sudah sangat lama rasanya aku tidak mengemaskinikan blog nih. Rasa yang bercampur aduk, *malas, bosan, mengantuk, kusut, bingung, pening, keliru, terharu, muak, tensi di kepala, lenguh sendi2 kaki, sengal2 tulang* pendek kata, ada je rasa yg buat aku malas untuk mengemaskinikan blog nih...ahahaha
oleh kerana terlalu banyak aktiviti dan gambar yang bertimbun, aku jadi malas untuk mengupas diari-diari gmbr2 itu. Kalau aku dalam keadaan rajin nanti, insya-Allah aku letak banyak gmbr, tp buat masa nih, ini je la gmbr seketul yang aku mampu kemaskinikan ;)

Oleh kerana hal-hal berbangkit dan kes-kes *terpencil yang dilaporkan kepada aku dan oleh aku sendiri, aku makin tersepit. Kesinambungan entry aku sebelum nih, menyebabkan aku kusut dan bingung, semua gara-gara Final Year Project.
Dulu, bukan main beriya nak jejak semester akhir, tapi sekarang, betapa aku teringinnya menjadi 'budak sem 1' dalam konteks belajar. Tiada esemen yang mengganggu gugat kepala, tiada masalah carca marba dalam kepala nih. ahaha aku percaya semua org yg hadapi FYP pun begitu. Erkk, ke ada yg tak???
Aku lihat status rakan2 YM ku, di Uni lain, tidak lepas status2 yg berbunyi begini, "FYPku selirat, thesisku yg terabai, FYP...itu hanya mimpi???, thesis yg memeningkan..." dan seumpamanya...tapi, masih ada juga yg terus maju dan bangkit, status yg berbunyi begini, "Alhamdulillah, fypku.., fyp...99.99%.." aku tumpang senang dan dalam masa yang sama, ada sedikit rasa iri hati dalam hati ini. Perlukah rasa iri itu? hahaha
Jawapannya: perlu dan tidak perlu. Perlu jika ia mendatangkan kebaikan pada diri sendiri, tapi jangan terlalu melebih-lebih. Tidak perlu jika ia mendatangkan keburukan terhadap diri sendiri dan org lain...~
Sekarang ini, aku pergi ke kelas "hanya datang dengan 0, pulang dengan 0 juga", tapi kadangkala nilai kosong itu menjadi negative pula. ahaha jarang-jarang nilai itu menjadi satu atau lebih. Kenapa ya?
Teringat akan ini, aku teringat satu ayat dari pensyarah FALSAFAHku.
"Andai satu hari nanti, kamu ditakdirkan menjadi cikgu, guru atau pensyarah; Kamu akan kecewa besar apabila kehadiran di atas kertas, penuh 100%, tapi kamu tidak dapat rasa kehadiran anak-anak murid di hadapan kamu."
Ayat yang sinis dan menusuk kalbu. Seperti memang ditujukan khas untuk aku. Pendek kata, soalan utk diri sendiri: setakat hadir ke kelas membawa badan tapi minda dan hatinya tidak ada ketika itu, baik tak payah datang kan??? jawapan untuk diri sendiri: errrk, entah...! masalah masalah! parah kalau tak tentu arah!
Apa apapun, pokok pangkal semua masalah ini akan selesai satu persatu dengan izin DIA yang Maha Esa. Allah selalu ada untuk hamba-Nya. Kita hanya perlu D.U.I.T, bak kat cikgu sekolah dulu yg masih kekal dalam ingatanku :
D - Doa
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal
Dan, aku yakin, dalam setiap masalah, walau apa jua pokok masalahnya, ALLAH, keluarga, kawan-kawan sentiasa ada untuk kita. Percaya lahhhh...(bak kata Dato' Siti)
ps: aku baru je donlot video lagu-lagu Nubhan di yutiub, permintaan istimewa dari sepupuku yg memang kipas-susah-mati Nubhan...ahaha minat dan citarasa kita masing2 berbeza kan? ;p