Tuesday, April 7, 2015

Cinta, Terima Kasih.

Awat tajuk macam classy a.k.a ngengada sangat?
;)

Baru tertengok klip video Tasha Manshahar ft. RJ


"Terima kasih cinta
Kau buatku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta,
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah."

Aku tak tahu macam mana nak terangkan rasa yang aku rasa setelah menonton klip video nih sampai habis.

Sedih? Bahagia? Emosi?

Entah. Tengok sampai habis. Lepas tuh, baru boleh rasa apa yang aku rasa kot. Aku ingat aku je yang OVERRRRR. Bila baca komen dekat klip video tuh, "Oh, bukan aku jeeee..."

Sapa tengah lepak-lepak, internet ofis atau sekolah tak halang akses pada YouTube, nahhhh ambikkkk lagu niii. 






(T_T)V Till then. Assalamualaikum.


p/s: kalau abang, akak, adik-adikku terbaca nih, ketahuilah i am blessed to have uols as my family! ;)

Terima kasih, Cinta!

Thursday, April 2, 2015

Mengumpul Kekuatan

Jari yang tak berapa runcing ni, dah beberapa kali taip, padam [tekan Backspace] *saja drama* banyak kali. 

Allah tahu hamba-Nya ini lemah.
Allah sedang menguji barangkali.
Terhimpit rasa hati. Rasa payau. Rasa kelat.
Seringkali, rasa pahit bagai menggigit tangkai hati.
Rasa lemah, tak berdaya, singgah di naluri.
Rasa payah, namun kutahu Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ku pegang itu.

Aku masih hidup bernafas, di alam nyata mahupun maya [online], 
ALHAMDULILLAH. Syukur.

Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?

AllahuAkbar!

Thursday, December 4, 2014

Senyum Selalu

Salam Semua. Salam Dunia (***tiba-tiba teringat lagu M.Nasir)

Okeh. Tiba-tiba tak tahu nak taip tajuk apa, pastuh tetiba tengah berkumandang di corong radio lagu Senyum - Aziz Harun. Terus taip tajuk post nih "Senyum Selalu".


Cheeky sangat tang "Bukan maksudku memikat, tapi kalau kau terpikat, Ku tak kisah, Apa salahnya..." Oh, player sangatttt. haha ok ok. bukan tuh niat sebenar entry nih ditaip. (nota kaki://taip guna tangan. tapi melalui browser Firefox, Bloggeroid problem.)

Sedar tak sedar, ***aku pelik kenapa orang suka taip sedar-tak-sedar, walhal memang 90% alu pasti orang tuh memang sedar.

Kannn? Tengok. Melencong lagi cerita. *anggaplah itu iklan*** :)

Disember 2014 dah datang dah. Tahun baru 2015 bakal menjengah tak lama lagi. Sedar tak nih? :)

2014 memang banyak Allah bagi ujian. Allah duga. Allah sayang. InsyaaAllah.

Mana nak mula ek? Aku masih tercari-cari perkataan untuk menafsir apa yang boleh untuk ditaipkan. Boleh aku pahatkan supaya aku tak mudah lupa, tak mudah alpa, tak mudah melatah dikemudian hari.

Kasih sayang. Apa beza Kasih dengan Sayang? Can someone please tell me the differences? PM/email yaa? ahahah I sayang U. U kasih dengan I?

Oh. This is so random. Lari jauh dengan niat sebenar post nih. Mungkin lama sangat tak menulis nukilan hati. Sampai tak tahu mana satu bahagian yang perlu mula.


Hari ini, minggu ini, aku telah menyaksikan bagaimana ada orang yang jauh diduga lebih hebat dari aku. Jauhhhh sekali diduga oleh Allah. Sangat malu sangat segan dengan diri ini. Kalau orang lain boleh bangun dan bangun bila acapkali terjatuh, kenapa tidak kita? Masalah, kekangan, halangan, cabaran, semua tuh dugaan asam garam hidup kita sebagai manusia, hamba Allah. Kalau goreng ikan, tak bubuh garam, akan sebati tak rasa ikan tuh?

Pendek kata, apa ujian/kekangan/halangan/dugaan yang kita hadapi, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kannnn? Jadi, apa yang kita nak buat? Senyummmm...senyuuum selalu. "Bukan maksudku memikat, tapi kalau kau terpikat, Ku tak kisah, Apa salahnya." ;)

Till then. Assalamualaikum. **rindu nak dengar keletak keletuk kalau taip guna keyboard PC. Oh.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...