Wednesday, June 8, 2011

~Tweet Tweet Fazura

OMG OMG OMG (read: Oh My Gucci) Fazura replied to my tweet ;)
OMG OMG OMG (read: Oh My Gucci) Fazura replied to my tweet ;)
OMG OMG OMG (read: Oh My Gucci) Fazura replied to my tweet ;)

Follow Nur Fazura on Twitter.

Sapa tak nampak lepas tekan Ctrl+Klik, dia memang sah rabun. ;p


Like Facebook FB Fazura, dekat sini.


Sumber: sini

Sebelum nih pun, Fazura memang pernah reply tweet dan FB. Aku ada story dekat sini. Memang teruja dan sengih sengih je. Oh, tak sabar nak tengok Kitab Cinta lakonan Fazura. Fazura pakai tudung dalam Kitab Cinta tuh. Dekat TV AlHijrah, setiap hari Rabu hingga Jumaat, Channel 114 Astro, 8.30 malam.




Tak sabar jugak nak tengok Tahajud Cinta arahan Erma Fatima. Lakonan Fazura dan Remy Ishak. Fuhhh, yang nih lagi kagum, Fazura pakai hijab siap tutup muka, cuma nampak mata. :)



Sumber: Twitter ErmaFatima

Apa-apa pun, sukaaaaa bila kita excited tweet tweet, and then artis tuh reply. Kan? Boleh bayangkan berapa ramaiiiiiii yang tweet diorang, tapi diorang punyalah kental sehabis mungkin untuk reply each fan's tweet. Sweet and Nice, kan?

Oh, sapa sapa yang belum LiKE TAHAJUD CINTA, boleh LIKE kat sini. :)

Sekian, Oh My GUCCI!!! :) x0x0


~Eh, Apa Benda PDF Nih?

Haaa, dah lama rasa tak buat benda benda tutorial nih. Sebelum benda nih luput ditelan masa dalam pemikiran aku nih, meh aku kongsi dulu kat sini. :)

Apa itu PDF?
Portable Document Format (PDF). Pernah kan, kalau kita ada Word file (.doc, .docx) kita nak convert ke (.pdf) supaya kalau kita print, setiap tulisan, spacing, figures, tables tuh semua tak lari-lari-anak-mahupun-ibu-ayah?

Macammana nak tukar?
Pada yang masih tak tahu, boleh download CutePDFWriter. Boleh refer sini. Sebelum tuh, kena lah download dulu. Free je kat sini. Lepas download, lepas install, then boleh gunaaa! Yeayyy! CutePDFWriter nih, operasi dia macam PRINTER. Kalau korang bukak file dkt word tuh, klik print, and select CutePDFWriter, then save PDF. Senang dan CUTE kan? Nama pun CutePDFWriter. :)





Saya nak letak Bookmark dekat PDF. Camne?
Ok, bookmark kan 'penanda buku' dalam bahasa ibunda. Jadi, kalau kita baca buku (novel), kita akan letak penanda dekat mana yang kita stop baca tuh. So, bila kita baca balik, kita tak perlu nak ingat muka surat berapa kita stop sebelum nih. Sebab, itulah fungsi bookmark tuh.

Dalam kes PDF nih, sama jugak. Bayangkan kita ada beratus-ratus helai, takkan kita nak scroll pdf file tuh kan? Lenguh la tangan nak scroll memanjang. Kan? kan? kan?


Tekan Cntrl+KLIK gambar atas nih, kalau mata agak rabun. :)

Kalau kau tekan ABSTRACT, automatically dia akan pergi kat page yang ada ABSTRACT. Kalau kau tekan CHAPTER 1, CHAPTER 1 pun keluar.

Ok, ada 5 langkah-langkah ringkas yang kau kena folo:

1) Download FREE JPdfBookmarks dekat sini. Lebih kurang 5.7MB.

2) Lepas download, kena extract dulu, sebab dia .zip file. Tak payah install, klik je jpdfbookmarks application.

3) Kena la ada .pdf file. Yang korang dah convert guna benda CUTE kat atas tadi tuh, boleh la cuba dekat step yang nih.


4) Macam gambar atas nih. Page mana yang korang nak bubuh penanda, korang scroll, lepas tuh add bookmark. Page mana yang korang nak bubuh penanda, korang scroll, lepas tuh add bookmark. Page mana yang korang nak bubuh penanda, korang scroll, lepas tuh add bookmark, sampailah habis document tuh. Korang save tau, lepas dah bubuh bookmark, tak kisahlah nak save guna nama lain ke apa ke. Janji SAVE.

5) Sebenarnya, untuk maklumat lebih lanjut, boleh refer dari article nih.
Lepas tuh, kalau dah SAVE, klik balik .pdf file, ada nampak tak bookmark kat sidebar sebelah kiri tuh? Bila korang view guna Adobe, kalau tak nampak jugak bookmark, cuba korang pergi dekat tab VIEW> NAVIGATION PANEL> BOOKMARKS. Boleh?

Kalau tak mau susah-susah, dekat sini, ada bagitau dengan lebih jelas dan detail macammana nak automatically open bookmark bila bukak adobe. Korang rujuk je link tuh, otey?

Selamat mencuba bagi yang belum mencubaaa! :)

Wednesday, June 1, 2011

Syukur, Syukur, Syukur~



Sebagai hamba ALLAH yang sangat rendah ini, kita kena selalu berSYUKUR dengan kurniaan Allah. Segala nikmat yang dilimpahkan-Nya, segala cabaran, dugaan yang diberikan-Nya. Bukan saja-saja, Allah pilih jenis dugaan itu untuk diturunkan pada kita. Dugaan itu buat kita lebih tabah, lebih kuat, lebih sabar. Bila toleh ke belakang, percaya atau tak, segala dugaan dan cabaran itulah yang menjadikan kita kuat sampai sekarang. There's nothing more we could ask for. Aku tak kata, sekarang nih, kita kuat seteguh Tembok Besar China, tapi LEBIH KUAT BERBANDING DULU. MASA itu mengajar, menyembuh, merubah kita.



Kita selalunya punya orang tersayang dalam hidup. Kau bohong, kalau kau kata takde orang yang kau sayang dalam hidup. Keluarga, Mak, Ayah, Adik, Akak, Abang, Makcik, Nenek, Atuk, Pakcik, Sepupu, Suami, Isteri, Anak. Semua tuh sapa? Kalau toleh balik, tahu tak dimana kita, tanpa semua insan-insan tersebut terutama sekali mak dengan ayah kita? Pada siapa kita perlu lahir dan zahirkan rasa SYUKUR tersebut? ALLAH S.W.T. jualah tempat kita bersyukur. Kita bersyukur kerna punya insan tersayang, kita punya mereka saat kita lemah. Kita punya tempat bergantung, saat kita terjatuh. Paling hebat, kita punya ALLAH untuk sentiasa mendengar rintihan dan tangisan kita. ALLAH itu MAHA MENDENGAR.



Oleh itu, SYUKUR lah. Saat kita hilang seorang insan tersayang, percayalah, ALLAH itu Maha Kuasa atas semua-Nya. DIA punya agenda yang lagi besar dari itu. DIA punya rencana tersendiri. Tabahlah. Sabarlah. Tahanlah. MASA itu penyembuh.









Al-Fatihah untuk Abd Rahim. Ayah pada salah seorang sahabat, Adi.
Al-Fatihah untuk Mukhtar Hj Md Amin, juga ayah pada salah seorang sahabat, Hidayah Mukhtar @ Dat.

Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb. Al-Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...