Assalamualaikum.
Sudah hujung minggu. ;) Rutin dah kembali normal. Boleh lepak depan laptop untuk melayari FB, blog, dan bukannya menghadap kerja-kerja yang memeningkan kepala. ;)
I would say that the past two weeks has been such a disaster/busiest/chaos week for me, since I started my work here. Mana taknya, tak pernah kelam kabut, buat kerja sampai pukul 7 malam baru balik. Setiap hari datang pukul 7.30 pagi, balik 7 petang. Dah macam kerja kilang pulak rasanya. ;)
But then, I bukan mengeluh sebab busy, tapi bersyukur atas peluang peluang yang tak selalu datang. Last Friday 17 Feb 2012 sampai 19 Feb 2012, ada pertandingan rekacipta. Buat dekat MPS Seremban. Sebab rekacipta nih la, yang balik lambat selalu tuh. ;)
Hari Jumaat tuh, pergi set up booth, pasang meja, alas meja, pergi makan dekat Rice Chicken Shop, tapi tuh nanti story kemudian lah eh. :) Masuk pertandingan nih 3 orang, tapi Jumaat tuh aku sorang je group member yang datang, hari Sabtu tuh aku mintak excuse dari jaga booth, sebab nak pergi kenduri tunang ofismet dekat Kelana Jaya. ;)
Hari Sabtu tuh, seawal 6.40 pagi dah keluar rumah pergi rumah Lin dengan Vin. Dorang nih pun colleague jugak. Aku pergi tumpang diorang, drop dekat rumah diorang, baru pergi sama-sama ke Kelana Jaya.
Pemandangan sepanjang perjalanan sebelum ke Seremban.
Kabus dia macam awan. Suka sangatttt. Tenang je tengok.
#Subhanallah.
Ini Cik Vin, selaku pemandu hebat yang tetap cool walaupun telah berkali-kali sesat cari USJ 2/5D.
Feewitttt. ;)
Nih booth Cik Vin dengan Cik Lin. Perhatikan Cik Vin di gambar atas. Kemain lagi ketawa.
Tup tup terus shut down mood ketawa, tukar kepada serius.
Nih booth aku, Cik Intan dengan Puan Sal.
Dari kiri: Puan Sal dengan Cik Intan.
Okkay, setelah bersesat-sesat selama hampir sejam, perut pun berbunyi bunyi. Mari kita serbuuuuu. ;)
Oh, yang baju hijau tuh, boleh panggil Cik Liza. ;)
3 dara pingitan. Ekekekeke
Fresh flower kauuuuu. ;)
Oh, terlupa. Cik Ida yang bertunang nih, sepupu kepada empunya blog http://saifulislam.com/ Hari tuh, dia yang baca doa masa tunang. Sejuk je hati dengar.
Tunggu turn nak bergambar dan balik. ;)
Oh, Cik Ida yang baju biru tudung peach. Congrats Idaaaaa!!! :)
Lepas balik dari Kelana Jaya, sampai MPS dalam pukul 3, tapi terus headed balik ke KP, sebab aku dapat tahu yang hari ahad, aku kena jaga booth. OHHHHHHH NOOOO! :)
Muka letih. Panas, rimas. ;) Nasib ada Cik As merangkap housemate pada hari Ahad tuh.
Cik Mala dan Cik As. Dua dua nih in charge bahagian Hadiah.
Yang tengah tuh Puan Aida. Malam tuh, ada majlis penyampaian hadiah dekat Hotel Royale Bintang. Sebab aku dengan Cik As, datang sekali pada hari Ahad tuh, haruslah balik rumah pun sekali kan? Petang tuh dia dah umum pemenang. Kumpulan kitorang dapat Silver je, tapi majlis malam tuh untuk pemenang pemenang yang dapat Gold je.
Tapi, Cik As kata, ada pemenang Gold yang tak dapat datang. Jadi, aku dengan gembiranya menggantikan tempat tersebut. #takmalu.
Cik As dengan tudung kedutnya. Berhenti dekat masjid salin baju untuk malam pulak.
See. Berlengas la wes. Tukar seluar kepada kain je. Baju dan tudung sama saja. Malas bawak.
Masa malam tuh, pihak U cuma dapat 10 tempat dalam tuh. Jadi, sebelum masuk, kitorang tunggu la luar reramai, sampai cukup 10orang. Tiba-tiba, nampak kelibat Zed Zaidi. Kitorang kecoh-kecoh la. Tak lama lepas Zed Zaidi masuk tuh, ada reramai perempuan datang salam kitorang. Sambil salam tuh, diorang perkenalkan diri dorang. "Nas Adila." "Zehra." Lepas tuh, muka-muka budak AF yang aku kenal muka, tapi nama tak tahu. Kitorang macam pandang sama kitorang, then angkat kening tanda, "Sapa dorang nih?" Then, mulut nih pun gatal cakap. "Oh, nih dak-dak AF." Then, mama Rina salam jugak, dia macam tak best je bila dengar ayat aku, dia kata, "Yeeeeerrrr, Mama Rina."*diorang macam beratur salam kitorang yang depan pintu masuk, as if kitorang penyambut tetamu* :)
Tup tup, lepas barisan artis perempuan, muncul Radhi OAG dekat belakang tuh.
Ada sorang colleague nih nama dia Puan Ina, dengan selambanya cakap, "Oh, kalau Radhi nih aku kenal laaaa." hahaha selambaaaaaa. Aku terus snap gambar dia. ;)
Pastuh, Cik As pun cecepat cakap, "Cepat Yan, meh kita ambikkan gambar." Lepas turn aku, aku suruh Cik As pulak, tapi dia macam segan-segan sebab ada Dr. K kat situ dengan yang lain-lain. Radhi dah jalan ke depan, aku sengaja cakap kuat kuat, "Alaaa, dia nak ambik gambarrrr, tapi dia segannnnn." Then, Radhi toleh belakang, dia undur ke tempat kitorang, terus aku tolak Cik As ambik gambar.
See, cute kan? ;) Baik je hati Radhi nih, siap undur-undur patah balik bila peminat nak ambik gambar. ;) Moga terus sukses dan maju ke depan, Radhi. ;)
Nih Puan Sue dengan husband. ;)
Dari kiri: Puan Sara, Cik As, Cik Mala.
Oh, lupa, majlis penyampaian hadiah nih, sekali dengan yang lain-lain. Sebab masa minggu tuh, ada Karnival Belia kat MPS tuh. ;) Tuh yang Zed Zaidi datang bagai. Kan Naib Presiden Seniman ke apa ntah. ;)
Dah boleh layan cerita, THE VOW, HANTU BOTOL KICAP, AZURA, my feveret series, GOSSIP GIRL, NIKITA, VAMPIRE DIARIES. :) Sukaaa suka suka. Nanti aku buat review, okkkkk! :)