Sunday, February 12, 2012

Lauk Pauk

Agak lama jugak sebenarnya nak pilih tajuk untuk entry nih. Rasa nak letak tajuk, "Ikan Singgang/Pindang", ataupun "Mudah tapi Menyelerakan". ahahah Eh, Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak buat entry pasal masak-masak. *Oh, daku terasa makcik-makcik sebab guna ayat masak-masak* Hari Jumaat lepas, terfikir tentang hujung minggu Sabtu dan Ahad nih. "Nak masak apa eh?" Housemate yang dua orang kat rumah tuh, Cik Siti dengan Cik As, dok sebuk pung pang pung pang masak kebabooom punya resepi. Kengkadang, terasa lah rendah diri, sebab asyik masak sup je. ;))

Bukan apa, sukaaaa sangat dan rasaaaa senangggg sangatttt masak sup. Campak ayam, campak bawang, campak garam, campak kobis sket, campak ikan bilis, campak lobak, campak sawi, pecahkan telur. Siap. Sayur ada, ayam pun ada. ;) Kan kan kan? Tak payah nak buat dua benda, sayur lain, main course lain. Wahhh, gituuuuu. Walhal kau pemalas kan, cekkeya? ;)

Jadi, hari tuh dekat ofis, bual dengan akak yang sama bilik nih. Kita panggil dia Puan Nor lah ye. Aku tanya lah dia, "Akak, akak ada resepi asam pedas tak?"

"Apa dia, you? Asam pedas? I tak suka sangat asam pedas. Sebab rasa dia strong sangat."

"Ooo, apa dia eh kak, benda yang senang nak masak, tapi sedap???"
*Perggghhhh, soalan.....memang tunjuk gaya pemalas.*

"I selalu masak singgang."

"Singgang? Pindang eh? yang kuning-kuning tuh?"


"Aah, yang itu laa. Itu paling simple you tahuuu. Senang je, you tumbuk kunyit dengan bawang merah, rebus air, potong cili merah, masukkan serai yang ditumbuk-tumbuk. Letak asam keping, garam sket, gula sket, pastuh letak ikan kembung/temenung. Siap lah." Laju je tangan aku capai pen dengan sticky note yang baru beli.

Hari nih, berbekalkan kertas yang disalin tempoh hari dari Puan Nor, aku terus je memulakan upacara memasak. Ehem ehem. Menjadilahhhh. ;)

Ikan Kembung Masak Singgang/Pindang

Lepas tuh, perbualan tadi berpanjanganlah sampai dia bagitau benda yang senang lagi satu.

"Lagi satu kan you, you suka makan salad tak?"


"Suka suka."

"Nih mak I la yang selalu buat, bila I ada family, I buat jugak lah. You ambik bawang merah potong halus-halus, cili merah pun potong jugak. Ambik tomato ke, kobis ke, salad ke apa ke, yang you nak makan, you potong dia slice macam tuh, lepas tuh gaul dengan bawang merah, cili, letak garam sket, letak gula sket, pastuh masuk dalam fridge. Tak lama lepas tuh, you keluar kan, dia jadi sedap lah. Anak-anak I suka kalau I buat macam tuh."

"Tak payah letak sos thousand island?"

"Tak tak. Nanti you ada satu dish yang panas, satu yang sejukkkk je rasa bila masuk perut."




True indeed. Sejuk je rasa perut. Kena pulak dengan rasa ikan pindang yang masam masam tuh. Fuhhh, terangkat. Errr, nih puji diri sendiri ke apa? Tak lah, cuma nak cakap, you should try la kan, kalau you tak pernah makan. ;) Simple, tapi menyelerakan.

Kalau you all pernah buat, kongsikan sket resepi tuh, sama tak macam Puan Nor punya resepi? :) Hari tuh masa nak beli ikan dekat kedai runcit depan rumah tuh, berbual dengan akak tukang jual tuh.

"Nih nak masak singgang. Ada akak tuh baru bagi resepi."
"Masak singgang? Ohhh, orang kat sini masak lain sket. Kalau singgang dekat tempat akak (KELANTAN) dia tak letak serai." Datang pulak makcik lain. Dia menyampuk pulak, "Masak apa tuuhh?"

"Nih hah, nak masak singgang. Saya kata tempat saya masak lain. Letak bawang putih banyak-banyak, bawang merah sket je."

"Ohh, sini takde letak bawang putih. Bawang merah je."

"Lepas tuh, letak pung pang pung pang, taruk Budu sket."

"Budu???"

"Haaa, kalau sana ye lah, dia letak budu."



Fuh fuh, masa menaip nih, aku dah terasa yang aku tergolong dalam golongan makcik makcik pulak, sebab skop perbualan aku dah masuk pasal masakan plak. Arghhhh, aku peduli apa. :))

But, seriously, you should try this at home. ;) Walaupun illustrasi gambar masakan kat atas tak seberapa, tapi hasil rasa dia, I tell you, kalah Kak Jemah. ;)

Okkaylah, ASSALAMUALAIKUM. Selamat Mencubaaa! :)

Saturday, February 11, 2012

(VIDEO) Lagi Lagi Langkawi ;)

Okkkayyyy, okkayyy, I get it. Blog nih dah bosan, tapi, aku tetap jugak nak upload gambar dalam versi video pulak. Hari tuh dah citer tentang hari pertama dengan kedua, dalam folder ada lagi sekelepuk gambar masa kat Langkawi, (Underwater World) dan yang lain-lain yang belum di upload. Orang rajin, memanglah macam nih, kan? ;)

Bukan apa, aku suka upload gambar-gambar kat cloud storage nih. Macam dulu dulu, gambar Malam Pra Graduan aku hilang, aku boleh tengok balik kat folder PICASAWEB yang dulu. ;)

Okeslah, tanpa membuang masa, nih adalah ulangan gambar dalam post post terdahulu, tapi dalam versi berlagu. Harap Maklum. ;)




Reminiscing Old Memories

Siapa yang tak pernah tengok cerita cerita Walt Disney, masa kecik kecik dulu? Ya ALLAH, kalau ingat ingat balik, masa kecik kecik punya cerita, serius perasan kiut, walhal semua orang pun macam tuh. ;)

Jangan lah kata bila kecik, sekarang nih pun, umur yang 2 dekad lebih masih rasa seronok tengok kartun kartun animasi Walt Disney. ;) Paling aku ingat, cerita Beauty and the Beast. Siap beli tape DVD yang kotak tuh. 

Lepas tuh, selalu je beli majalah Disney yang kulit tebal tuh, penuh kaler kaler, tapi harga mahal sket. Berangan nak jadi princess, walaupun dapat Beast, tapi turn out dia hensem rupanya. Oh, betapa cerita kanak-kanak tuh buat aku tersenyum sekarang nih. 


Dan, untuk kenangan kenangan manis tuh, "Walt Disney Pictures' magical animated classic "Beauty and the Beast" returns to the big screen in Disney Digital 3D?, introducing a whole new generation to the Disney classic with stunning new 3D imagery. The film captures the fantastic journey of Belle, a bright and beautiful young woman who's taken prisoner by a hideous beast in his castle. Despite her precarious situation, Belle befriends the castle's enchanted staff -- a teapot, a candelabra and a mantel clock, among others -- and ultimately learns to see beneath the Beast's exterior to discover the heart and soul of a prince."




Bila bila cerita 3D Beauty and the Beast nih kat pawagam? Semuanya boleh rujuk kat bawah nih ;) Hint: 14 Februari 2012. Jom kita mengimbau kenangan kecik-kecik dulu. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...