Wednesday, June 30, 2010

Tolong Coretkan~

Corat coret kehidupan. Kadang kita rajin, kadang kita malas. Kadang kita jatuh, kadang kita teratas. Kadang suka, kadang duka. Kadang rasa nak marah semua orang, kadang rasa nak cium senyum je dekat semua orang. Lumrah kehidupan orang kata. Kalau hidup nih asyik happy je, tak lengkap rasanya. Takde benda yang kita nak megahkan di kemudian hari. Contohnya seperti ini, "Dulu masa zaman abah, makan ubi je hari hari. Tak kisah pun. Kuat je dulu." ataupun ini "Dulu mak kayuh basikal dari Parit Tengah sampai la Parit Yusof. Hujan pun redah je. Matahari tegak atas kepala pun rileks je. Takde nak kecoh-kecoh." Pasti anak-anak korang akan kata, "Itu dulu bah. Sekarang lain. Bihun pun bukan 5 sen lagi." Jawapan anak-anak yang cliche kan?

Corat coret kehidupan. Kadang kita muak dengan apa kita buat, kadang kita teruja hingga tiap hari kalau boleh mahu melakukan benda yang sama juga. Pernah tak dengar kata pujangga, "Kenapa kebahagiaan ini sekejap cuma?" kemudian dijawab dengan ini, "Jika ia berpanjangan, takkan dinamakan itu bahagia." Jadi, sudah lumrah bahawa kebahagiaan itu sementara. Akhirat itu hakiki. Chewah.

Corat coret kehidupan. Zaman kini sudah berubah. Bihun goreng bukan lagi berharga 5 sen seperti zaman mak ayah kita. Semua memungkinkan apa yang mustahil di masa lalu. Telefon, internet, kereta. Tak perlu lagi burung merpati putih untuk pos surat, serahkan saja pada Selkom, Meksis, Diji. Tak sampai seminit, pesanan ringkas akan sampai dari Johor Bahru ke Perlis. Tak perlu nak berkumpul depan pintu rumah jiran bergossip sana sini, Fesbuk kan ada. Hapdet je status, pasti ramai yang tahu. Tak perlu lagi nak kayuh basikal dari Parit Tengah sampaila Parit Yusof, komuter, teksi, bas kan ada.

Pendek kata, teknologi depan mata. Ilmu tinggal kaut saja. Tak perlu nak merentas hutan dan hujan untuk ke sekolah semata demi ilmu. Kebahagiaan itu sementara. Sedarlah kawan. Dalam erti kata lain juga, sedarlah diri wahai insan, cuti semester sudah mahu habis, lagi seminggu saja lagi, journal tak habis baca, application tak boleh nak run, error sana sini, supervisor diam saja, oh, rasa nak hantuk kepala ke dinding sampai eh eh eh, tak boleh cakap bukan bukan sekarang nih. Nak tidur hilangkan tensen. Siyes, I dah fedap. Tolong kasi semangat duhai kawan. Ini zaman kejatuhan emosi dan mental. (-_-”)

ps:// sangat perlukan motivasi yang tinggi.

Monday, June 28, 2010

~Kecoh Betul

Bayangkan....
Jika kawan yang sudah tak bersua untuk sekian lamanya, tetiba bertemu muka kembali. Boleh bayangkan tak? Segala cerita, gossip yang disimpan dulu dulu, semua keluar. Skandal masa sekolah dulu-dulu pun jadi bahan gelak. Memasing sebuk update status terkini. Bujang, single, available, kisah putus cinta terdahulu. Dok sebuk cakap orang tuh tak cukup makan sampai kurus, dok cakap orang tuh terlebih makan sampai membesar dan tembam chubby. Mesti kecoh betul kan? Kan? Kan Kan?

Siapa jawab BUKAN, jangan baca lagi. Aku larang. ahhaha Siapa yang angguk angguk kepala tanda setuju, eh, eh, eh... kalau perempuan, diam je sudah makna dia setuju. Taiks. Aku benci ayat tuh. ahahah

Berbalik pada jalan cerita dan tujuan asal, seminggu lepas ada dapat kad kawen daripada seorang rakan sekolah lama, merangkap dorm mate, Damai 5 kat Teknik dulu. Nak dipendekkan cerita, aku, Sue, Nisa, Sheila, dan beberapa orang lagi pun menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Lin Naim dan pasangannya. 27 Jun 2010. Rumah dia bertempat di Simpang Renggam. Tahniah ye Lin!

Semua sebuk nak ambik berkat. Biar tempias aura kahwin tuh.

Antara budak lelaki yang hadir.

Opps, aku hampir terlupa pada "geng kecoh betul" nih. Ingat tak perenggan nombor satu kat atas tadi? Mak datukkkkk, bila dah berjumpa nih, laser semua keluar. Masing-masing dah servis laser kat umah dulu. Bila jumpa je, bawak keluar semua laser, kongsi ramai-ramai.

"Eh, bukan dia nih dulu alim ke?" "Mak aih, kain....terbelah belah." "Aurat tuh wei. aurat." "Eh, dia nih skandal dengan dak kelas ko ke?" "A ah la wei, pesal dia datang berdua dengan dak tuh?" "Pakcik tuh, tengok tengok kita macam tuh pulak wei" "Eh, nak kasi duit salam tak nih?" "Orang kata, dah bagi hadiah tak payah bagi duit becek." "Eh, tu untuk pengantin. Untuk mak dia?" "Tau tak si E accident?" "Hah, eksiden lagi??? Bukan hari tuh dah eksiden ke?" "Pakwe dia pakai honda wehhhh." "Kita dah tak geng nih. Lari standard dah kita nih." "Aku tengok muka dia nih dah boleh kahwin dah."

Dee, Sue, Yan, Nisa, Sheila

Bak kata Sheila, bahu korang aku nampak dah berat je sebelah kiri tuh. Bawak bawaklah berhenti. Perangai masa sekolah, keluar je dewan makan, naik dorm tukar baju, tunggu announcement dorm sapa paling cantik dan bersih dari cikgu Yunos, berkumpul atas katil borak borak, gosip gosip, cerita pasal cikgu tuh, cikgu nih, budak tuh budak nih, masih tak hilang. Ini belum campur Fara lagi. Belum campur Diba, Ita, Reen, Wani lagi tuh. Bila cikgu Yunos umumkan Damai 5 yang dapat markah tertinggi hari tuh, kecoh betul satu dorm. Rindu wei rindu.

Dah lama aku terlupa, yang aku punya kawan kecoh betul cam korang.

ps://credit pics to Nisa. thanx Sue, 4 d ride. Jangan serik bawak aku dengan Nisa lagi ye. ahahah

Thursday, June 24, 2010

~Tujuh Benda

~Bila rasa itu bertambah, kau aku buang jauh jauh. Dengan harapan, rasa itu akan hilang. ~

Dah lama rasanya dapat tag dari miera momo chan dengan ipa. Si momo nih, sekali tag sampai dua, nasib baik la aku dah pernah buat tag yang satu nih. Kira ok la kan cik momo chan? Tag yang lagi satu nih, kebetulan lebih kurang sama dengan si ipa punya.

7 things about me. Tentang saya ye, bukan tentang awak semua. Tak nak baca pun tak kisah. Skip je part yang bawah sekali, tengok adakah anda orang yang harus menjawab tag seterusnya.

7. “Gossip Girl”, “Desperate Housewives”, “3 Idiots”, “My Name is Khan”, “Vampire Diaries”, “House M.D”, “Pendekar Bujang Lapok” antara cerita kegeraman kegemaran aku.
6. Makanan kegemaran saya: Asam Pedas, Mee Bandung, Tempe Goreng, Tom Yam, Spaghetti, Sambal Belacan, Budu dan Pekasam.
5. Minuman kegemaran saya dan saya: Milo Ais, Milk Shake Sour Sop, Jus Guava, Vitagen, Asam Boi, Limau Ais, Teh O panas.
4. Pelakon Malaysia kegemaran saya jugak: Rosyam Nor, Rozita Che Wan, Aaron Aziz, Wan Maimunah, Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Rusdi Ramli.
3. Penyanyi kegemaran saya dan abah: Siti Nurhaliza, Britney Spears, BSB, Aznil, Kaer Hazami, Anuar Zain, Faizal Tahir
2. Hero pujaan saya sejak dari kecik: Superman, CicakMan, SpiderMan, KeluangMan, KubungMan, Batman, Posmen
1. Saya suka merepek, sehingga kerja tak siap, tapi tetap juga nak merepek sambil makan kerepek, malangnya kerepek tiada lalu saya makan nasi juga. Kan saya dah kata saya suka merepek? Kan kan kan?

Aku dah aim dah beberapa orang nih. Kalau aku tag je, mesti tak buat. Nih aku benci nih. Sebab aku suka nak kenakan orang yang aku benci, ini antara kawan-kawan yang dibenci yang mahu di tag:

Mahirah Mahir
Che Wan
Hidayah Dat
Emaruko Ema
Amatine Noor

Kawan yang saya benci sekalian, saya tahu anda tahu siapa anda walau saya tidak letak link, kan?

Sekian, tunaikan lah tag saya wahai kawan-kawan yang ku benci. Benci lah kamu nih! Siyes, saya rindu benci. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...