Saturday, February 12, 2011

Pilih Kasih~

Hari ini hari Sabtu, lalu saya pun berjalan-jalan menjadi seorang stalker. Tanpa perlu mandi pagi, tanpa perlu memakai kasual, bertopi dan berkaca mata hitam, saya mengintip semua yang ada di FB. Eh, silap silap silap. Bukan semua orang di FB, cuma sesetengah. ;)

Pastuh, bila tengok dekat Friend Request. Siap dah hide fren request dari sorang nih. Kalau dulu, aku memang approve je semua orang, kawan adik aku la, kawan yang baru kenal 2 jam, mahupun kawan yang makan sayang kawan.

Tapi, dengan sorang nih, memang aku tak mau approve. Sampai ada pernah terdetik, "jangan approve dia nih sampai bila-bila". Buruk kan perangai? Sampai bila-bila tuhhhh. ahahah

Dengan yang sorang nih, pernah cinta monyet masa sekolah dulu-dulu. Pernah berbalas-balas surat dengan dia setahun setengah. Pernah makan tak kenyang sebab nak cepat-cepat baca dan balas surat dia. Pernah muka merah-merah dan hati berbunga, kalau terserempak dengan dia kat mana-mana. Pernah nampak dia date dengan orang lain. Pernah makan hati dengan dia berbulan-bulan lama. Pernah menangis bawah bantal sebelum tidur sebab dia. Pernah disaiko oleh kawan-kawan dia, dengan panggilan 'Janda -----nama dia------'. Pernah tanam rasa benci meluap dekat dia dengan 'orang lain' yang dia date dulu.

Hey. Akukah orang itu dulu? T_T. Dan, sampai sekarang 'cinta monyet' tuh memang swittt je kalau dikenang. ;)

Oh, dah menyimpang jauh sebenarnya. Tujuan asal sebenarnya nak cakap, tengah dengar lagu Taylor Swift berulang-ulang dekat MP3.

Ours, If This Was a Movie, Back to December, Mine. Semua lagu nih dari album dia Speak Now. Boleh download full album dekat sinih.


Taylor Swift - Ours
(Chorus)
So don't you worry your pretty little mind,
People throw rocks at things that shine
and life makes love look hard.
The stakes are high, the water's rough
But this love is ours.

Taylor Swift - If This Was a Movie

Come back come back come back to me like
You would you would if this was a movie
Stand in the rain outside til I came out
Come back come back come back to me like
You could you could if you just said you're sorry
I know that we can work it out somehow
But if this was a movie you'd be here by now

Cuba lah dengar lagu-lagu dari album dia Speak Now tuh. Mesti addicted. ;)

Tuesday, February 8, 2011

Rombongan Cik Kiah ke Kota Bharu~

Ahli Rombongan ke Kota Bharu ;)

Rombongan???? Rombongan tak rombongan sangatlaaa. Kalau 4 orang je pergi, boleh kira rombongan ke? ;)

Ingat tak Bahasa Melayu dulu? Rangka karangan? Alaaaa, yang ada point point penting merangkumi pendahuluan, isi penting, dengan penutup tuh. Rangka karangan aku untuk isi "Rombongan Cik Kiah ke Kota Bharu" amatlah panjang gamaknya. Isi penting ada satu je, tapi pendahuluan dengan penutup ada berjela-jela point yang tak penting. ahahha

Mana nak mula ek? Tang dari Putrajaya dulu ke, dari rumah Ana dulu ke, ataupun terus citer dah sampai Kota Bharu? Apa susah sangat nih? Ahhhhh, macam nihla. Meh kita 'ceciter ceciter' dari Shah Alam.

Tiket bas tambahan (RM42) pukul 8.30 malam dari Shah Alam ke Kota Bharu, Kelantan. Sampai je dekat Stesen Bas Seksyen 17 tuh, ramai betul umat manusia. Oh ye, lupa. Buat Ana & Husband yang hantar kitorang (aku, Alya, Dat) pergi stesen bas. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh hantar lagi. ;)

Ok, sambung citer balik. Dalam punya lah ramai umat manusia, sebukla call si Azuan, tanya dia dekat mana. Gila kau nak cari satu-satu dalam lautan manusia tuh. ---- Eh, aku buat lawak nih. selalu lautan kan air, tapi nih manusia, tak lawak ke??? Oh, pehhh-lisss.

Dipendekkan cerita, lepas jumpa Azuan, tanya pasal nombor plat bas dekat kaunter, cepat-cepat gegas cari bas tuh. Bila dah jumpa bas tuh, orang jaga tiket dekat depan pintu bas kata, "Sini dah penuh, dah penuh, pergi naik bas belakang tuhhh." Mak aiihhh, dengan sepantas kilat, terus je bersesak-sesak potong queue naik bas belakang tuh. Nasib dapat tempat sebelah-sebelah kitorang 4 orang. Cuma yang tak best, seat paling akhir sekali. Dekat dengan tempat driver tidur tuh.

Kejadian dalam bas paling tak boleh lupa. Nama pun bas tambahan, tapi nasib baik seat dia bagus. Dahla kitorang tak beli apa-apa jajan untuk bekalan kudapan dalam bas. Yang si Alya dok sebuk jejak kasih dengan si Azuan. Al-maklumla, lama tak jumpaaaa. Aku dengan Dat, dok borak entah apa-apa. Siap borak pasal takut naik bas lagi, padahal benda yang kitorang naik, bas jugak nama dia.

Paling tak boleh blah, bila berhenti dekat satu perhentian nih. Apa nama dia, tak sure plak. Toilet kemain, bayar 30sen. Pintu tandas siap kena orang tolak dari luar bagi tertutup. Bayangkan.

Kitorang beli keropok dekat perhentian tuh. Naik je bas, terus la ngap ngap ngap makan keropok. Habis je ngap ngap ngap, mood tidur aku datang lagi. Dat pun lena sama. Paling tak boleh blah, pakcik yang bawak bas tuh. Mentang-mentang tak jammed sangat, kemain dia bawak berdesup. Semua kereta dia nak potong, lap kanan lap kiri. Alya siap kejutkan aku lagi, "Yan, baik kau mengucap dulu baru tidur." Haru je aku dengar. Dan-dan baca selawat, syahadah semua, pastuh sambung tidur lagi. Siap gilir-gilir-terhuyung-hayang-lentok-lentok-kepala dekat belakang seat tuh. Pastuh, boleh pulak bila bas langgar bonggol besar, kitorang 4 orang dekat belakang nih, terlantun sama-sama, pastuh siap maki pakcik bas, pastuh terus sambung tidur lagi. ;)


Alhamdulillah, sampai ke Kota Bharu dalam pukul 5.40 pagi [tak ingat sangat sebenarnya]. Telefon Ema, mintak tolong ambik, lepas tuh, terus je solat&lepak tidur rumah dia lagi. Ema pagi-pagi lagi, pukul 6.30 pagi, pergi pasar beli barang-barang dapur untuk majlis nikah malam 3 Feb 2011 tu.

Lepas Ema balik dari pasar, terus je bukak cerita, bual-bual panjang, pastuh terus sarapan nasi berlauk. Pastuh, gotong royong sket kitorang 4 orang, isi door-gift Ema dalam beg kertas. Sambil tuh, mulut pung pang pung pang bukak cerita. Masing-masing dah lama tak jumpa. Aku dengan Ema je, dekat 20 2 tahun tak jumpa.

Habis isi door-gift semua, dalam pukul 2 petang, pergi check-in dekat sini.


Owner sama kot, tuh nama pun sama.

Lepas check-in, makan tengah hari dulu dekat-dekat situ. Sambung borak lagi dengan Ema semua. Petang tuh, kitorang rehat-rehat lagi, unpack barang, iron baju tudung untuk kenduri nikah Ema malam tuh. Berbual-bual lagi. Tidur lagi. Mandi kemudian.

Dalam lepas Maghrib camtuh, Seana kawan Ema datang ambik kitorang pergi rumah Ema.



Ambik gambar dulu dekat tempat makan beradab/berdamai. Suka sangat frame gambar bunga nih. Ada bunga siap terkeluar macam real je ;)


Mak andam tengah mekap pengantin



Sambil tunggu mak andam mekap, kitorang jadi jurukamera tak bertauliah. Snap pics sana sini. Pelamin dia, mak aiii, gah merah mak ngah. ;) Oh, Ema ambik Dahlia Bridal yang dalam gambar atas sebelum nih.


Menuju ke Masjid Mukim Tanjung Chat yang tak sampai 30 langkah dari rumah Ema



Selamat di ijab kabul



2 Hati Jadi 1. ecececeh



Tahniah, Emaaaa ;)


Bergambar depan pelamin. Haruslah kan???


Aisyhh, sehati ber"PEACE-NO-WAR" ahaha

Dat, yang kat FB tuh yang dah sengaja di blur kan. Nih tak blur ;)

Aisyhhh, malas la nak citer panjang. Swit Kapel 2011. muahhaha mau aku kena hantuk kepala dengan Dat. ;p

Okeyh. Banyak lagi gambar tak edit. Ada separuh lagi kot dekat Alya. Tunggu Part II la eh. Bajet sungguh. Nantikan kemunculan "Rombongan Cik Kiah ke KB Part II" next entry, oteyyy? Bahah.

Sunday, February 6, 2011

Nantikan Kemunculannn~

Pernah tengok tak rancangan fofular yang akan keudarakan "ulasan untuk episod akan datang..."???

Pernah kan?

Jadi, bayangkan ini adalah preview untuk next entry ;) Bajet sungguh kan? What evaaaaaa ;p


Entry minggu hadapan :)

Si Husna mesti nak enterprem bila orang lain nak ambik gambar adik dia ;) Jeles la tuhhh. ;)

muka si Najwa yang baru lepas menangis selepas bergaduh dengan si Husna


Perkahwinan Ema & Zahir | Kelantan (Journey to the East, 3 & 4 Februari 2011)


Majlis Resepsi Huda & pasangan | Tanah Merah, Kelantan | 4 Februari 2011


Majlis Resepsi | Aminadia & Pasangan | 5 Februari 2011


Aisyhh. Segan ai jumpa Norman. Tak dapat jumpa Yusry, Norman pun okayyyy ;)



Cerita di sebalik Samsung Champ. Tungguuuuu ;)

Stay Tune dengan TV3 ai minggu depan, okeyhhhh? Berehhhh dehh ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...