Sunday, March 6, 2011

Percaya~

Si Ragu-Ragu: Aku takut la wes. Kalau jadi tang lain camne? Kalau semua tak end well camne?

Si Pemberi Semangat: Insya-ALLAH. Boleh punya.

Si Ragu-Ragu: Boleh ke? Aku macam tak confident je.

Si Pemberi Semangat: Dahlah, jangan fikir banyak sangat. Insya-Allah. Go with the flow.

Si Ragu-Ragu: Yelah, tapi kalau nanti tak OK camne?

Si Pemberi Semangat: Kau yakin je, PERCAYA. Doa banyak-banyak. Insya-Allah,semua akan OK. Allah selalu tolong hamba-Nya.



*********************



Dialog antara dua orang ini, boleh apply dekat mana-mana situasi yang meragukan kita. Sama ada kita jadi si ragu-ragu, ataupun si pemberi semangat.

Bukan selalu kita yang akan jadi si ragu-ragu, bukan selalu pula kita akan jadi si pemberi semangat. Seikhlas hati, kalau aku jadi tempat si ragu-ragu, aku selalu akan dengar kata semangat ini. Walau dialog tak sama, tapi makna dia serupa. Dan, kalau aku yang jadi tukang pemberi semangat, dialog itu juga yang aku akan lontarkan. Senang untuk berkata daripada mendengar.

Bagi semangat pada orang lain mungkin lebih mudah, tapi bukan senang untuk menerimanya bila kita di pihak yang ragu-ragu. Satu je benda. PERCAYA pada ALLAH.

"Ada hikmah pada setiap kejadian-Nya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani."



99 Nama ALLAH.

Sumber: sini

Thursday, March 3, 2011

Orang Bajet ;)

Pernah tengok tak, Destinasi Bajet??? Ala, yang pergi melancong dengan bajet harga rm300. Qi yang hensem tuh jadi pengacara ;)

Ok, nih nak ceciter gak. Ada orang yang BAJET.

Orang BAJET nih, pernah berbual dengan sorang nih.

"Aku tak suka la, orang yang wish birthday kat FB nih. Ada ke patut wish birthday "HB" je kat wall kawan tuh???" sambil membelek-belek skrin laptop.

"Biasalah, nak singkat. tak sempat taip pepanjang. Tulis la HB je."

"Tak yah wish la gituuuu ;). Tapi, kewl gak la. HB! Eh, kalau birthday kita kat FB tuh, boleh tukar tak eh? ke dia statik je, tak boleh nak ubah-ubah?"

"Entah. Cuba tengok." Setelah proses menggodeh setting di FB dijalankan, orang BAJET nih tak jumpa plak setting birthday tuh. Jadi, perbualan tamat disitu saja.

Pastuh, malam tadi, orang-bajet nih berbual lagi dengan rummetnya, situasi yang sama jugak. Tentang Happy Birthday yang ditaip HB. Situasi sama berulang jugak, orang-bajet nih bilang sama itu rummet, bahawasanya, tarikh harijadi adalah statik, final, dan tidak boleh diubah.

Akan tetapi, setelah digodeh sekali lagi, orang-bajet nih pun terjumpa setting ubah birthday tuh. Dia pun ubah ke tarikh esok pagi. Oh, tak lupa juga, orang-bajet nih pun bajet ada orang nak wish birthday kat dia, terus offkan wall. Kira semua orang tak boleh nak post kat wall dia. Bajet, kan??? ;)

Then, pagi nih. Lepas subuh, dia tengok ada 11 notifications. Messages n tagged post. Rasa serba salah tetiba membuak-buak. Dia pun lupa tujuan asal ubah tarikh birthday. Walhal cuma berpunca dari dialog orang tulis "HB".

Cepat-cepat tukar balik tarikh birthday ke tarikh sebenar tepat jam 7 pagi. Ini tidak boleh berlarutan. Tapi, tade pun orang wish "HB". Semua wish pepanjanggggg ;)

Mesti korang pun dah tahu kan, sapa dia orang BAJET tuh??? ;) Sayalahhh orang nya. Ampun maaf dipintaaaaa ;) Orang bajet dan takdak keja memang selalu camnih. Ye, saya tahu, kalau selalu buat, nanti jadi macam pengembala kambing yang selalu jerit "Serigala" dekat pengembala lain. Bila betul-betul serigala datang, orang semua dah tak percaya ;) Lepas nih dah tak buat keja bodoh tukar tukar dah. Percayalah :)

Tapi, apa-apapun, nak kongsi sket dgn korang. Selain ucapan "HB", ada ucapan lain lagi.

Kengkadang, memang kita selalu tercari-cari ucapan apa yang nak wish kat orang. Tak kira la ucapan untuk orang kahwin ke, untuk orang sambut harijadi ke, untuk orang sambut anniversary ke. Kan?

Nih contoh ucapan hebat untuk besday. Maaf korang ;



Suka ucapan dari Izzaidah. Faiz, Ekang, Izzy, Zima, mintak maaf sangat-sangat okes? Oh, sila abaikan ucapan dari orang poyo bernama Adi. Dia memang camtuh. Dia pun suka wish besday kat orang "HB". Bengang a tuh, wall telah di offkan. :)

Kalau dari Alya, untuk orang kahwin, dia ada ucapan best ;)

"Semoga saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain."

Sebenarnya, walau ucapan itu hanya "HB", tapi tuh tanda ingatan, kan? Walau orang ucap, "T-tahniah, ataupun C-congrats ataupun SPB-Selamat Pengantin Baru, ataupun HW-Happy Wedding, ataupun HA-Happy Anniversary." Semua tuh okkay, kewllllll kan?

p/s:sorry lagi sekali. ampun yaaa? Ye, saya memang bajet bagus

Tuesday, March 1, 2011

Cuti Cuti Cinta~

Dah tak tau nak tulis tajuk apa. CUTI-CUTI CINTA. Bolehla kan? Walaupun, tak cintan sangat, walaupun tak cuti sangat. Bolehlah kasi tajuk tuh. Aku pun minat Nora Danish. Dulu pun pernah minat dengan Farid Kamil. Dululahhh tapinya. ;)

Satu petang yang dingin dan sepoi-sepoi bahasa, ketika tuh aku dekat Putrajaya menumpang kasih di rumah sewa Dat, [tarik nafas jap. ok, lepaskan dan hembussss.] Fahmi ex-boyfriend classmate mengSMS Dat, kata mahu ke Putrajaya.

Jadi, dipendekkan cerita, tanpa apa-apa plan, kitorang pun sampailah ke Pantai Morib. Fahmi nih kata, filem Cuti-cuti Cinta 2011 tuh buat penggambaran kat pantai nih lah.

Pemandangan dekat situ memang cantik, Subhanallah. Pantai Morib nih dekat dengan Banting kot. Dalam 1 jam dari Putrajaya ke Pantai Morib nih.

Tiba-tiba guwa rasa bengang beb. Hari tuh memang Dat dengan aku tak bawak telefon, IC dengan wallet. Gambar nih pun ehsan dari BlackBerry Fahmi. Tak tau la masa dia hantar emel tuh, dia resize ke apa gambar-gambar bawah nih. Jadi kecik dan blur cenggituh lah. Masa guwa tangkap hari tuh, tade lah se'blur' nih rasanya. Ke sebab masa tuh, skrin BB tuh kecik, skrin laptop aku besar, dia jadi cengginih?

Nak tunjuk kat korang yang pasir dia warna putih pun tak boleh. Pasir dia putih tau, siyes cantik, bukan warna coklat cair cam pantai lain.


Nampak macam fake la plak gambar nih. Macam guwa edit tampal kat fotosop.



Tuh Fahmi dengan Dat. Adegan boyfren pujuk girlfren. muahahha


Takpelah. Guwa memang kecik hati dengan gambar Morib nih. Dahla buat guwa nampak gemuk. ekekekekke Bukan salah sesiapa. Salah guwa yang tetiba nak kecik hati. Eh, apa ada hal? ahahha


Tengok matahari terbenam dekat Pantai Morib tuh, memang superbbbb! Subhanallah sekali lagi. Selain gambar, memang semua superb lah! Ada lagi gambar pemandangan lain, tapi Fahmi tak send plak. 5 keping je dia email. Papepun, THANKS eh Fahmi bawak kitorang jenjalan? Lenkali kita picnic plak ek?

Ok, tutup citer cuti nih. Kita tukar babak lain plak eh?

****************************************************************************

Harituh, memang nak ceciter tentang Sri Pentas dalam entry lepas. Ok, straight to the point. Kalau korang dari Putrajaya Sentral nak ke Sri Pentas, boleh naik bas rapid KL U43. Tambang bas dia one way cuma RM3 sahaja. Murah kan? Boleh berhenti betul-betul seberang jalan Sri Pentas tuh. Sangat mudah dan senang. ;)


Sebelum masuk situ, pengawal akan tanya kita tujuan untuk masuk. Juga akan ditanya dengan siapakah yang kita mahu berurusan. Ada sedikit kejadian kerek-menyampah dengan makcik guard dekat situ, tapi tak mahu ceritalah. Rosak mood kang. ;p Nanti tinggal IC, akan dapat pas pelawat cam atas nih.

Oleh sebab masa tuh nak tebus hadiah, kena berurusan dengan BMG (Brand Management Group) 3rd Floor South Wing kot. Orang yang in-charge bab hadiah nih Cik Wan Nadirah. Eh, tak ambik gambar pun dengan dia. Dahlah sweet je orangnya, peramah plak tuh. ;)

Lepas tuh, Cik Nadirah nih suruh tunggu jap kat tempat menunggu camtuh la. Dalam tengah tunggu punya tunggu tuh, aku nampak kelibat yang macam kenal je masuk bahagian tuh. Norman KRU. Sama jelah dalam TV ke nampak langsung ke apa, tapi bila aku senyum kat dia, dia senyum balik. Beza kat TV dengan langsung itu je kot. ;) Dia ada meeting dengan orang kat situ. Lepas tuh, aku dengar, dia kata "Kejap eh, saya nak ke toilet. Toilet mana eh Puan XXX?"

Lepas tuh, aku nampak dia masuk semula pintu bahagian tuh. Aku terus je lambai kat dia, senyum-senyum pastuh, dia lambai balik. Aku terus spontan cakap, "Bang, nak ambik gambar boleh???" Cepat je dia jawab, "Boleh boleh." ;)

Dia tanya, "Buat apa kat sini?" aku jawab, "Ambik hadiah. Menang peraduan... apa ntah." Dia pun tanya balik, "Hadiah pe ntah???" ahhahaha Bla bla bla, then kitorang pun cakap "Terima Kasih, bang." auwwwch, abang yuuu. ahahha Dia pun start masuk bilik meeting.

Sebelum balik ke Putrajaya balik, singgah dulu dekat OU, alang-alang dah dekat. Makan McD, pastuh masuk Toy-R-Us. Dat masuk dulu dalam Toy-R-Us tuh. Aku pun ikut je. Tiba-tiba, ada sorang uncle Chinese panggil aku.

"Ehhh, eh eh." Uncle tuh tahan aku, lalu aku pun berhenti depan kaunter bayaran tuh. Tak jadi ikut Dat ke ruangan mainan.

"You dah ada membership card Toy-R-Us ke belum???" Aku geleng-geleng kepala.

"Sini, sini. Mari ikut saya. You isi ini form, tak ada bayaran, dapat diskaun, dapat point, valid sampai bila-bila, seumur hidup." Aku pun ikut Uncle tuh. Cepat-cepat je capai pen, terus nak isi form tuh.

"Betul nih, uncle? Tak kena bayar apa-apa?"

"Betullllll." Dat pun datang ke tempat aku.

"Kasik satu lagi form, uncle. Nih kawan saya."

Bila aku cakap camtuh. Uncle tuh diam kejap. Dia buat muka sket, naik kening. Sambil tangan dia point ke Dat, dia tanya "Eh, you... you dah cukup 18 ke?"

Apa ada hal dengan Uncle nih? Tanya Dat cukup umur 18 ke belum, sebab kalau nak jadi member Toy-R-Us tuh, syarat dia kena 18 tahun ke atas.

Aku pun cepat-cepat cakap bagi pihak Dat, "Eh, dia sama umur dengan saya lah Uncle. Apa pulak tak cukup 18."

Ok. Korang paham tak apa yang uncle nih tafsir? Aku benci tau bila bab umur nih. Masa aku ambik PMR, orang kata dah SPM. Bila aku SPM, orang kata dah keje.

Jadi, sekarang nih, Dat yang awet muda, atau aku yang awet TUA??? Apa ada hal Uncle, tarak hal lahhh. Tunggu saya makan Jamu Indonesia, kasi nampak muka berseri-seri seperti umur 18. Set, Uncle?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...