Monday, May 24, 2010

Apa itu Setiakawan?~

Berakhirlah sudah Akademi Fantasia 8 yang memang aku follow dari awal sampailah sekarang nih. Bukan fanatik sangat, tapi benda tuh je yang aku tonton, yang aku hadap depan tv tiap-tiap hari. Malas cerita pepanjang, semua pun tahu Shahir dah jadi juara AF8.

Lagu single pelajar AF8 kali nih, semuanya aku rasa best dan enak didengar. Macam indulgence di Secret Recipe, macam McD's Double Cheeseburger, macam Tom Yam Kaw dekat Seksyen 2, macam Asam Pedas Parit Jawa. Fuhhh, sudah sudah. Start dari Konsert Akhir AF8 hari tuh, aku asyik dengar lagu yang berulang-ulang. Semuanya budak AF8 punya single dan video klip. Fanatik? Naaaaa

Masa ujian IELTS bab speaking exam, interviewer nih tanya, "Apa TV Show yang kamu tengok, tapi kamu tak suka, tapi kamu tengok jugak?” Jawapan aku adalah "Akademi Fantasia Musim 8. Bla bla bla.” Fanatik? Oh tidak.

Status Fesbuk aku penuh dengan lirik-lirik lagu AF8 nih. Contohnya, "Ku pinta kau répondez s'il vous plaît, jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan..." lalalalallaa dan ini "Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur, menanti esok tiba untuk berjumpa.” lalallalala Fanatikkah? Bukan. Haraf Maaf.

Eh jap, tajuk Setiakawan. Cerita bagai nak rak macam-ayam-bertelur-riuh-sekampung pasal AF8. Otak dah senget ke? Hahahah ok, Haraf Maaf sekali lagi. Kalau siapa siapa yang tengok Konsert Akhir AF8, masa Shahir diumumkan Juara | Pemenang | Johan, dia ada nyanyi balik lagu single dia, kan? Masa tuh, Maulana pun siap terkumat kamit hafal lirik lagu single Shahir nih. Ada jugak part yang mana Shahir pass microphone dekat Maulana, dan Maulana nyanyi dengan bagus walaupun bukan part chorus.

Inilah semangat S.E.T.I.A.K.A.W.A.N, salah satu contoh antara yang banyak-banyak lagi. Kalau fikir balik, yelah kan, dah tiap-tiap hari tuh, kau berlatih bersama, mesti sikit sebanyak kau terhafal lirik lagu orang lain. S.E.T.I.A.K.A.W.A.N nih pada aku, kita setia dengan kawan tuh, andai hari esok, langit akan runtuh, tabahlah menjunjung bersamaku, andai hari esok dunia gelora, takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu. Fuhhh, ini sudah lebih. Semua lirik aku nak letak kat entry nih. Ahahah

Segala gosip, info, berita, lagu, lirik, video pasal AF8 kali nih semua nya korang boleh dapat kat sinih.

Sedikit fakta yang aku ambik dari website tadi tuh:

"Semua lagu yang dinyanyikan finalis AF8 hanya dicipta KRU saja. Apakah Malaysia kekurangan komposer dan penulis lirik sampai semuanya KRU nak bolot? Kalau ini berlaku, memang KRU pecah rekod sebab masa M Nasir, Roslan Aziz mahupun Ramli Sarip jadi pengetua, orang lain merasa juga.”

"Pihak kami menerima 30 lagu daripada ramai komposer. Begitupun, panel pemilihan termasuk barisan tenaga pengajar berpendapat pemilihan lagu ciptaan KRU paling bersesuaian dan ia pelbagai genre," kata Norman.

"Pihak KRU juga mengambil langkah berani dengan melabur RM25,000 untuk setiap lagu dan klip video peserta menarik dirakam membabitkan setiap pelajar AF8.” (Soseh Soseh, 2010)

Video klip diorang memang superb. Aku suka. Berkualiti. Lagu best. Lagu dan Lirik kebanyakannya Edry Abdul Halim. Kalau tak percaya, meh tengok nih meh. Oh, sapa sapa yang tak berminat, sila tekan Alt+F4, tutup terus skrin browser anda nih, sebab aku nak membebel lagi, dan aku malas bila korang sebuk cakap aku membebel tanpa arah tujuan. ;)


Iwan. V.I.P. Cerita: Seorang vokalis yang merasakan cintanya goyah sebab tak ada masa untuk gf dia. Masa buat rakaman, setiap kali masa rehat, dia akan SMS awek dia, akan webcam dengan awek dia, bla bla bla, sampaila awek dia datang dekat studio rakaman tuh pada akhir video klip nih.



Adira. Ku ada Kamu. Cerita: Seorang yang memberi semangat pada orang lain. Riben merah baju dia telah sampai kepada semua orang. Yang mana akhir sekali akan ada “Smile coz someone loves you” tergantung antara dua menara KLCC.



Shahir. Kebahagiaan dalam Perpisahan. Cerita: Kapal terbang terhempas. Seorang lelaki keluar dari asap-asap tuh, sampailah akhir nanti, sebenarnya, dia nih dah mati dalam nahas tuh.




Ain. Penanggung Sepi.
Cerita: Ada sorang awek nih rakam sendiri lagu dan video untuk diberikan kepada bf dia. Awek nih rasa bf dia nih dah tak suka lagi dekat dia, lebih kurang lepas tuh, biarlah awek nih jadi penanggung sepi. Awek nih macam bunuh diri kot akhir tuh. Tak pun pengsan. Konfius aku.




Daus. Kenapa?
. Cerita: Pencarian Bintang Mi Segera. Ada seorang lelaki pergi ujibakat dan awek dia nih dok kacau-kacau masa ujibakat tuh. Lagu dia tentang kenapa-aku-suka-dekat-kau, even-kau-nih-annoying? Video nih kelakar dan swit. Ala-ala video klip terhangat di pasaran lagu adam dan KRU dulu tuh.




Maulana. R.S.V.P
Cerita: RSVP is a french term “r pondez, s'il vous pla t” which means “please reply”. Seorang lelaki nak tahu sama ada cinta dia nih sebelah tangan atau tak. Video klip nih hitam putih. Aku suka jugak.





Kesimpulannya, KRU memang superb. Norman Rock, Edry Cool, Yusry Stylo. Tahniah sangat-sangat. Tabik korang semua.

Friday, May 21, 2010

Keletak Keletuk~

Sekarang nih, mood nak menaip ada je. Singgah kat Fesbuk, aku sebuk je komen orang punye status. Singgah dekat belog, sebuk jugak komen belog orang. Dekat YM pun sama. Google Talk lagi menjadi-jadi. Kalau sehari tak menaip, boleh ketagih aku rasa. Parah dah nih. Parah parah.

Gila ah kau. Report kau bila nak siap? Sebuk menaip konon. Yang wajib tak nak taip, yang harus tuh jugak kau sebuk nak taip. Coding bila nak start taip?

Tengok. Kau orang sendiri saksikan. Monolog dalam hati dengan diri sendiri pun nak taip. Kurang kerja. Lagi satu kurang kerja, formspring nih. Lebih kurang macam main social interview dekat Fesbuk, tapi orang yang tanya, kita yg jawab. Paling syiok bila soalan panas yang kita terima, tapi tak tau sapa yang tanya. Misteri gituh. Tak de kerja betul kan? ahaha

Ok, akhir sekali, kalau korang pun terasa gatal-gatal nak menaip, meh join sekali formspring nih. Sekejap je dah boleh sign up. Lepas tuh boleh kita main misteri-misteri. ahahha


Oh, sebelum terlupa, MINTAK AMPUN sangat dekat kengkawan CS230 yang konvo sok 21/05 sesi petang. Tengok, aku siap bold n capital kan huruf MINTAK AMPUN. Double bold and capital dah nih. Kalau korang tak ampunkan, tak tahu la. ahaha. Kalau aku kawan Doraemon, dah lama aku pinjam pintu dia, lepas tuh bukak pintu je dah sampai Shah Alam. Teringin sangat nak pergi, tapi, memang betul-betul tak boleh. Sorry sangat eh. Dat, Mai, Cik Wan, Izzy, pastikan korang senyum comel comel atas pentas sok eh. ;)

Ps://jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Aalyaa, napa belog ko tak leh nak comment eh? Penat la aku menaip kat form comment tuh...

Wednesday, May 19, 2010

Dari Kerana Mata~

Pesanan Penaja:
Ikan keli, ikan kerapu,
Ini entry merapu.

Jam dah nak dekat pukul 1 pagi dah nih. Mata aku nih degil betul sekarang nih. Aku suruh tutup dia degil jugak. Mana taknya, petang tadi memanjang aku tidur. Rutin waktu cuti sem aku sekarang nih: tidur petang.

Gila tak mimpi bila tidur petang. Lagi-lagi lepas Asar. Fuhhhhh, segala macam binatang, segala macam peristiwa, segala macam orang nak masuk dalam mimpi aku. Tu lah balasan tidur petang. Sila jangan tiru macam saya.

Sekarang nih, aku terlintas nak menaip pasal KAWAN. Aisyhh, rasa cam tak seswai pulak rasanya. Aku tukar sket la. PEMINAT. Dekat sekolah dulu punya dulu, aku ada minat dekat sorang budak nih. Uisssyhh...dah tentu la lelaki. Aku suka tengok dia, dulu aku duduk belakang dalam kelas, sebab kalau aku duduk depan, semua akan mengadu tak nampak papan hitam sebab badan aku besar sangat. Sebab aku duduk belakang, dia duduk depan, aku suka usha usha dia nih. Dia suka buat lawak, comel bila ketawa, sempoi, cool, spontan, bla, bla, bla....

Ok. Stop sampai situh. Hari nih, aku bukak laman web sosial Fesbuk. Rasa nak jatuh gedebuk je bila aku tengok friend suggestion dekat sidebar tepi sebelah kanan tuh. Kira macam jejak peminatan dulu dulu la. Ahhaha sekali tuh bila aku tengok gambar dia, mak aihhhh. Berubah habis. Takde lagi dah istilah ”dia suka buat lawak, comel bila ketawa, sempoi, cool, spontan, bla, bla, bla.... ”.

Kesimpulannya kat sini, kalau kita MINAT seseorang dengan sebab istilah ”dia suka buat lawak, comel bila ketawa, sempoi, cool, spontan, bla, bla, bla....” sampai satu masa, comel-bila-ketawa dah boleh jadi tak-berapa-nak-comel-bila-senyum. Tapi, kalau kita MINAT seseorang tuh dengan sebab istilah ”baik hati, pemurah, rajin, beriman, bla bla bla...” ciri-ciri yang lebih kepada sifat dan perwatakan, bukan penampilan, insya-Allah, kita adalah PEMINAT-yang-tanpa-was-was. Tak perlu nak tengok gambar dekat Fesbuk, nampak nama je kita boleh terus tekan button ”Confirm” atau ”Add as Friend”. Itu bagi aku la. Bagi yang perempuan pulak, kalau ade istilah ”gedik, mengada-ngada lalu aku pun meluat,” memang aku was was je nak terus tekan ”Confirm”. Hahahaha

Ps:// teringat lagu ....Dari kerana mata....Oh nonaku Azizah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...