Thursday, February 25, 2010

Persinggahan Semata~

Lagu: Pusara Lebuhraya
Artis: Ekamatra

Mood tengah elok. Habis bihun semangkuk. Perut tengah kenyang. Banyak kerja nak disiapkan. Lagi la malas. Mata tambah ngantuk. Layan pulak lagu lentok. Muahahhahaha tetiba perasan best sebab buat ayat pendek-pendek 4 kerat.

Saya cuma nak kongsi ini:

Raja Lawak Musim 4, KECIK:



Dan ini:

Raja Lawak Musim 4, MAMU:




Sepanjang cuti semester yang lalu, saya telah menonton Raja Lawak yang di ulang-ulang di Astro Prima. Setiap kali tema “Komedi Musikal” ini diulang, mesti tak lepas tengok 2 kumpulan nih. Rasa terhibur pulak tengok diorang nyanyi. Siap tertanya-tanya lagi, lagu apa yang diorang ubah tuh. Yang kumpulan KECIK tuh, Sheeda-Angkat Kaki dengan Doa Buat Kekasih. Yang MAMU pulak, rasa semua orang tahu, lagu Waheeda. Saya siap download lagi lagu angkat kaki tuh. Fuh, gaya macam peminat-susah-mati. Padahal, nama diorang pun tak tahu. Untuk minggu tuh, saya bagi kredit dengan dua kumpulan nih. Bukan kredit topap tuh, tapi kredit bintang empat ****.

Saya minat kumpulan MAMU, yang kurus tinggi muka unik. Tak tahu kenapa, tapi saya suka tengok. Saya kan, saya kan, tetiba nak cakap saya. Saya kan elok? Sungguh sopan dan seperti salam perkenalan. Auuccchhh!!!

Akhir kata, saya suka makan ikan. Tak kisah la ikan pekasam ke, ikan keli ke, ikan masin ke, yang penting ikan yang boleh dimakan. Eh, saya tak peduli la awak nak menyampah dengan saya ke, yang penting, saya suka. Awak tak suka pun tak apa. Saya bukan kisah pun. Ahahah gurau gurau.

Ps://Jumaat nih Maulud Nabi. Hari Kelahiran Rasulullah S.A.W. Public Holiday lagi. Banyak-banyakkan selawat eh…!!!

Monday, February 22, 2010

Watak Jahat~

Kengkadang, dalam hidup kita nih, ada satu watak yang kita nak dia hilang dalam hidup kita. Maksud yang lebih mudah, orang yang pegang watak nih kita tak mau dia ada depan mata kita. Maksud yang lebih mudah lagi, kita tak suka kalau dia muncul dalam hidup kita. Maksud yang lagi teramat mudah, “Oh, kenapa KAU muncul balik dalam hidup aku? aku tak suka KAU laaa...”. Ok, kalau tak paham jugak, maksud yang telah dipermudahkan nih, tak pelah. Korang jangan baca entry nih. Dah, jangan baca. Sambil aku tutup-tutup monitor, tak bagi korang baca.

Yang paham makna termudah tuh, meh aku kasi story mory. Ada suatu hari, masa cuti hari tuh, tengah kemas-kemas barang, aku terjumpa kotak kasut yang ada surat-surat yang aku simpan sejak sekolah rendah lagi. Dari zaman tulisan panjang-panjang, ke tulisan bulat-bulat, akhirnya, aku putuskan untuk tiru tulisan akakku, Kuizikel. Akak, tolong jangan kembang hidung. ahaha Dari zaman tulis surat masa darjah 5, sampai lah tingkatan 5. Kelakar tau bila baca semua surat-surat tuh. Tapi, bukan tuh yang aku nak citer.

Aku ada sorang kawan pena. Nama pena dia Haloman GG. Kadang-kadang tuh, dia guna nama pena wan milenium. Aku mula balas-balas surat dengan dia nih masa darjah enam nak naik ke Tingkatan Satu. Kira baru lepas habis UPSR. Aku lupa nama sebenar dia. Tak jumpa pulak surat pertama masa tukar-tukar biodata dulu. Tak silap aku, nama dia Mohd Ridzuan bin Shaffei. Setiap kali aku balas surat dia, mesti dalam seminggu tuh dah dapat balasan. Memang teruja gila bila posmen tin tin hon depan rumah, dan bawah pintu rumah adalah surat yang tertulis nama aku. Teruja beb, sangat teruja wa cakap lu. Muahahahahha Lepas tuh, masa tengah buat kerja sekolah malam tuh, mesti tak sabar-sabar nak balas surat tuh. Walau benda tuh merapu dan takde isi sangat, siyes, aku memang teruja. Lepas tuh, esoknya, bila pergi sekolah, on the way jalan kaki tuh, beli setem 30 sen dekat kedai Cik Isa, lepas tuh terus lekat dekat sampul surat wangi wangi. Lepas tuh, mesti harap dia balas surat cepat-cepat.

Ok ok. Aku dah melalut jauh dah nih. Kawan pena aku nih dulu duduk Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ayah dia nih Bomba. Nak dijadikan cerita, dia pindah rumah sebab ayah dia ditukarkan tempat kerja. Lepas tuh, aku dapat surat dari dia. Entah kenapa entah, aku tak balas surat dia cepat-cepat masa tuh. Seingat aku, surat tuh hilang tak tau letak mana. Jadi, alamat baru rumah dia memang aku tak simpan langsung. Aku lost contact dengan dia masa tuh. Tapi, hujung tahun tuh, dia ada kirim kad raya kat aku. Malangnya, dia tak bagi alamat rumah baru dia. Masa tuh, memang aku bengang sangat. Bengang yang teramat. Agaknya kalau masa tuh, Akim AF dah keluar dengan lagu bengang, aku nyanyi kuat-kuat lagu dia. Ok, tak kelakar. Marah dengan diri sendiri sebab tak simpan alamat dia elok-elok.

Oh, keciwa betul aku. Sekarang nih, tak tau la dia kat mana dah. Entah hidup lagi ke tak. Ayah dia pindah umah lagi ke tak. Rasa macam nak kembali tulis-tulis surat macam dulu. Rasa nak cari sahabat pena yang lama terpisah. Tapi, agak mustahil nak jejak kasih. Muahahaha

Sekarang nih, YM ada, Skype ada, Gtalk ada, MSN ada. Apa barang mahu main tulis surat, pakai setem, lepas tuh letak bedak talkum wangi dalam surat tuh. Wah, gila klasik. Muahahhaaha Ok, sapa mahu surat/kad hari jadi dari penulis pena cekkeya, sila tinggalkan alamat dan nama pena anda di ruangan chatbox. Serius nih, i tak tipu-tipu. Kalau nak kad hari jadi, sila tulis sekali bila hari jadi anda. Nanti i letak sekali bedak talkum wangi-wangi. Ekekekekke. Terus je tukar ganti diri jadi i-you. Meluat i.

Sebenarnya, dah lari tajuk dah nih. Nak citer pasal watak yang kita tak suka dia ada dalam hidup kita. Tiba-tiba muncul dalam fesbuk, sebuk-sebuk add kita, sebuk-sebuk hantar mesej kat inbox fesbuk kita. Lepas tuh, kalau kita tak balas, masa kita online, dia pun sebuk-sebuk chat dengan kita, tanya khabar, lama tak jumpa, bla bla bla. Tambah pulak dengan ayat-dia-yang-kengkadang-tak-la-annoying-sangat, tapi, sebab kita memang dah tak suka dengan dia, tak tau kenapa, ayat yang dia taip sangatlah annoying nya... Ada paham? Watak nih bukan watak jahat dalam hidup kita. Cuma watak annoying yang kita malas nak layan. Ada tak watak camnih dalam hidup korang?

Ps://bukan berlagak atau sombong, cuma kengkadang tuh, kita rasa cam tak best je bila layan watak camnih.

~Kita Serupa

Aku suka kaktus, kau suka orkid.
Aku suka ungu, kau kata merah lagi ganas.
Aku suka t-shirt, kau suka blouse.
Aku suka shopping, kau suka duduk lepak-lepak.
Aku suka sederhana, kau suka menunjuk.
Aku suka tawar menawar, kau kata aku remeh.
Bayar saja, habis cerita.

Aku suka Rosyam Nor, kau geleng kepala.
Habis satu malam kau dok puji Fasha Sandha.
Aku kata Transformer bosan, kau kata itu cerita paling mantap.
Aku suka cerita emosi, kau suka filem aksi.
Bohsia, Rempit, Evolusi KL Drift, semua tuh kau tabik.
Aku tak tahu kenapa aku tak suka.
Aku suka Apa Kata Hati, Pisau Cukur. Kau kata aku terlalu perempuan.
Hati tisu.

Aku suka tiramitsu, kau suka blueberry.
Aku suka Cadbury, kau suka Ferrero.
Aku suka cheese, kau suka yang asli.
Aku suka udang, kau suka ketam.
Aku suka jambu, kau suka tembikai susu.
Aku suka sup kedai Mak Jah, kau pertikaikan kenapa bukan kedai Ani?

Aku suka Hujan, kau suka Yuna.
Aku suka TV3, kau suka Astro, macam-macam ada.
Aku suka sms, kau suka call.
Aku suka maxis, kau suka digi.
Aku suka Dell, kau kata Apple lagi bagus.
Aku suka volkswagen, kau kata BMW.
Aku kata Ya, kau kata Tidak.
Aku angguk, kau geleng.
Akhirnya, aku geleng, kau pula yang angguk.

Aku lebih suka Java, kau kata C++.
Aku suka ASP, kau kata PHP.
Aku suka divide-n-conquer, kau suka sequential.
Aku suka Picasa, kau suka Photoshop.
Aku suka Windows, kau kata Ubuntu lagi syiok.
Aku suka Avira, kau suka Kaspersky.
Aku kata itu. Kau kata ini.

Sebenarnya,
Walau hati dan mulut berbeza,
Walau rasa dan kata kita berbeza,
kita serupa dari sudut yang berbeza.
Kita tak rasa benda yang sama.
Tapi, kita tetap punya satu hati.
Kita tetap berpijak di bumi yang sama walau jauh mana jarak kita.
Asal kita tetap sama.
Tanah jua kita kembali.
Sesungguhnya,
Kita SERUPA.
Namun berbeza rasa dan kata.

Monday, February 8, 2010

Tiada Bintang ~

Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, kalau cikgu pulangkan kertas periksa, kita mesti bahagia dan gumbira bila tengok ada STAR. Ataupun tertulis “BAIK”, lagi kembang hidung bila tertulis “CEMERLANG”. Tambah pulak 100% dan kertas kita tuh berbintang tiga.

Bila takde bintang yang tertera dekat kertas tuh, mulalah rasa macam kerdil je. Jeles dengan kawan yang duduk sebelah kita. Kertas dia ada bintang ***, kita sebiji bintang pun tak de. Belajar malas, jawab masa periksa pun ikut nasib. Yela, masa darjah 1, 2, 3 kan objektif camtuh. UPSR kan?

Sebenarnya, saja membebel pasal bintang. Sejak-sejak jadi penanda kertas bebudak dekat K*M*N tuh, rasa kesian je kat bebudak kalau tak dapat nak bagi bintang. Asek ada salah je. Pangkah sampai dua tiga kali. Ingat lagi GSTK? Tak silap aku benda tuh aku belajar masa Tingkatan 1. Semalam aku ajar budak darjah 4 benda GSTK nih. Fikir punye fikir, cepatnya diorang belajar. Walaupun benda tuh nampak senang, aku terfikir, masa aku darjah 4, sifir pun aku tak hafal lagi. Darjah 6 pun masih terkial-kial bila cikgu tanya sifir 7. Apa korang nih? GSTK laaa, gandaan sepunya terkecil. Ceh, aku tahu korang ingat. Saja je kasik dia punya maksud. Muahahha

Siyes (baca: serius), aku rindu dengan dialog seperti ini. ”Teacher, may I go to the toilet?”, “Cikgu, saya nak ke tandas boleh tak?”. Rindu rindu. Rindu lagi tak habis-habis. Zaman sopan santun masa kecik-kecik dulu. Zaman gumbira bila dapat bintang atas kertas periksa. Zaman gumbira bila cikgu puji kita “GOOD”, “VERY GOOD”, “BAGUS”. Zaman ngadu dekat emak bila ada orang tiru jawapan kita dalam periksa. Zaman sopan santun yang bila terpijak kasut sekolah putih orang lain. “Sorry sorry sorry. Awak pijak la kasut saya balik.” Kawan tuh mesti tak sampai hati nak pijak. Hahaha Tapi, bila orang-pijak-kasut-kita nak pulak bila hari Isnin lepas perhimpunan, rasa macam-nak-makan-je-dia bila ada cop tapak kasut dia atas kasut kita. Rindu rindu rindu. Berapa kali ntah nak sebut.

Tahu kan, aku ske membebel benda yang tak sepatutnya? Sebenarnya, aku nak membuat pengakuan berani mati dekat sinih. Huh, ayat tak boleh blah. Ok, siyes. Aku nak nyanyi lagu ini. Tapi, part yang nih je:

”Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku...bla bla bla”

Ini lah sebenarnya isi entry nih, tiada kena mengena dengan entry teringat zaman sekolah pasal bintang ke, bulan ke, tahi bintang ke. Tidak sama sekali. Menyampah tau, bila orang kata: ”Perempuan memang macam nih. Selalu kisah pasal berat badan. Berat naik sket dah tak mau makan. Tapi lepas tuh tido. Jogging tak mau. Bila diet tak menjadi, mulala bantai makan je. Sumbat semua. Qada segala diet sebelum nih.”

Oh, siapa yang cakap macam dialog yang aku buat-buat kat atas nih, tolongla hentikan. Aku terasa. Muahahah ketawakan diri sendiri. Ok, aku siyes skang. Aku nak sambung nyanyi:

”Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku...bla bla bla”

Ps://ada kawan mintak tolong promot belog dia. Meh meh klik belog dia. Jom Beli Selendang Boleh jugak beli selendang sebagai hadiah. Dia ada sediakan khidmat nih. Gud Lux ye Myra, moga bjaya kedai belog selendang kau. (^^)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...