Friday, February 21, 2014

Lawak Basi

Semalam aku dan seorang kawan pergi ke pasar malam sekitar jam 5.30petang. Tengah-tengah berjalan, ada la sorang peniaga menjual tikar (ala-ala evamatik) RM10/pc.



Aku pun beli la tikar nih satu. Pakcik peniaga tadi nih terus panggil sorang girl nih, "Yang, nih kasik adik nih 1."

Habis je beli belah kat pasar (amboi, pasar pun jadikkkk jugak tempat beli belah), kitorang pun balik la.

Tiba-tiba aku teringat dolu-dolu punya cerita (ada la dekat setahun kebelakang). Pakcik peniaga yg sama jual jugak cadar. Masa aku belek-belek cadar, kemain dia promot. Cadar yang ini cantik lah. Yang itu lah. Pastuh suruh aku ambik 2 cadar terus.

Agak-agak dia malas dah nak layan aku (tunjuk corak itu ini tak berkenan), dia tunjuk pulak cadar saiz Queen n King.

Aku cakaplah,"Saya nak yang single, takmo yg queen."

Dia jawab, "Laa. Single lagi ke? ABANG pun single lagi," sambil tersengih-sengih gaya kerang busuk.

Mak aih. Lebih sudah ini pakcik. Tup tup gelarkan diri ABANG. Haaaa, terus aku sengih dan kata "Takpelah. Lainkali la saya tengok. Terima kasih." Haha

Ok tak lawakkkk? :) takpelah. Saja cerita sebab sudah basi, tapi tiba-tiba teringat.

Tapi sekarang, pakcik tuh sudah DOUBLE, bukan SINGLE lagiiii. :)

ps://tikar yg RM10 ala-ala evamatik tuh, kawan aku kata dekat Mydin KL RM5/pc. Mak aih. Murah gilossss! :)

posted from Bloggeroid

Friday, December 6, 2013

Salam Jumaat.

Assalamualaikum!

Tatkala malam nan hening 3:39 pagi ini, tatkala mata sukar nak lelap, jari gemuk ini berlari-lari atas skrin telefon cuba menyampaikan kata-kata yang dipaksa supaya jadi bermakna. Ecewahhhh!

Alhamdulillah. Masih diberi nikmat Allah atas dunia ini untuk melihat, merasai peluang untuk ibadah di dunia buat bekalan di akhirat. Kadang-kadang, rasa diri tenggelam dengan kerjaya. Takut lupa pada akhirat bila selalu begini begitu. Dengan setiap ujian Allah, hamba ini pohon diperkuatkan hati dan iman.

Baru-baru nih, (takde lah baru sangat) pergi bercuti ke Pulau Sibu, Mersing dengan geng-geng sukan yang dah tak aktif sangat. Subhanallah. The view is breathtaking, I would say. Hopefully, khazanah alam itu terjaga sampai anak cucu cicit dan seterusnya. InsyaAllah.

Jarang sangat dapat muatnaik gambar dalam blog sekarang. Facebook/Instagram je jadi medium untuk kongsi/simpan momen momen indah. Lain kali ye, kongsi gambar kat sini. :)

Macam kata tadi, kerjaya sekarang memerlukan komitmen tinggi. Kengkadang tuh, masuk kerja pukul 7.45 pagi, punch out 6.30 petang. Oh! Tak berdunia a.k.a tak bersosial sungguh! :)

Malam pulak, kalau whatsapp/wechat/sms dengan kengkawan, selalu je jadi situasi tertidur depan TV, sambil tangan pegang handphone. Pastuh, dah dekat pukul11malam housemate pun kejut suruh tidur masuk bilik, sebab dia pun nak tidur dah. Tapi hari nih. Tak boleh tidur pulak. Sambung lagi buat keje untuk esok punya jadual. Oh!

Kengkadang terfikir. Tak mau lah umur meningkat dengan berteman memori keje. Kannn? Sekarang nih, walau berteman kerja yang sibuk, cuba belajar sesuatu. Hargai apa yang kita ada. Belajar untuk gembira dengan apa yang kita ada. "Happiness is something that can be learned." So, I am learning to appreaciate a little thing in my life so that in the future I'll realize it is a big thing that makes me happy.

Bila belajar untuk gumbira, semua benda jadi macam mudah. Semua benda buat kita senyum. (walaupun kengkadang susah nak kawal marah/stress). Tengok pokok yang mendamaikan, rasa macam tenang. Terus senyum sampai telinga. Tengok awan membiru, rasa bahagia sangat. Tengok air hujan, rasa macam terhasil satu rentak gembira. I'm still learning, insyaaAllah will be better on how to control emotion or handling stress.

Ada kawan pernah kata. Nak orang yang positif sahaja di sekeliling. Aku cuba betulkan sket. "Kita tak boleh kawal positif atau negatif orang yang berada di sekeliling kita, tapi kita boleh kawal pemikiran kita untuk berfikir atau memberi reaksi secara positif terhadap benda/orang di sekeliling kita."

Oh mata. Masih tak nak lelap. Biarlah aku akhiri nukilan hati ini dengan rasa gembira. "Salam Jumaat" semua.

Assalamualaikum.

p/s: Dah selawat hari nih?

posted from Bloggeroid

Thursday, September 5, 2013

Selamat Hari Raya...errr?

Assalamualaikum. :)

Errr, i guess its better late than never. Kan?


Selamat Hari Rayaaaaa uolsssss!

Rindu sangat nak menulis panjang berkajang-kajang. Celoteh yang x henti dalam blog. Bunyi keletak keletuk taipan di papan kekunci. Oh. I wish i wish. Nak mula menaip kata hati semula. Ecewahhhhhh. Gituuuu katanya.

Life? *ehem. Kau ingat ada orang tengah interview untuk majalah Mangga ke apa? Bajet retis*

Yupp. Life has many obstacles. Ups and downs. Alhamdulillah. Allah has a better plan for me. My beloved Abah is recovering, and hopefully is getting better. Alhamdulillah, syukur syukur Ya Allah. Before this, he was diagnosed with second degree heart-block. I'll make an entry regarding my Abah, soon. InsyaaAllah.


Alhamdulillah, abah has been discharged last Friday.

This Raya Festive, too many people were asking me about "When do you want to get married?" Oh, believe me, i already classified this question as my favorite number one.

My answer is"belum jumpa lagi yang seswai. Doakanlah ye." :)

I bet when you are reaching 27 soon, and has no candidate in queue, that's the first thing you need to worry during raya festival like this, where people, friends and relatives gather around. Yes, i haven't start with USAHA yet. Im glad to quote one of my colleagues that once said to me, "Jodoh nih kena usaha. Macam study. Tak boleh doa je. Kena usaha. Jodoh pun sama. Nih tak, org nak kenalkan, belum apa-apa dah tak nak kawan. Pendek ke tinggi ke, kawan je dulu." Sob sob sobbbssss. (T__T)

Baiklah kakak. I will make an advertisement finding for My-Mr-Right-guy. Haha ok tak lawak. InsyaaAllah. I believe its Allah will. One of my frens is reaching 29 soon. Then her ex-classmate asking her if she has a special bf. She said no, the guy ask and she said Yes to him. Oh! *please fill in your reaction here _____*

The reality: My fren (the girl) afraid that if she say No to the guy, no other guy will ever asked her anymore since she is 30 next year. *gulp, its freaked me out*. *oh, please fill in your reaction here _______ *

I guess all the happy ending fairy-tale movies are just a fairy-tale. After all, it goes to back to Allah. Kannn?

Oh. See, that's why i don't do random talk about married. I've write enuff for this topic. And how the title is RAYA but then end with marrying-the-right-guy? I guess it just happened. Last but not least, please ignore my grammar as i knew it would annoy you. Please forgive me, people do make mistakes when it comes to grammar. Hahaha Daaaaaa, see you next entry. :)

Wassalam.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...