Thursday, March 31, 2011

TELEPATI

Ini bukan TELE---KOM----. Ini TELE-PATI. TELEPATI membawa maksud Perhubungan Fikiran, Perasaan dan sebagainya Secara Langsung Antara Minda Seseorang dengan Minda Orang Lain Tanpa Melalui Deria Yang Biasa.

Pernah tak bila korang gundah gulana, ada masalah, projek tak siap-siap, putus cinta, patah hati, ada orang tetiba tahu yang korang ada semua masalah yang disebutkan di atas. Ada tak ada tak???

Sekuntum mesej "Insya-ALLAH" yang dieja "In saallah!" oleh seorang abah adalah amat begitu dan terlalu bermakna. Bila kita rasa susah, tup tup dia telefon, tanya "balik tak minggu nih???". Macam ada telepati. Sentap hati mak nakkk!!!

Orang selalu kata, ibu kita yang mengandungkan kita 9 bulan, dia dapat rasa kalau kita dalam susah, tengah sedih ke apa ke. Mungkin naluri ayah pun begitu. ;)

Semalam, makan durian dekat tepi tasik. Suwittt kan? Beli dekat Jusco, 4 polesterin kecik RM10. Nanti ada gambar aku attach. Dalam kereta entah tak tahu sebab apa, tapi aku, Iffa, Cekah, nyanyi lagu iklan AXION. Ala, yang video dekat bawah nih.



Recall: Mari mari puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja. Ada pembantu baru katanya, tentu dia perempuan muda. ..... Kan abang dah kata, AXION namanya..... bla bla bla

Berkesan kan iklan tuh? sampai sekarang aku dengan Cekah boleh hafal lirik dan melodinya. Teringat lagi gaya dia turun dari tangga rumah, laki dia balik naik basikal. ;)

Tengah dok dok cari iklan tuh kat yutiyub, jumpa banyak lagi iklan lama-lama. Mula-mula rasa nak simpan video nih. Nak embed time Hari Bapa, tapi simpan lama-lama kang lupa plak. Jadi, teruslah share ;)




Tema iklan nih simple je. Motor besar, Cempedak, ABAH, keinginan seorang budak, saving, dan abah abah dan AIMAN. ;) ......Motor nih ABAH PUNYAAAA!

Iklan nih memang menyentuhla. Kalau korang tak tersentuh, mungkin aku yang exaggerate. ahahaha Biasalah kannn. ekekkeke Neway, Gud Lux semua. Tak kira apa yang korang buat, dan korang lalui. Wish aku LUX sekali, k?

p/s: tinggal 2 minggu untuk submit final report. please la work, codinggggg ;)

Tuesday, March 29, 2011

To Mak Ni Nah~

Kalau ada yang ingat-ingat lupa, tentang 13 rukun sembahyang mengikut Islam, sebab dulu dulu masa sekolah agama, tidur atau ponteng waktu ustazah atau ustaz mengajar. Boleh rujuk sini semula. Tak salah kan, refresh balik, kot kot ada yang kita tersalah faham dari dulu.

Apa dia syarat sah sembahyang??? Perkara yang membatalkan solat? Okeh, lupa la tuh. Boleh rujuk sini.

Sila Rujuk Rukun sembahyang;) Sumber sini jugak ;)

Rukun Sembahyang
Perkara yang MESTI dilakukan dalam sembahyang.

1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.

2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.

5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama

Perasan tak, berapa banyak rukun dalam solat yang perlukan TO-MAK-NI-NAH? Rukuk, Iktidal, Duduk antara 2 sujud.

Dalam kehidupan pun macam tuh, kadang-kadang kita perlukan TO-MAK-NI-NAH.




Jadi, enjoylah lagu ALIF AF8 - BANGUN SEMULA. Eh, apakah? Lirik dia sangat seswai untuk orang patah hati / putus cinta. ;)

Kadang-kadang, bila patah hati nih, suka buat kerja yang menggembirakan. Salah satunya macam masuk contest. Eh, apakah???

Oh, sebelum tuh, Please please klik button LIKE dekat link bawah nih. Bila klik Link bawah nih, scroll sampai bawah sekali, dekat entry tuh sebelah kanan, ada button LIKE. Tarikh tutup tinggal lagi 2 hari je - 1 April 2011. Tak harap apa-apa pun, tapi suka sangat kalau ada orang klik LIKE. Eh, apakah????

THANK YOU VERY MUCHHHHH, sapa yang dah vote. Jangan vote entry orang lain tau. walaupun, entry dia best. muahahha

Oh, korang pun boleh masukkkkkk, Cik DILAAAA, meh meh join. Contest nih dah extend dari 1 April ke 15 April, Jom jom ;) Klik Sini on How to Enter ;)




p/s: tolong tolong, mood sekarang sangat down dan perlukan pembakar semangat yang sangat kuat dan banyak. ;)

Tuesday, March 22, 2011

Hari Mr. Bean~

Bila aku cerita kecuaian aku, kawan aku kata, "Macam Mr. Bean plak..."

Ya. Aku percaya, korang mesti pernah ada satu hari, yang mana semua yang dibuat serba tak kena. Pakai pin dekat tudung tapi asyik terjatuh, kupas buah terpotong terhiris jari, pegang kunci motor terjatuh dan banyak lagi.

Kan??? Ada tak?


Semalam, abah aku hantar ke stesen bas. Dia turunkan dekat tepi hentian teksi dekat dengan tempat bas keluar masuk. Aku pun berlari-lari anak ke kaunter untuk membeli tiket bas. Setelah proses membeli tiket, aku pegang je tiket tuh dan kepitkan sekali dengan dompet aku. Bas pukul 8.30 pagi, tapi waktu tuh baru je 8.10 pagi.

Kemudian, aku sambung berlari-lari anak ke kereta abah. Bukak pintu sebelah penumpang dengan agak tergesa-gesa sebab bila bukak pintu kereta tuh, macam mengganggu lalu lintas yang sehala tuh. Susah la plak nak terangkan, tapi yang penting, kau kena tutup pintu cepat-cepat la, takut nanti kalau bas lalu ke apa ke, terbang plak pintu kereta bapak kau. Boley faham? '_'

Lepas ambik dua beg (satu beg kecik dan satu beg sandang), aku sambung lagi lari-lari anak pergi sebelah pemandu plak. Salam-salam abah, lepas tuh terus pergi ke tempat orang ramai-ramai tunggu bas. Pintu bas belum bukak lagi.

Tiba-tiba, dalam dok sebuk betulkan beg yang senget-senget, aku tengok tangan aku yang ada dompet tuh dah TAKDE tiket bas aku. Eh? Pelik. Bukan tadi aku kepilkan sama dengan dompet???

Aku tarik nafas kejap, bongkar beg yang kecik, pastuh habis semua resit keluar. Ini tak boleh jadi. Aku carik tempat duduk dekat dalam, letak beg lepas tuh check lagi satu-satu. Tak ada nampak pun kelibat tiket KKKL tuh. Memanglah murah harga dia, RM8.20. Tapi, kalau nak kena beli baru, dah rasa macam rugi sket la kan?

Aku pun dengan gaya buat-buat rileks, tuju balik dekat tempat kaunter bas, kemudian aku pergi balik ke tempat abah aku parking tadi. Tepat sangkaan aku, tiket aku ada terdampar dekat atas jalan tar tepi betul-betul tempat abah aku park tadi.

Oleh sebab jalan tuh sehala, banyak lah lori, bas, kereta lalu lalang. Bila bas lalu, tiket aku terbang makin ke tengah jalan. Ah sudah. Aku buat gaya rilek lagi, gaya nak menyeberang tapi takut-takut.

Akhirnya, berjaya jugak mengutip tiket di jalan raya. Rasa kelakar plak main kejar-kejar tiket dekat jalanraya. Gila cuai.

Hari yang sama, malamnya pulak, ada lagi cerita orang bagi kunci kat aku, tapi aku dah hilangkan sampai pagi nih tak tahu kunci tuh jatuh dekat mana. Cuai cuai. Harap-harap kunci tuh jatuh dekat bawah seat kereta kawan aku. Aminnnn. Nanti baru nak pergi carik. Malam tadi gelap tak nampak.

Sadis kan, kalau ada hari Mr. Bean nih? Penat tau jadi Mr. Bean, penat perah otak pikir mana letak tiket tadi, mana letak kunci tadi, bila nak cepat, time tuh la, pin tudung nih jatuh-jatuh lantai, time tuh la macam-macam nak jadi.

Orang kata, selawat banyak-banyak kalau pagi-pagi hari dah ada gaya nak jadi macam Mr. Bean nih. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...