Friday, December 6, 2013

Salam Jumaat.

Assalamualaikum!

Tatkala malam nan hening 3:39 pagi ini, tatkala mata sukar nak lelap, jari gemuk ini berlari-lari atas skrin telefon cuba menyampaikan kata-kata yang dipaksa supaya jadi bermakna. Ecewahhhh!

Alhamdulillah. Masih diberi nikmat Allah atas dunia ini untuk melihat, merasai peluang untuk ibadah di dunia buat bekalan di akhirat. Kadang-kadang, rasa diri tenggelam dengan kerjaya. Takut lupa pada akhirat bila selalu begini begitu. Dengan setiap ujian Allah, hamba ini pohon diperkuatkan hati dan iman.

Baru-baru nih, (takde lah baru sangat) pergi bercuti ke Pulau Sibu, Mersing dengan geng-geng sukan yang dah tak aktif sangat. Subhanallah. The view is breathtaking, I would say. Hopefully, khazanah alam itu terjaga sampai anak cucu cicit dan seterusnya. InsyaAllah.

Jarang sangat dapat muatnaik gambar dalam blog sekarang. Facebook/Instagram je jadi medium untuk kongsi/simpan momen momen indah. Lain kali ye, kongsi gambar kat sini. :)

Macam kata tadi, kerjaya sekarang memerlukan komitmen tinggi. Kengkadang tuh, masuk kerja pukul 7.45 pagi, punch out 6.30 petang. Oh! Tak berdunia a.k.a tak bersosial sungguh! :)

Malam pulak, kalau whatsapp/wechat/sms dengan kengkawan, selalu je jadi situasi tertidur depan TV, sambil tangan pegang handphone. Pastuh, dah dekat pukul11malam housemate pun kejut suruh tidur masuk bilik, sebab dia pun nak tidur dah. Tapi hari nih. Tak boleh tidur pulak. Sambung lagi buat keje untuk esok punya jadual. Oh!

Kengkadang terfikir. Tak mau lah umur meningkat dengan berteman memori keje. Kannn? Sekarang nih, walau berteman kerja yang sibuk, cuba belajar sesuatu. Hargai apa yang kita ada. Belajar untuk gembira dengan apa yang kita ada. "Happiness is something that can be learned." So, I am learning to appreaciate a little thing in my life so that in the future I'll realize it is a big thing that makes me happy.

Bila belajar untuk gumbira, semua benda jadi macam mudah. Semua benda buat kita senyum. (walaupun kengkadang susah nak kawal marah/stress). Tengok pokok yang mendamaikan, rasa macam tenang. Terus senyum sampai telinga. Tengok awan membiru, rasa bahagia sangat. Tengok air hujan, rasa macam terhasil satu rentak gembira. I'm still learning, insyaaAllah will be better on how to control emotion or handling stress.

Ada kawan pernah kata. Nak orang yang positif sahaja di sekeliling. Aku cuba betulkan sket. "Kita tak boleh kawal positif atau negatif orang yang berada di sekeliling kita, tapi kita boleh kawal pemikiran kita untuk berfikir atau memberi reaksi secara positif terhadap benda/orang di sekeliling kita."

Oh mata. Masih tak nak lelap. Biarlah aku akhiri nukilan hati ini dengan rasa gembira. "Salam Jumaat" semua.

Assalamualaikum.

p/s: Dah selawat hari nih?

posted from Bloggeroid

Thursday, September 5, 2013

Selamat Hari Raya...errr?

Assalamualaikum. :)

Errr, i guess its better late than never. Kan?


Selamat Hari Rayaaaaa uolsssss!

Rindu sangat nak menulis panjang berkajang-kajang. Celoteh yang x henti dalam blog. Bunyi keletak keletuk taipan di papan kekunci. Oh. I wish i wish. Nak mula menaip kata hati semula. Ecewahhhhhh. Gituuuu katanya.

Life? *ehem. Kau ingat ada orang tengah interview untuk majalah Mangga ke apa? Bajet retis*

Yupp. Life has many obstacles. Ups and downs. Alhamdulillah. Allah has a better plan for me. My beloved Abah is recovering, and hopefully is getting better. Alhamdulillah, syukur syukur Ya Allah. Before this, he was diagnosed with second degree heart-block. I'll make an entry regarding my Abah, soon. InsyaaAllah.


Alhamdulillah, abah has been discharged last Friday.

This Raya Festive, too many people were asking me about "When do you want to get married?" Oh, believe me, i already classified this question as my favorite number one.

My answer is"belum jumpa lagi yang seswai. Doakanlah ye." :)

I bet when you are reaching 27 soon, and has no candidate in queue, that's the first thing you need to worry during raya festival like this, where people, friends and relatives gather around. Yes, i haven't start with USAHA yet. Im glad to quote one of my colleagues that once said to me, "Jodoh nih kena usaha. Macam study. Tak boleh doa je. Kena usaha. Jodoh pun sama. Nih tak, org nak kenalkan, belum apa-apa dah tak nak kawan. Pendek ke tinggi ke, kawan je dulu." Sob sob sobbbssss. (T__T)

Baiklah kakak. I will make an advertisement finding for My-Mr-Right-guy. Haha ok tak lawak. InsyaaAllah. I believe its Allah will. One of my frens is reaching 29 soon. Then her ex-classmate asking her if she has a special bf. She said no, the guy ask and she said Yes to him. Oh! *please fill in your reaction here _____*

The reality: My fren (the girl) afraid that if she say No to the guy, no other guy will ever asked her anymore since she is 30 next year. *gulp, its freaked me out*. *oh, please fill in your reaction here _______ *

I guess all the happy ending fairy-tale movies are just a fairy-tale. After all, it goes to back to Allah. Kannn?

Oh. See, that's why i don't do random talk about married. I've write enuff for this topic. And how the title is RAYA but then end with marrying-the-right-guy? I guess it just happened. Last but not least, please ignore my grammar as i knew it would annoy you. Please forgive me, people do make mistakes when it comes to grammar. Hahaha Daaaaaa, see you next entry. :)

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Thursday, April 25, 2013

Oh Chuck and Blair :)

Ingat lagi masa mula-mula terjebak dengan Gossip Girl, masa tuh 2nd semester Degree. Terjumpa pendrive org lain yg tertinggal dekat Makmal Komputer, dan cepat cepat Copy+paste ke pendrive aku. The Whole Episodes of Gossip Girl Season 2 selamat ditonton dalam masa tak sampai seminggu.

Addicted, I would say. Then, layan lagi GG Season 3, 4, 5 and 6. Season 6 baru aku dapat habiskan malam nih. Finally, Blair and Chuck are together. Happy Ending. They live happily ever after. :)


Habis sudah GG. Xsangka yang [spoiler alert] adalah Gossip Girl. Kannn? Well, who am I? Dats the secret Ill never tell.

x0x0,
Gossip Girl.

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 10, 2013

Tersentuh.


 "Abah dah doakan dpn Kaabah apa yg ko mintak tuh. Ko minumlah air zamzam nih, pastuh niatlah doa." Tq abah. * touched* 

Hati mana tak tersentuh. Katakan padaku. ecewah. Gituuuuu.

Tak sabar-sabar abah nak bagi kat semua, depan pintu airport tuh kalau boleh, terus nak bahagi-bahagikan air zamzam dalam beg kat menantu dan anak-anak. Sampai abang aku kata, "Takpe lah bah, nanti kita bahagi-bahagikan dalam kereta." 


"Abah tawakkal je la. Orang kata mana boleh bawak air zamzam naik kapal (kecuali yg 10l sorang tuh)."

Abah tulis nama sorang-sorang dekat botol. Beg tuh pun siap dia letak pelekat ada nama masing-masing. Huh, kau mampuuuu kalau tak tersentuh?  


Abah dan kakakku selamat pergi (18 Mac 2013, 1955) dan pulang (31 Mac 2013, 2025) dari mengerjakan Umrah. 


Okay, GTG. WTYL. Sampai jumpa lagi otteyyy!

p/s: I prefer WTYL (write to you later) instead of TTYL (talk to you later)...which i found more suitable to use in this case. :) 

Sunday, January 20, 2013

Change: Are You Ready?

Dalam hidup nih, susah untuk tinggal dalam satu-satu zon selesa selama mungkin. Aku selalu saja rasa zon selesa adalah zon selamat. Zon bahaya bukan lagi mainan aku. Tapi, siapa tahu sebenarnya zon bahaya itu pencetus kepada zon bahagia?

Perubahan. Aku perlukan perubahan, tapi aku takut untuk berubah. Macam mana nanti kalau macamnih macamtuh? Apa yang perlu aku buat? Tak ke patut aku tinggal dalam zon selamat saja.

These three zones that I'm talking about has made me wanna change. Now, im trying to change. Change for a better life, i hope. I think thats enough for now. See ya soon! :)

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...