Friday, December 18, 2009

Rumusan Karangan~

“Murid-murid, nanti saya mahu kamu semua buat rumusan karangan tentang apa yang kamu buat masa cuti sekolah nanti ye?”

Malam tadi perut aku hampir hendak meledak dek kerana keracunan kekenyangan yang teramat sangat. Puas letak minyak angin, tak jugak surut-surut kenyang tuh. Sejak cuti nih, perut aku makin meronta-ronta kelaparan. Selera makan sentiasa ada. Memang giler tak best. Badan aku pun dah makin berat. Boleh rasakan sendiri dan sudah tentu aku menimbang berat bagi mengesahkan ke’berat’anku. Daripada digit sa (4@5) sudah meningkat naik ke digit sa (7). Oh, sila jangan tanya apa digit puluhnya. Ahhaha

Dua hari lagi aku sudah mahu balik ke JB, dua hari lepas baru je balik dari Shah Alam. Uruskan hal berbangkit. Nak dijadikan rumusan, dalam perjalanan balik dari Shah Alam, aku satu bas dengan anak Wak Sarmin. Kawan sekolah rendah, sekolah menengah teknik, satu matriks, satu U. Masa aku naik bas tuh, terus nampak muka dia. Dia terus tegur, dan aku duduk sebelah dia. Ayat pertama dia, ”Kau dah berisi siyal.”. Mamat nih memang kalau cakap main lepas je. Mencarut bagai. Dia masih panggil aku anak Kapi, macam kecik-kecik sekolah rendah dulu. Sepanjang perjalanan aku dok borak ngan dia sampaila dah kering air tekak aku nih. 4 jam borak tak henti. Mana tak nya. Tapi, anak Wak Sarmin nih pun kata aku dah berisi, jadi kesahihan penimbang memang tak boleh dipertikaikan. Sudah terang lagi bersuluh. ahahha

Dulu, pernah aku uwar-uwarkan untuk buat Plan D atau nama panjangnya, Plan Diet. Tapi, malangnya tak berkesan. Makin kita ’plan’ makin lapar. Oh, betapa keciwa nya aku.
Ok, tutup la bab plan D nih. Buat rosak mood je. Muahahahahha ayat orang keciwa yang tak bertempat.

Ok, sebagai rumusan yang tak mahu dipanjang lebarkan, meh aku senaraikan perkara yang selalu kita buat bila cuti lama di rumah:

1. Tidur
Nih aktiviti yang berada di ranking pertama. Qada’ segala tidur yang terganggu masa belajar. Sampai naik jemu aku tidur.

2. Makan
Nih pun aktiviti yang aku paling ske. Sebut je apa menu. Semua aku dah makan. Keledek rebus, kari ayam pencen, lempeng, nasi lemak telur goreng, spaghetti, ayam masak lemak cili api, burger, jagung, mee goreng, yong tau fu, roti bakar sapu mentega dan jem strawberi, lodeh, ketupat. Fuhhh, terlebih sudah. Tapi, paling best adalah buah betik yang manis dan sejuk. Tak percaya? Meh nak tunjuk gambar nih.

Sejak 5 bulan yang lepas, setelah aku menaburkan biji betik yang telah dikeringkan, pokok betik ini tumbuh subur dekat belakang rumahku. Ada 6 pokok, tapi yang membuahkan buah betik cuma tiga pokok nih. Setiap kali balik rumah, aku akan tertunggu-tunggu bila la boleh merasa buah nih.




Nampak tak betapa terujanya aku bila dapat makan buah yang ditanam sendiri? Walhal aku tabur biji je, makcik aku yang siram hari-hari. ahhaha


3. Menonton TV

Aktiviti nih sangat best bila disertai ahli keluarga yang lain. Cerita bersiri seperti Nenek Kebaya TV3, Cinta Balqis, Blogger Boy Season 2, CSI, Chuck, The Nanny, Tom Jerry Tales, Mr Bean animated or Live in action, Melodi, Jangan Lupa Lirik 2, Kelab Pop, Ewah ewah, bla bla bla. mak aih…kepala aku dah diracun dengan hiburan semata-mata skang nih.


4. Ulang dari nombor 1 – 3
Jelas sekali, ini adalah benda ter”baik” untuk dilakukan cuti sekolah. Haahhaah Selain itu, boleh juga melancong, buat kenduri kahwin masa cuti sekolah, kerja sambilan dan macam-macam lagi la...ahhaa

Ps://Alangkah tak bestnya bila dah naik cuti.

”Eh, nih bukan rumusan. Nih karangan dah.”

8 comments:

Her Jaded Playlist said...

The Nanny, i like =D
Lepas tu tgk jugak Criminal Minds dengan Supernatural.

Happy holidays yan! ;p

cas said...

Hahaha..ku boleh hagak apa korang adik-beradik buat kalau blk kg;)
eh ada pokok betik kat blkg rumah? Wahhh sedap ni.
Berat naik? Nak pinjam Mesin Penyedut Lemak k ainee? Seminggu cukup, ko sure slim yan!

cekkeya said...

izzy pun sama...Happy holiday! tapi, yan dah naik cuti dah nih. hahaha


hhahhaa jaga si aimi yg dah besar pun malas. apatahlagi jaga baby. sure lagi susah.

damia said...

yan ak suka rumusan hg..hahhaha...tp yg no 3 tu ak jarang la..xdak tv kat umah sewa..tp bakal ada..muahhaha...yan bila mau kesini lg??rindu sama kamu.,.nge3

oDiN said...

ko memang makin berisi ah ..
abang ko citer kt aku :P

cekkeya said...

@dat: ehehe insya-Allah awal tahun depan kot sampai sana lagi, banyak nak debat kat menara uitm tuh nt. hahaha

@odin: syadap uuuuu!! ahahah

Mai MaMai said...

izie, yan aku pn suke the nanny.. ahaha
the nasal 1

cekkeya said...

@mai: ko kan mmg nanny, ske jaga budak kecik, anak sedara ko kan ramai. ahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...