Saturday, July 9, 2011

Tukar Langsir Rumah, yo!

Yeayyyy!!! Orang nak puasa, aku sebuk nak tukar langsir. Orang sebuk nak raya, aku sebuk puasa. Oh, apakah?


Dah berapa lama entah aku pakai template yang dulu tuh. Dalam entry lama tahun 2009 dulu dulu, aku pernah cakap, taubat tak mahu tukar-tukar template lagi.  Waktu 2009 tuh siap cakap adalah kali terakhir yang aku akan tukar template. Sebab apa? Sebab susah! Leceh! Even aku budak Computer Science. ehehe  Itulah kan, orang kata. "Jangan sesekali cakap "NEVER", "TAK AKAN"." Sekarang, apa sudah jadi? Umpama meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. ahahha. Boleh gitu?

Sejak Blogger dah update dan tambah new feature mereka iaitu Template Designer, aku malas nak explore. Sekarang baru rajin. Semua orang boleh jadi "Template Designer" dengan bantuan mereka. Tak perlu susah-susah nak belajar CSS, HTML, masuk kelas Multimedia bagai. ekekekeke


In case korang macam buat-buat tak nampak langsir baru aku nih, meh aku tunjuk sket screenshot. Header dan template adalah inspirasi daripada Hanis Zalikha. muahhahaha Nih kes takde idea, tapi nak jugak tukar langsir. Jadiklah kan. Oh, gambar header tuh, tak cukup lagi sorang. Iyman Amalea tahun lepas tak keluar lagi. Raya tahun nih, kita ambik gambar otey? Update: Dah cukup dah, mama dia suruh letak jugak gambar Iyman. Auntie layankan je laaa, mama Iyman nih. Banyak cengkadak. ekekek. Kecik je la muka Iyman dalam header nih. Eh, auntie hutang Iyman satu entry lah. Nanti nanti eh? :)


Langsir baru. Tak berapa nak baru. Yang terbaru tengok header atas sekali. Dah tambah muka Iyman. Nampak tak? OK tak? OK tak?


In case korang lupa macam mana rupa dan warna langsir dulu, meh aku tunjuk meh. 

Perasan tak? Langsir lama dengan langsir baru, apa persamaan dia? Hint: Warna Kuning 

Oh, lagi satu. Alang-alang dah tukar langsir nih kan, nak announce jugak. Siapa yang baca entry nih, adalah WAJIB    Highly Recommended untuk LiKE PAGE BEST JUGAK kat Facebook. Siapa tak Like, aku akan kecik hati. ;) ahaha Kau ingat ada orang kisah?


Tapi, siyesli. Sila LiKE dengan rela. Tiada paksaan dalam hati dan perasaan. Kan? ;)
Klik je button "LiKE" bawah nih. Mudah, kan? Lepas Klik, boleh main jauh-jauh. 








Kenapa kena klik LiKE? Sebab bila aku yang rekemen, ia akan jadi BEST JUGAK! Poyo tak? Poyo tak?

Monday, July 4, 2011

Tukar Phone Number

Saya selalu teringin nak tukar phone number. I mean, saya teringin sangat nak tukar ke pelan prabayar yang lain. Sekarang, saya pakai M. Dengan M, saya selesa. Tapi tapi tapi. Pelan 'Y**th Club' yang saya guna sekarang, akan habis tak lama lagi. I mean, umur kan semakin meningkat. Limit untuk Y**th Club 25 tahun. Sob sob sob. Tak cool la camnih. Tak boleh la nak guna Pelan yang sekali topap, tapi takde expired date.

Hari tuh, saya pergi ke M Centre. Saya tanya tentang sim pack baru. Orang Baju Hijau tuh kata, "Sorry lah. Y**th Club memang dah tak ada sekarang nih." Whatttt? Baru nak sign up guna different name. ;)

Actually, I ada guna pelan lain. Yang itu C punya, tapi abah yang pakai. Abah selalu topap, businessman lah kononnya. Dia punya usage banyak, tapi C selalu je bagi rewards yang boleh guna sehari je. Whattt? Abah I dah la umur 64, bagi 100 SMS percuma tapi expired date 1 hari je. Apa nih? Apa nih? Ingat abah I selalu SMS orang ke? Bagilah panggilan percuma 30 minit ke. Boleh abah borak borak dengan anak-anak dia, sorang kat Kedah, sorang kat Melaka. Kan?

So, kali nih, I dah nekad. Nak survey pelan prabayar yang lain. Selain M dan C, baru teringat yang I ada pilihan lain. Digi yooo! Digi pun ada Youth Club.


Yeaayyy!!

Plan Overview:

Memperkenalkan DiGi® Easy Prepaid baharu yang memang sempoi!

Pek ini direka khusus agar agar anda dan Buddyz™ dapat berhubung setiap hari dengan nilai terhebat. Bila bersama Buddyz™, segalanya memang hebat!

  • Panggilan & SMS PERCUMA setiap hari dengan 3 Buddyz™ anda di antara 12:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari.

  • PERCUMA 10 SMS dengan setiap isian semula RM10.

  • Internet TANPA HAD hanya RM3/sehari.

*Setiap SIM pek mengandungi RM8 kredit pra isi.

Info atas copy dari sini


COOL tak? ROCK tak? Free SMS & Panggilan percuma tuh. Malam malam boleh gayut lelama sampai lebam tangan dan telinga. Sampai panas telinga. ;)

Oh, lupa pulak. Boleh jugak beli DIGI SIMPACK nih secara onlineeeee! Saja buat gediks letak eeeeeeee camtuh. ;)

Pendek kata,
Boleh beli secara online di SINI
Layari dan Like Facebook Digi Youths untuk maklumat lanjut.


*****************************

Fuhhh, rimas sungguh rasanya bila berAI berYU nih. AIYOOO YOOO.

Sunday, July 3, 2011

~Oh Burger!

Ingat lagi tak, teka teki yang femes emes masa zaman sekolah dulu dulu? Teka teki dia,
"Banyak banyak burger, burger apa yang boleh menyanyi?"

Jawapan dia tentulah:
"Bergelora hati ini, bila berjumpaaa. "


Tapi, sekarang nih bukan nak cerita tentang lagu lagu Dangdut. Lagu Kopi Dangdut pun bukan. Ini nak cerita tentang Burger Subway.

Hari Jumaat hari tuh, aku berjalan-jalan dekat Shah Alam. Saja melawat kawan lama kat sana. Yah namanya. Lepas dah jalan-jalan, terkagum jugak tengok kepesatan pembangunan Seksyen 7 tuh. Secret Recipe ada, KFC ada, 7E ada. Subway pun adaaa!!!

Ini set untuk breakfast. RM6.30 satu set. Boleh pilih air. Boleh pilih Burger. Roti jenis apa, inti apa, sos apa, semua kau boleh pilih.


Biasalah kan. Perempuan. Sebelum makan, kena lah ambik gambar dulu. Ye tak?

"Eh Yah, kejap kejap. Tudung kau tak betul, senget. Ok, lagi sekali lagi sekali. "



"Haa, barulah betul. Barulah cun." Aisyh. Perempuan perempuan. *Geleng geleng*



Design dalam tuh cantik. Walaupun tak macam bentuk subway, at least cantik la kan. "Yah, cover sket. Ada sos kat mulut hang." ;) Dialog rekaan okes.



*Geleng geleng* Mana kau tak gemuk. Makan sampai dua biji burger. Air pun dua. ekekkeke




Last but not least, makan burger nih kenyang sampai ke petang walaupun pagi tuh korang pergi buat medical checkup, pergi ambik darah, pergi jalan jalan satu Seksyen 2.


Oh Burger!!! Bergelora hati ini, bila berjumpa. Lalalalalalala!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...