*ENTRY INI BAKAL DI "DRAFT" KAN SETELAH BEBERAPA JAM*
Pernah baca kisah Cikgu Maryam dengan murid-murid tadikanya? Dipendekkan cerita, Cikgu Maryam ajak anak-anak murid dia main game. "Berapa orang yang kamu benci dalam kelas nih? Esok, bawak pisang ke kelas melambangkan berapa banyak orang yang kamu benci. Contoh: Kamu benci 3 orang, jadi, bawaklah 3 biji pisang ke kelas. Permainan nih akan kita buat sampai seminggu. Simpan semua pisang tersebut dalam beg kamu dan bawak ke kelas tiap-tiap hari sampailah genap seminggu."
Kesimpulannya, kesemua kanak-kanak itu tadi, membawa pisang ke sekolah sehinggalah berbau busuk pada setiap hari. Mereka semua mengadu. Baju berbau busuk. Beg pun begitu jua. Tambahan pula, beg mereka menjadi semakin berat.
Pengajarannya: "Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
Simple kan citer nih? Pengajaran dia pun memang betul. Sangat betul. Kadang-kadang, terfikir jugak. Buat apa nak benci-benci orang kan? Buat busuk hati kita je.
Aku ada satu situasi. Ada sorang kawan lama, dulu dia ada buat seswatuh-yg-tak-ok dengan aku. I mean, sakitkan hati, sampai berbulan lamanya hati aku bernanah. Sampai kalau boleh, memang aku tak mahu langsung tengok muka dia kat mana-mana. Kalau boleh, memang tak mahu terserempak dengan dia kat mana-mana.
Baru-baru nih, dia add aku dekat FB. I mean, no offense lah kan. Aku memang tak fikir panjang, aku terus respond to friend request, NOT NOW. Masuk hari nih, dah 4 kali dia add aku. *kita kan boleh cancel request and add new request* Nak kata aku benci dia lagi, tak tahu lah. Rasanya bukan perasaan benci. Perasaan yang tak tahu nak describe. Perasaan yang kalau boleh, aku-tak-nak-approve-sebab-tak-mahu-chat-tak-mahu-tahu-langsung-perkembangan-kau. Itu benci ke eh?
Ataupun, mungkin sebab kesan nanah dulu tuh, memang betul-betul bernanah. Setengah tahun rasanya aku kena saiko, kena panggil sebagai "Janda *---nama dia---*" setiap kali jumpa kawan-kawan dia. Tapi, aku kan superwoman. ;) Cuma pekakkan telinga dan butakan mata, walhal masa tuh, malam-malam bantal basah buat tidur. ;)
Tapi, betulkan. Kita sepatutnya berterima kasih dengan orang-orang yang macam nih. Orang-orang yang macam nih la, yang buat kita makin matang. Makin berhati-hati. Makin berwaspada. Makin kuat.
Eleh, dalam tak mahu approve friend request, curi-curi jugak tengok profile dia dari semasa ke semasa. Semangat ingin tahu kau memang kuat kan, cik kiah? Dia buat apa sekarang, dia macam mana sekarang. Tak nak ngaku kan?
Okes, aku dah merepek, kalau macam tak kena je, aku draft kan je entry nih lepas publish. ;) But, do leave me a comment, huh?
Btw, Selamat Hari Raya Qurban semua. Berkorbanlah masa, tenaga, kasih sayang demi kepentingan bersama. ;)
Monday, November 7, 2011
Sunday, October 30, 2011
Bunyi Kompang di Kota Tinggi
Over tau tajuk "Bunyi Kompang di Kota Tinggi", walhal, aku tak la mendengar bunyi kompang nya, tapi kenduri kahwin kan dah sinonim dengan bunyi kompang. Kan kan kan?
Macam yang aku cakap dekat entri nih, ramai kawan kawan nak kahwin bulan 11 dan bulan 12. Musim cuti dan musim kesatuan dua hati. ecececeh.
Kali ni, aku gagahkan jua hati dan perasaan serta duit poket terbang dari N9 ke JB. Setelah di fikir-fikirkan dua tiga kali, rasanya memang dah lama tak jumpa kengkawan lama. Apa salahnya sesekali jumpa kawan lama, kan? Asyik jumpa kawan baru je. ;)
Puan Sabrina in the house. ;)
Geng geng sekolah teknik 2003-2004.
Masa nih, tengah tunggu pengantin salin baju. Tuh yang sakan bergambar. ;)
Candid gambar Cik Sue yang bakal berkonvo UTHM minggu depan. Congrats Sue! :) *tudung oren*
Cik Sue dan Cik Nisa (a wife to be, next year kot.)
Nisa dan Sab. Eh Sab, teropong apa kat muka aku? :)
Pengantin dah siap tukar baju. Yeayyyy!
Dua dua pengantin nih, ekceli sekolah teknik kitorang, tuh yang ramai-ramai konvoi nak pergi rumah diorang sesama. ;)
Tahniah korang! Moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. ;)
Amboi Cik Nisa, kau ingat nih runway nak catwalk catwalk? ahhaha ;p
Sebelum balik, gambar lagi. Memang gila gambar. ;)
Sesi hye-hye-bye-bye. Kau-kahwin-jangan-lupa-jemput. ;) *Jumpa lagiiiii*
Suwwwit je banner tuh. ;) Eh Sue, gelak apa suka sangat? ;)
Posing lagi.
Dak dak pempuan KJ1 masa teknik dulu. *WINDU*
Sab, Yan, Wana, Fara.
Agak-agaknya berapa kilogram berat kita dah tambah lepas sekolah eh? Teringat gambar nih masa sekolah dulu. ;)
Suwwiiittt kan? ;)
Itu gambar dulu, masa 2004. 2011 nih, Sab pun dah kawen. ;)
Nisa dengan Sue, satu dorm dulu masa kat teknik.
Sempat tuh pose dulu sebelum balik ke kampung halaman. ekekekekek
Sab, bagi sket tempias berkat orang kawen nih kat aku eh? :)
Ana *sebelah kiri* classmate masa form 4. ;)
Nih geng geng budak lelaki.
Mak aih, kau nak tayang lubang hidung ke Cik Kiah? Muahahah
Lepas tuh, sempat singgah Bandar Penawar, lepak-lepak makan-makan kejap.
Jumpa si maskot MarryBrown nih. ;) Kiuttt!
Pemandangan masa balik dari kenduri :)
Subhanallah. ;)
So far, walaupun aku mengorbankan masa tidur hujung minggu aku, sangat sangat HAPPY spend time dengan korang! :) Especially Sab dengan Fara. Siap housewarming kononnya, berborak dan panggil McD Delivery lagi tengah tengah malam pukul 12. Lapar kononnya. Diet kononnya. *Sigh*
p/s: Sab, kalau kau baca nih, aku sorry sangat tak datang kenduri kahwin kau bulan 4 hari tuh. ;) Maap maap maap. Kenduri aku nanti, jangan tak turun BP eh? :) Next, mungkin kenduri Nisa kat Kluang, Fara kat BP. ;)
Monday, October 24, 2011
Jamuan Makan Makan ;)
Hai hai, Assalamualaikum. ;)
Eh tak lah. Nih bukan Jamuan Hari Raya yang hari tuh. Ini jamuan makan makan je. *Cover cover. ;) Padahal dah lama dah gambar-gambar nih dalam almari buruk. ;)
Nak sedapkan hati, tayang jugak lah gambar Jamuan Hari Raya 2011 yang dah lapuk tuh. ;)
Jamuan nih bertempat di rumah salah sorang tenaga pengajar *yang kanan sekali* . Cantik wooo rumah diaaaaa! :) Kagummm ;)
Kek tuh paling sedapppp! Marble Cheese Brownies kot. ;) RM48 ;)
Anak salah sorang orang kuat. Comel tak?
Antara lauk pauk, rojak, roti jala, nasi beriani, lemang, kuih muih, buah anggur. Fuhhhh! Terliurrr :)
Malas nak taip panjang, meh tengok gambar je lah! :)
*The original pic has been deleted*
Kat belakang tuh, siap ada kambing biri-biri, burung merak, ayam belanda. Fuhh, bak kata salah sorang dari kitorang, rumah camnih seswai sangat untuk pencen nanti. ;) tenang jeeeee rasaaaa :)
Siap ada sampan kau. Dah macam pulau. Boleh keliling rumah dia. ;)
Kan dah cakap kan? Kau ada sampan? ;)
Kemain suka lagi gadis berbaju biru nih. ;)
Tengok lah si cilik comel tuh, siap bergaya ke mana saja dengan beg hitam dia. ;)
Cantik kan rumah nih? Akak yang posing depan umah nih, bakal bercuti panjang, sambung PhD. ;) Cayalah kak! :)
Gadis purple nih pun bakal berpindah sem depan. Waduh, kekurangan tenaga lah sem depan nih. ;)
Inilah 9 orang tenaga pengajar, yang bakal berkurang menjadi 7 je sem depan. ;)
Kitorang lepak kat umah nih, dari pukul 12 tengah hari, sampailah 3.30 petang. :)
Len kali sambung update lagi, k? :) Ada farewell party plak, tapi tuh buat sekejap je, kat restoran plak tuh. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)




