Sunday, March 1, 2009

~Oh, aku terrrr TEKAN !


sila ke blog Mahirah untuk cerita maskot MONOPOLY nih.

******************************************************************************************
TerTEKAN. Punya dua maksud yg berbeza. (Tekan, Tertekan, Tekanan). Aku bagi dua situasi sebagai contoh:

Situasi pertama:

Aku TERTEKAN nombor telefon dalam phonebook hp aku, lepas tuh, si-kawan-aku-yg-bijak-lagi-pandai tunggu je di talian, (dah tau2 tade org cakap tuh, letak jela...) dan menyebabkan duit kreditku susut dengan kadar yg amat laju...

Situasi kedua:

Aku TERTEKAN disebabkan seswatuh tekanan yang menekan-nekan, dan seolah-olah kewujudan tekanan itu menyebabkan aku menampung bebanan berganda-ganda ke atas beban-beban yang sudah sedia ada. Errrkkk, ada paham??? ehehe

Dalam konteks ini, bukan bermakna aku terrrr (dgn tidak sengaja nya) menekan seswatuh nombor talipon atau apa saja, tapi aku dengan tidak sengajanya telah dibebani beban2 yg tak penting. ahaha

Minggu nih, memang pening. Sangat! Macam-macam benda berserabut dalam kepala. Itu tak siap, ini tak siap, itu kena hantar, ini kena hantar. Sana nak test, sini nak modul, sana nak cepat, sana masih lambat dan terkedek-kedek cam keledek...ahaha Tapi, Alhamdulillah, semua benda-benda serabut tuh dah mampu tersusun chantekkk dalam kepala.

Hari nih SATU HARIBULAN TIGA DUA RIBU SEMBILAN atau lebih ringkasnya, 1hb.3.2009. (mana korang suka? tulisan atau nombor?)

tak kisahla korg suka yg mana, tapi, tarikh itu sendiri menyebabkan aku terduduk terfikir. Oh, sudah bulan 3! Validation untuk projek akhir makin dekat. 11hb.3.2009. Projek aku??? jangan tanya, sebab aku tak punya jawapan yang pasti. Tertekan kah aku, atau aku sengaja menekan2 diriku??? waaaa....perasaan malas semakin menyelimuti diriku...ahaha

Papepun, aku masih boleh duduk2 apdet blog nih, kemas gambar2 terbaru, masih boleh makan2 coklat sambil makan biskut Hup Seng rendam dalam air teh. Aku masih boleh berbelanja di Plaza Alam Sentral, duduk lepak2 sambil makan char kuey teow. Aku juga masih boleh tengok cerita "The Curious Case of Benjamin Button", donlot citer "Cintaku Forever", dan ada perancangan untuk tengok "Selamat Pagi Cinta." Oh, sungguh aku tidak sedar diri. Walhal, kalau aku betul2 bertekad, sekejap je masa yang perlu untuk siapkan projek nih...


belanja barang dapur, atau posing ala2 duta Giant nih???

Papepun, petang nih, baru aku akan teruskan berusaha dan bertabah dengan projek. Sekarang? aku nak jemur baju yg sebakul tuh...! ahaha

psst: kepada kawan2ku, marilah kita berusaha, berhenti dari berkata "usah" sebaliknya mula berkata "USAHa"!

6 comments:

kuizikel said...

Selamat Pagi Cinta? ah takyah tgk, buang karen... hahaha

aku dah tertipu. aku ada dvd dia. harap pelakon je best. pelakon mmg berlakon best, tapi citer? cam hampeh..sori reanna n pierre.. try harder :)

cekkeya said...

ehehe aku baru tgk sket, pun dah rasa cam takbest...nasib aku tak tgk kat panggung dulu, padahal mmg beriya2 nak tgk sbb pelakon dia best2!

aurora said...

walopon aku bace kisah ko, aku tergelak2, tp dlm mase yg same aku pon tertekan.....(tersirat..??)
ooohhh tiiidddakkkk...
ko de ec virus tekan-tekan ek kat blog nih..
hahahahaha...

cekkeya said...

virus tekan-tekan???ehehehe ko nih...

amboi, aurora??sjak bile plak minat estrange nih???ekekekeke

Anonymous said...

kejap jer masa berlalu kan?

~wan~ said...

tertekan pe sampai 2week dh X-update blog ni yan????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...