Wednesday, January 26, 2011

~Selera Sudu Garfu ;)

Hello, hello. Ini 999 ke? Tolong, tolong, ada orang keracunan makanan kat sinih. Dia bukan makan racun, mi racun ke, mahupun makanannya diracun, tapi tapi tapi... telah terkena sindrom "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap."

Sila hempuk telefon anda sekarang jugak. Lepas tuh, hempuk sekali orang yang makan sambil berjalan tuh. Apa punya perangai daaa, makan sambil berjalan. Itu orang dah selalu buat, cuba buat benda lain, duduk sambil berjalan ke, makan sambil memberus gigi ke. Kan takjub tuh???

Sadap yuuuuu! Kau ingat ini apa? Ok, ok, mari rapat, mari dekat sikit. Rapat lagi. Nak kasi tahu tempat makan BEST. Dah nama pun, "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap", jadi haruslah bagitahu kan?

Pernah dengar Roti Kacang Pool? Tak pernah? Ini bendanya. Hanya roti bakar yang tebal, makan dengan kuah kacang, daging, tak tau nak kata apa benda dalam tuh.


Oh, mungkin tak cukup POWER dan MENGGIURKAN gambar dari kamera handphone cabuk nih. Jadi, sila singgah sini. Aku rembat sket gambar diorang.


amacam?


Terliur tak?

Nama Roti Kacang Pool nih pun tak tau asal dari mana. Mungkin tukang masak dia tengah dalam swimming pool masa dapat ilham nak buat kuah roti ni. ;)


Ok, yang kedua pulak adalah ini. Rujuk gambar kat bawah nih. Cuba teka harga Set Makanan nih. Cepat cepat cepat.

Ah, lambat lambat.

RM4.00 sahaja. Berbaloi kan? Kalau pekena ini, hari hari, mau lemak berkumpul kumpul dengan dasyatnya lalu menjadi seperti beruang panda. Bahah-ahaha.


Yang ketiga, aiskrim atas nih. RM0.30. Lama betul tak makan. Kalau makan masa balik sekolah, bawak beg berat-berat sambil tunggu bas, memang nikmat sangat. Dulu, sepuluh sen je, kan? Kan kan?


Ini pula, nama dia GHAZZ. Sebut betul betul, G.H.A.Z.Z. muahaha Tak tau harga dia berapa. Kawan dari Iran bagi sebagai souvenir. Sedap sangat, dan lembut lembut manis je rasa dia. Dalam tuh, ada kacang pistachio + almonds, pastuh, manis la rasa dia. Kaler putih. ;)

Oh, sekian saja "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap" kita pada hari ini. Mungkin akan bersua di lain masa dan ketika. Nantikan masakan, santapan hebat dari saya Chef Sir Tap Hati Mak Nak. muahahha Demam Oh Yeah? OH YEAH???


Oh sebelum terlupa, Happy Birthday to Shirin! Rujuk gambar atas, sebelah kanan. Nanti nak kena plan sambut besday plak. Giler BFF habis nih. ;) Oh YEAH??? jawab ramai ramai, OH YEAHHHHHHH! ;)

Friday, January 21, 2011

~Mungkin Tawa

Baru lepas tonton cerita Perempuan Berkalung Sorban (PBS 2009). Apa tuh? Citer apa tuh? Ala, aku dah tengok lama dah citer tuh, kau baru nak tengok??? Syhhh, sadap yu. ADA AKU KISAH?

Tak kisah sudah. Jangan sibuk nak klik sini untuk sinopsis. Mahupun klik sini untuk download.


kredit sini: http://akumuzikhampa.blogspot.com

Siapa suka cerita yang ala-ala Ayat-ayat Cinta? Cerita nih tak kurang jugak hebatnya, sebab pengarah dia sama, iaitu Hanung Bramantyo. Ada jalan yang sedih, ada jalan duka, ada jalan suka, bolehlah tonton. Ini kontroversi punya cerita, sebab kisah perempuan yang memperjuangkan hak wanita. Dalam perjuangan tuh, terselitlah garam, gula, madu, hempedu.

Oh, ni adalah BUKAN TRAILER PBS, tapi klip video dari Opick Feat Mellly Goeslaw - Takdir.



Suka lirik yang bahagian ini: ;)

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)


p/s: sapa suka teka teki? boleh jenguk sini, dan boleh juga dapat topap rm5 seperti sayaaaaa ;)

Thursday, January 20, 2011

~Terbang Tinggi

Kosong.
Resah. Risau. Kesal. Gundah. Gulana. Perlukah?

Satu.
Salah. Serba. Serbi. Kacau. Haruskah?

Dua.
Kau. Dia. Kamu. Semua. Mampukah?

Tiga.
Irama. Melodi. Siulan. Ketukan. Petikan. Indahkah?

Argggh.
Kosong, Satu, Dua, Tiga, Pergilahhh. Lenyaplah.

Bersih.
Ya. Bersih. Suci. Murni. Jernih. Tuluskah?

Tenang.
Jiwa. Minda. Kalbu. Wajah. Pedulikah?

Putih.
Keringat. Pengorbanan. Sakti. Hitamkah?

Senyuman.
Selesa. Ikhlas. Nyaman. Terasakah?

Bersih. Tenang. Putih. Senyuman. Hadirlah. Marilah.


Harapan. Berharap. Masih.



Khayalan. Berkhayal. Masih.



Usaha. Berusaha. Masih.



Tujuan. Matlamat. Tepat.



Bulat. Tajam. Memang.



Tepis. Elak. Jatuh. Bangun.


Jangan. Jangan. Jangan.




Noktah. Titik. Berhenti. Menyampah? Boleh. Silakan. Blah. muahahahahaha. Mental. Oh. Sini. Banyak. Hantu. Gambar. Lagi.

http://www.goal-setting-guide.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...