Saturday, September 12, 2009

Lipatan Baru Bahagian Dua

Oh, rasanya dah lama aku tak mengambil gambar. Sejak program dekat Melaka hari tuh, tak ada sekeping pun gambar baru dalam memori kameraku. Kesinambungannya, tak ada gambar yang boleh ditepek di sini. Sudah 3 entry aku tidak bergambar. Takpe la, kengkadang ada benda yang gambar tak boleh nak cerita. So, kaedah conventional dan tulisan amat perlu ketika ada-benda-yg-gambar-tak-boleh-terangkan.eheheh

Selalunya, bila ada gambar, baru la ada perasaan rajin nak update blog. Ye tak? Sekarang nih, aku suka baca blog orang lain dari update blog sendiri. Pastuh sebuk mengomen napa ramai list kawan-kawan aku tak ber’update’ walhal blog sendiri tak ber’update’. Ibarat pepatah, ’sebuk sangat jaga tepi kain orang lain, tepi kain sendiri tak terjaga’. Hahaha

Pagi nih, bila pergi melawat blog cik Wan, dan ternampak pulak link blog aku tertulis: ”5 weeks ago”. Terus cepat-cepat sepantas kilat aku tengok folder ’pictures’ dalam hp. Ok, aku ada gambar untuk entry nih. Macam bangga giler sebab ada gambar dalam hp, sampai nak kembangkan hidung dua kali ganda dari saiz asal. Ahahha



Walaupun, aku duduk di bahagian selatan, dan kat sinih pun bahagian selatan jugak, tapi memang tak pernah dengar ”Nasi Ayam Penyek”. Ejaan dia nih pun tak tau mana satu betul, kengkadang nampak kat kedai camnih eja dia: ”Nasi Ayam Penyit” ahhaha rasanya, asal usul makanan nih dari Indonesia, tapi amat popular dekat bahagian selatan yang amat selatan nih. Rasa dia sangat pedas, dan nasi dia amat banyak. Perut yang ’slim’ nih tak mampu nak sumbat semua nasi tuh. .... Terasa nak gelak sendiri bila taip perkataan ’slim’ tuh. Rasa macam menipu di bulan puasa. Ahhahah Oh ye, rummet aku (gambar sebelah kanan) orang terengganu, peramah dan tak sombong. Ceh, tiba-tiba puji dia nih. hahahha gambar nih rasanya sudah berusia 2 bulan dalam hp ku.



Sebulan yang lepas, aku pergi berjalan-jalan ke Shah Alam. Dah takde tempat lain gaknya nak shopping kat sinih, ke Jusco Bukit Raja jugak tujuan utama. Gambar beg banyak-banyak tuh, tempat Yah (rummet lamaku) kerja dekat Plaza Alam Sentral (PAS). Depan Hot Market, sapa-sapa nak ngurat Yah beli beg, sila datang ke kedai itu selagi Yah belum berhenti kerja. Eh, apasal aku asyik lakukan kerja puji dan promot nih? Oh, bulan puasa, tak baik pulak nak kutuk-kutuk. Ahahha Gambar ini berusia sebulan dari tarikh masa entry ini ditaip.



Gambar Yah dalam frame tuh bukan edit dekat Kedai Photo macam Cik Wan selalu lakukan dengan rambutnya, tukar rambut jadi kaler mat salleh, pastuh ngaku buat kat salon. Eh eh, terkutuk pulak kali ini. Ahahha aku buat strike la, kira macam padam atas kertas dan tarik balik kutukan itu. Ok ok, berbalik pada gambar dalam frame tuh, tuh ambik dekat kedai seramik dekat PAS jugak. Korang boleh pergi dekat tingkat atas sekali dekat dengan foodcourt dan juga surau. Frame tuh pun siap ada tanda harga lagi. RM1.00 je. Hahaha Oh ye, nampak tak gambar nasi dekat kiri tuh? Tuh Pak Iran bagi dekat aku. Eheheh Bangga buat kali keduanya. Saiz kembangan pula hampir tiga kali ganda. Muahahahha gelak besar pulak kali nih.

Menurut kata kawan Iran aku nih, nasi dalam gambar tuh adalah nasi tradisional negara Iran. Nasi tuh dikukus dengan sayur yang dikeringkan selama seminggu. Rasa pelik sikit, tapi hentam je la. Pak Iran tuh bagi untuk berbuka. Nasib aku beli jugak makanan lain waktu tuh, sebab lidah tak berapa ngam dengan nasi tuh. Rummet aku pun rasa jugak tapi memang tak kena sangat dengan lidah Malaysia nih. Ahahha

Ok, mahu sambung bacaan untuk mid term exam Selasa nih. Bak kata rummetku, perjuangan terakhir sebelum balik bercuti! ahhaha

Ps://tak sabar nak balik kampung...! nak raya!!!

Sunday, August 2, 2009

Aku Bukan Superman~

Ya. Memang aku bukan superman. Juga bukan suparman. ahahha

Dalam kebosanan di satu hari, alkisahnya, aku mendengar satu lagu di radio yang memang mencuit hati. Tajuk lagu: Aku Bukan Superman ~ The Lucky Laki. DJ radio tuh kata nih anak-anak Ahmad Dhani. Tapi, tak tau la...


pic credit to: http://2.bp.blogspot.com


Nih aku tepek lirik dia.

Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Repeat Reff

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Repeat Reff

Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji ’tuk tidak lagi
Menangis karena cinta

Repeat Reff [3x]

Dari lirik lagu nih, aku terpk. Kenapa dikaitkan dengan superman? sebab tak nanges???
Batman ke, Keluang Man ke, Spider Man, semua tuh nanges ke? atau tak cukup hebat untuk diletakkan di dalam lirik? ehehehe takpe takpe, yg penting aku suka lagu nih.

ps: mungkin sebab budak-budak yang nyanyi, lagu nih kiut je kot..ahaha

Donlot di sinih

Saturday, August 1, 2009

Lipatan Baru Bahagian Satu~

Sebenarnya, tujuan aku adalah untuk mencurahkan idea untuk menyiapkan tugasan di Microsoft Word. Tapi, akhirnya, tangan aku gatal untuk menaip benda lain. Ahahah Kegatalan aku sangat tersalah, sehingga jari yang semakin gemuk ini menari-nari dengan lajunya di atas keyboard laptopku yang sudah tua ini.

Mata aku menjeling di tepi toolbar laptop mudaku ini, dan jam menunjukkan tepat jam 9.39 pm. “Introduction untuk report wireshark, failed WEP Authentication, programming untuk line attributes n property, circle dan ellipse, tajuk thesis, cari dan baca journal, cari info pasal AUV, buat usecase, kaji database utk website dell”. Semua list-to-do yang disenaraikan entah ke mana, kepalaku pusing. Semua tuh perlu disiapkan secepat mungkin, secepat yang boleh kerana due date adalah minggu hadapan. Jariku nih semakin pantas menaip.

Sebenarnya, tak tahu apa tujuan jariku ini menaip di sini. Mungkin kebosanan, roommate ku sudah bertolak ke Melaka pagi tadi. Ada ‘Family Day’ anjuran tempat lama dia bekerja. Internet tiada di bilik. Tambah pulak dengan kerja yang banyak, semakin berselirat urat-urat dalam kepalaku nih.

Ramai kawan kawan yang ku jumpa, YM, GTalk, bertanya:

“Eh, camne kat sana? UiTM dengan UTM mana yang best?”
“Sama ke belajar macam degree dulu???”
“Ada ramai kawan tak kat sana?”

Pendek kata, belajar kat mana-mana pun sama. Mungkin persekitaran yang berbeza. Kawan-kawan dah tak sama. Ramai pak arab kat sinih. Kalau kelas aku ada dalam 45 orang, pendek kata 30 orang adalah foreigner dari Iraq atau Iran. Cubalah bayangkan betapa mereka mendominasi kelas itu.

Aku daftar 2 minggu lambat dari orang lain kerna ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Banyak jugak kelas yang aku dah tertinggal. Mula-mula masuk kelas, mata aku cuma dapat tangkap pak-pak arab. “Ah, sudah!!!” aku kata dalam hati. Lidah jawa aku sudah terbelit untuk bercakap bahasa omputih. Bahasa arab apatahlagi.

Tapi, setelah 3 minggu pergi kelas, aku dah boleh biasakan diri dengan persekitaran. Jalan dalam UTM nih mungkin belum lagi hafal sepenuhnya, tapi tau la sket-sket..ehehehe Secara ringkasnya, walaupun orang ingat belajar sarjana secara full time adalah sangat simple, anda silap sebenarnya. Sem ini aku carry 5 subjek. “Dissertation 1, Advanced Computer Networking & Communication, Advanced Databases, Adv. Software Eng dan Adv Computer Graphics”. Kalau buang perkataan ‘advanced’ dalam subjek tuh, tuh semua dah pernah ambik dan belajar masa sarjana muda. Tapi, perkataan ‘advanced’ tuh memang melambangkan ke’advance’an yg sungguh. Ahahha perosak bahasa sungguh.

Dalam sedar tak sedar, aku telah menghabiskan masa menaip di sini. Kerja-kerja yang terbengkalai minta disiapkan secepat mungkin. Esok, ada discussion group. Oh, rajinlah wahai diri ini…!!!

Walau papapun, moga-moga lipatan baru nih (uni baru, kawan baru, persekitaran baru) mendatangkan banyak manfaat untuk aku. Terima kasih untuk semua yg memberi dorongan dan nasihat sebelum aku masuk uni nih. Doa dan terima kasih aku untuk korang semua. Korang memang very the best laaa!!!

ps://entri ini selamat ditepek pada keesokan harinya setelah ia ditaip...sekian..ahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...