termasuk bapak sama, emak lain. Tambah pulak, umur dia dah 63 tahun. Maafkanlah.
Lepas kejadian salah-event-yang-sepupu-sendiri-kahwin-pun-tak-tahu-tuh, ada satu lagi dialog:
”Dekat Ayer Keroh ada Water World baru bukak.”
Akhirnya, setelah cerita ini dipendek-pendekkan, aku, Salwa, Aida, Abang Am, dan Husna pergi ke Taman Buaya, Melaka. Seingat aku, kali terakhir aku pergi ke Taman Buaya, masa darjah 6 tahun 1999 dulu. Giler lama. Sekarang nih Taman Buaya dah maju.

Abang Am, lain kali kita pergi Water World yang betul-betul dekat Ayer Keroh eh. Ahhaha Apa-apa pun, mandi dekat Taman Buaya nih tak kurang hebatnya. Ada gelongsor tinggi, ada playground dalam air. Siapa yang dewasa, kalau main gelongsor air nih, sure tersekat

Yang sebelah kiri tuh Aiisya Najwa. Sebelah kanan tuh mama dia. Ainee Suriani. Apa kes anak beranak nama nak double I dgn E nih...Aleeya Husna la, nasib papa dia bukan Ahmaad Aamran. Eeeee, menyampah I…muahahahahaha

Penat sudah bercerita. Ringkasan karangan ”apa yang saya buat ketika cuti sekolah yang lalu”. Pendek kata, marilah kita melawat Melaka, lawatlah kampung halaman anda, lawatlah ibu bapa anda di rumah. Marilah kita pulang ke kampung. muahahhaha
P/s:final exam 9 hb dan 23 hb. Cehh, apa daaaa lama sangat gap. Bagi masa lama-lama, bukannya baca pun. Nih dah nak balik kampung. Mintak cuti lagi. Dah 3 minggu berturut-turut hari Jumaat aku mintak cuti. Bos tempat aku kerja tuh pun sampai kata, ”Awak tiap-tiap minggu balik kampung hah?” Aiyaaaa...