Tuesday, April 14, 2009

Album Kompilasi ~

Oh, album kompilasiku!

ini bukan album lagu lagu...(ingat aku artis ke???)

ini juga bukan album lagu dalam bentuk kaset...

juga bukan album lagu dalam bentuk CD...

harus diingat, bukan jua CD original mahupun cetak rompak...

bukan jua VCD mahupun piring hitam...

ini adalah ALBUM GAMBAR.

~

oleh itu, mari tengok gambar ;)

sila tekan ctrl+klik untuk paparan gambar yang lebih besar ~


Ini gambar yang diambil ketika dilanda kebosanan waktu modul. Tatkala orang lain cuti, aku, mai dan yang lain (yg tertinggal modul sem lepas) terpaksa mengqada'kan modul dan hadir selama dua hari. Tanpa disangka jua, fasilitator yang ketika itu lecturer FSPU, seorang perempuan yang agak muda menegurku ketika aku meminta senarai kehadiran daripadanya.

lecturer: hmm, awak ada kakak tak?
aku: (pelik plak tibe2 dia tanya aku ada kakak) ada...(sambil angguk2)
lecturer: jojort kan??? fauzana?
aku: angguk2 kepala lagi...kali nih lebih laju. (lecturer nih ada aura apa eh?)
lecturer: tu la..saya tengok awak, tiba2 teringat dia, bila awak ketawa, sama. bila saya tengok senarai kehadiran nih, nama ayah dah sama. jojort tuh schoolmate saya. Sains Muar dulu...bla bla bla...

Betapa keciknya dunia, dan sememangnya kebarangkalian untuk jumpa "adik kawan kita" di mana mana adalah sangat tipis. Tetapi, lecturer nih sangat yakin. Betapa betulnya, bahawa aku adalah adik beradik kuizikel, kerana muka yang boleh di cam, sampai lecturer tuh boleh agak aku adalah adik kepada kakakku. ahahha ada paham??? tak paham sudah...





Dua keping gambar ini diambil ketika kami(ema, ana, yan, iqa, nad, cWan, mai, azuan, g-jie) makan di Restoran Ummi, (betul ke aku eja?) bertempat di Pusat Komersial, Seksyen 7. Bukan restoran itu mengupah aku untuk mempromosikan kedai mereka, tapi, memang betul bahawasanya, aku hanya dikenakan bayaran RM1.00 untuk sepinggan nasi + beberapa ketul hati dan pedal. Jadi, sila2 la ke kedai ini ya.




Gambar ini pula ketika aku, naimah, dan ana ke jalan TAR. sangat penat rasanya hari tuh, kaki dah rasa macam tak jejak tanah dah...nyut nyut bunyi dia. ahaks


Ini gambar ketika aku, dat, yah dan fazyla makan di Nurul Izzah, Seksyen 7. Bukan tujuan promosi, tapi, kami suka makan sup di situ.

Satu set nasi+aneka pilihan sup utara,(sup ayam, sup campur, sup daging, sup perut)+segelas air sirap+sepotong tembikai.

Berharga RM5.50. Berbaloi kan? (nape tiba2 aku rasa macam dalam rancangan "Jalan Jalan Cari Makan"? ehehe)



Pelik tak napa ada gambar kuizikel di situ???Gambar ini baru di ambil sekitar minggu lepas. Kuizikel merangkap kakakku telah hadir dan menginap di Teratai 2, kerana ada urusan yang tidak diketahui di Politeknik Shah Alam...kuizikel juga telah menolong aku dan ema menyiapkan interface dan memberi nasihat2 untuk projek XML Programming..hahaah cayalah! tq tq tq ~ Tak tidur malam hari tuh..ekekkekeke



Ini pula gambar terbaru dalam kameraku. Akibat Dat yang teringin sangat untuk melakukan senaman, kami berdua berbasikal di Bukit Cerakah, (sebenarnya, aku yang teringin untuk ke rumah 4 Musim pada Musim Bunga). Masa mula2 kayuh basikal tuh, tak tau la apa nak kata. Berat gila rasanya, sebab mendaki bukit. Sampai ada satu part tuh, aku siap turun dari beskal dan sorong je. ahahaha. jangan gelakkan aku. cuba korang kayuh sendiri. Tapi, masa balik tuh, laju je beskal tuh, sebab turun dari bukit la kengkononnya.





Nih plak gambar dekat dalam rumah 4 Musim.



Nih kat taman haiwan, kat sawah padi pun ada, lepas tuh kitorang balik, sebab panas sgt. Yg penting, "Kayuhla Beskal utk Senaman yang Sehat" yeayh! hahahha

Habis sudah gambar2 yang aku "compile" kan..(ingat program je boleh compile?) ahaks

ps:tgh bertungkus lumus ngn thesis yang baru satu ayat. ahahaha. Gud Lux jugak tuk rakan2 seperjuanganku. Yang lain, doakan kami lulus dengan cemerlang ye...?...amin.

Saturday, April 11, 2009

Jeng...Jeng...Jeng...~

Tersebutlah alkisah 4 budak hitam di Kolej Teratai Dua yang sangat kebosanan pada satu malam. Yang seorang sedang membaca novel, yang seorang tengah membelek2 buku, yang seorang sedang duduk2 bersahaja dan kebosanan, dan yang seorang lagi tengah bercermin sambil menyikat2 rambutnya.

Oleh kerana si kawan yang sedang duduk-duduk-bersimpuh menyatakan kebosanannya, dia mencadangkan kawan-kawannya yang lain untuk berbuat seswatuh berkenaan kebosanannya itu. Si kawan yang sedang membaca novel berkata, “Ok ok, meh kita main sambung-sambung cerita.”

Maka, bermula lah cerita dongeng itu dengan ayat begini, “Pada suatu malam yang hening…” (sila baca dengan nada kanak-kanak yg masuk pertandingan bercerita)

Yang-sedang-duduk-bersimpuh: Abu dan Ali berjalan-jalan di kampung…

Yang-sedang-membelek-belek-buku: Tiba-tiba mereka ternampak…

Yang-sedang-membaca-novel: seorang perempuan cantik yang berbadan langsing sedang membuka bajunya…jeng jeng jeng...

Yang-sedang-duduk-bersimpuh: Abu berkata pada Ali, “Ali, ko nampak tak apa yang aku nampak???” (sila baca dengan nada teruja)

Yang-sedang-membelek-belek-buku: Abu, kau nampak tak, apa yang aku nampak??? (sila baca dengan nada dan intonasi yang berbeza dari yg dialog sebelum ini)

Yang-sedang-membaca-novel: (oleh kerana tiada idea, dia mengulang semula ayat sebelum ini dengan nada yang berbeza...) Eh, kau nampak tak apa yang aku NAMPAK ???

Sebelum si-yang-duduk-bersimpuh menyambung ayat, si-yang-sedang-bercermin-sambil-menyikat-rambut menyambung…

Yang-sedang-bercermin-sambil-menyikat-rambut: Jap jap jap.. biar aku sambung…

Abu…kau lupa ke? Kita kan BUTA...

Selepas itu, tawa terhambur. Teddy bear dan tak lupa juga bantal busuk saling berterbangan ke arah yang-sedang-bercermin-sambil-berdiri-di-belakang-pintu. Potong betul, cerita tuh terus jadi klimaks. Tapi, memang sungguh tak disangka yang si-kawan-yang-tengah-bercermin akan menuturkan ayat sedemikian, sekaligus menutup cerita dongeng itu. Sampai berair mataku dek kerana ketawa terlebih. Merah muka Farhana menahan tawa. Hasmawati pula tak cukup suara untuk ketawa. Hidayah hanya bersahaja sambil berjalan ke meja tulis.

Sesekali, bila kita di dalam satu situasi-yang-tak-dapat-nak-dikategorikan-ianya-situasi-apa, situasi dan peristiwa itu akan teringat-ingat dalam ingatan kita. Walau butir-butir ayatnya tidak jelas satu persatu, mungkin gambaran bila? dan di mana? ia berlaku masih tersusun cantik dalam memori yang satu ini.

Dengan itu, berakhirlah sesi sambung menyambung cerita ini. Hasmawati yang kebosanan sejak dari tadi terus menyambung kerjanya. Mungkin sudah tidak bosan lagi. Mungkin. Farhana yang membelek-belek buku tadi, terus dengan bukunya. Aku yang sedang membaca novel Shud-Tentang…Dhiya terus berpaling muka menghadap buku yang penuh dengan tulisan di tanganku. Hidayah yang sedang bercermin pula terus ke bilik air, memberus bajunya. Beberapa minit kemudian, bermula pula episod men ‘syampoo’ rambut di dalam bilik (bukan di bilik mandi), urut mengurut, cerita bercerita,makan makan dan banyak lagi yang aku tidak turut serta kerana terlalu asyik untuk menghabiskan pembacaan. Ehehe

Banyak nak dicerita kan lagi, tapi, lain kali aku sambung...

ps://dah seminggu tak tidur di bilik sendiri, begitu banyak lambakan baju-baju yang berbasuh dan tidak berbasuh...lotih eden! minggu depan start study week...oh, berusahalah!

Saturday, April 4, 2009

Malam Muhibbah 2009

Pada 03 April 2009, bertempat di Hotel Concorde Shah Alam, FSKM-Fakulti Sains Komputer dan Matematik merangkap fakultiku, telah mengadakan Malam Pra-Graduan bertemakan Muhibbah...

Jadi, ramailah penggaya penggaya cheongsam, kurung melayu, kadazan, punjabi, apek melodi punye baju pun ada, kimono, pendek kata, penuh warna warni malam itu...ehehe

Malas cerita banyak, meh tengok gambar yang kebanyakannya kelam nih, ehehehe



oh ye, kredit tuk faris selaku biro pengangkutan kami (emaruko, dat, zima, ana) pada malam itu...tak lupa juga untuk juruhias jurumekap: Naimah, Anis, Tim. 10 bintang tuk korang! ~(^_^)V thanx ye...!



macam-macam gaya dan ragam la pendek kata, dari yang cheongsam, baju melayu bersamping+songkok, batik2, jubah moden(oh alya!, tidakku sangka2), baju kemeja yg dimodifikasikan dengan baju luaran kumpulan Dewa 19, baju yg apek cina pakai selalu tuh nama dia ape eh???, dan pendek katanya, paling vogue pada malam itu (utk pelajar kos kitorg), aku beri khas untuk 2 org. Jeng jeng jeng. ahaha

Org yg pertama: (tiada dalam gambar..)~dengan penuh bersahaja, beliau memakai baju t-shirt yg aku kira beliau hanya datang untuk makan dan participate dalam dinner nih...memang aku tabik spring! sungguh bersahaja. ehehe

Org yg kedua: (juga tiada dalam gambar...ahaks) aku tak tau la kalau konsep Muhibbah nih termasuk sekali pengaruh2 bola...beliau dengan selamba mamba nya mengenakan sweater adidas...sungguh bersahaja juga! ehehe



makanan pada malam itu, nak kata sedap tak la sedap sesangattt...tp bolehla...sebab nak kata tak sedap, bukan la tak sedap...banyak kali jugakla aku tambah lauk, ahaha mungkin perut lapar kot, salah satu penyebabnya...



walau apa apa pun, terima kasih sangat2 dekat semua dak2 kos yg take part dlm dinner nih. Walau baju apa pun yg kita gayakan, walau cam mana sekali pun, sekurang-kurangnya, kita sama2 hadir n enjoy! yeayhhh!

Let the pictures do the talking ~ bila minda ini letih mencari, jari penat berlari, noktah ini ku akhiri . Wassalam.

psstt: sori eh, byk gmbr takde kat kameraku, dan kebanyakannya kelam (penat sudah ku edit, tp tak bleh juga). Saat2 akhir la, kamera tuh nak habis bateri la pe la...ahaha

untuk entry yg lain berkaitan MPG nih, sila ke blog Azeala, Wan Afdzal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...