Tuesday, November 22, 2011

Boyfren Muda?


 Baddrol Bakhtiar



Khairul Fahmi Che Mat


 Muslim Ahmad *buat aksi comel kat padang, siap "saya tak buat, saya tak buat. bukan saya bukan saya."*


 Yong Kuong Yong





Pendek kata, semua adalah HERO. Semua adalah BOYFRIEND paling kacak dan hensem. You all RAWKKKK seyhhh! :) 



Semua gambar kat atas, hasil carian Google. Thank you sumber utama. ;)

Rasa nak menangis. Meremang kot bulu roma. Setiap detik bawa saat cemas dan gundah gulana. Penat jerit. Penat bersengkang mata, walhal kelas pukul 8 pagi esok. Tekak dah perit je, penat dok teriak. Satu taman perumahan nih boleh dengar kot kitorang jerit. Isk isk isk. Jatuh saham. ;)

Well, tahniah tahniah tahniah. Alhamdulillah syukur syukur syukur. Malaysia Boleh! Malaysia-Indonesia (1-1), Penalti 4-3:) You go boyfriends! ;) 

p/s: Kalau boyfriend muda, girlfren tua. Ada masalah tak? ada tak ada tak? ;)

Sunday, November 20, 2011

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi ALLAH

“Dedicated to my beloved family and friends, without their understanding, supports, and most of all love, the completion of this work would not have been possible.”

Tak ada apa yang aku dapat cakapkan. Gembira, suka, bangga, puas hati, lega, penat, letih, syukur, syukur, syukur ALHAMDULILLAH. Dua tahun beb sambung, payah susah suka duka semua jadi saksi. ;)


Biarlah gambar yang memberi ungkapan kata-kata. Biarlah gambar yang menterjemah rasa dalam hati ini. Chewahhhh! Cakap banyak bermadah berhelah pun tak guna. ;) Jom tengok gambar. ;)









Klik READ MORE untuk lihat banyak gambar sampai jelik. ;)

Friday, November 18, 2011

Diskusi Seremban

Minggu nih boleh dikategorikan sebagai MINGGU SIBUK. Hari Isnin Selasa ada Konferensi dekat Seremban, Rabu ada belajar mengaji menggunakan teknik ketuk ketuk. Khamis ada kelas dari 8 pagi - 11.30 pagi. Jumaat pulak, update blog dan gambar di FB. ahahah takde takde, tipu tipu tang hari Jumaat tuh.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan, pengalaman masa berkonferensi di Seremban nih adalah BEST, MENGUJAKAN dan memberi informasi berguna buat diri ini. *tetiba tukar mode sasterawan negara*


Okkay lah semua, tanpa membuang masa, marilah kita melihat gambar gambar. :) Tuan punya blog dah penat menaip. ;)






Klik READ MORE untuk gambar yang lebih banyak. ;)

Monday, November 14, 2011

Makan Makan-an

Sapa yang tak suka makan? I mean, "Sapa yang tak excited bila cerita tentang makan?" Kan? Kan? Jadi, hari nih, biarlah saya cerita tentang MAKAN. *gambar mengikut kronologi masa kejadian*

 Ini dekat Restoran Warisan, N9. Masa farewell party Akak-yang-nak-sambung-PhD. Tak ingat bila, tapi ada cerita tentang nih dalam entry nih.

Friday, November 11, 2011

Ambik Berkat

Dari pemerhatian aku, hari Jumaat nih (11 hb 11 2011), ramai kengkawan yang post status kat FB, yang lebih kurang camnih, "11/11/11, 11:11:11 am". ;) Hari Jumaat nih jugak, aku nak ambik berkat-dan-tempias-orang-kawen dengan post video kahwen kat dalam entry blog. ;) Boleh tak macam tuh. ;) Aci tak? Aci tak?

Sila sila lah tekan button PLAY eh? ;)





Agak lama nak buat video nih, sebab tak ada idea sebenarnya. Asyik dok kepam dalam folder je dari hari tuh lepas balik kenduri kawen kawan kat Kota Tinggi. Boleh rujuk entri sebelum nih. Tujuan buat video nih ada dua.

Yang Pertama - video mengganti ketidakhadiran ke kenduri Wafi & Sab ;) aci tak?
Yang Kedua - a weekend of housewarming at Sabrina's house. chit chat sampai pagi. ;) — with Fara.

Music:
1. Jack Johnson - Better Together
2. Mocca - I Remember
3. 6xth Sense - Yang Sempurnakanku

Video nih tak teliti sangat masa pembuatannya, ececececeh ayat kauuuuu. Tapi, segala komen, kritikan membina, boleh letak kat ruangan komen eh? ;)

Tq semuaaaa ;) Assalamualaikum. Jangan lupa baca selawat banyak-banyak eh. ;)

Monday, November 7, 2011

Perasaan Kamu

*ENTRY INI BAKAL DI "DRAFT" KAN SETELAH BEBERAPA JAM*

Pernah baca kisah Cikgu Maryam dengan murid-murid tadikanya? Dipendekkan cerita, Cikgu Maryam ajak anak-anak murid dia main game. "Berapa orang yang kamu benci dalam kelas nih? Esok, bawak pisang ke kelas  melambangkan berapa banyak orang yang kamu benci. Contoh: Kamu benci 3 orang, jadi, bawaklah 3 biji pisang ke kelas. Permainan nih akan kita buat sampai seminggu. Simpan semua pisang tersebut dalam beg kamu dan bawak ke kelas tiap-tiap hari sampailah genap seminggu."

Kesimpulannya, kesemua kanak-kanak itu tadi, membawa pisang ke sekolah sehinggalah berbau busuk pada setiap hari. Mereka semua mengadu. Baju berbau busuk. Beg pun begitu jua. Tambahan pula, beg mereka menjadi semakin berat.

Pengajarannya: "Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.


Simple kan citer nih? Pengajaran dia pun memang betul. Sangat betul. Kadang-kadang, terfikir jugak. Buat apa nak benci-benci orang kan? Buat busuk hati kita je.

Aku ada satu situasi. Ada sorang kawan lama, dulu dia ada buat seswatuh-yg-tak-ok dengan aku. I mean, sakitkan hati, sampai berbulan lamanya hati aku bernanah. Sampai kalau boleh, memang aku tak mahu langsung tengok muka dia kat mana-mana. Kalau boleh, memang tak mahu terserempak dengan dia kat mana-mana.

Baru-baru nih, dia add aku dekat FB. I mean, no offense lah kan. Aku memang tak fikir panjang, aku terus respond to friend request, NOT NOW. Masuk hari nih, dah 4 kali dia add aku. *kita kan boleh cancel request and add new request* Nak kata aku benci dia lagi, tak tahu lah. Rasanya bukan perasaan benci. Perasaan yang tak tahu nak describe. Perasaan yang kalau boleh, aku-tak-nak-approve-sebab-tak-mahu-chat-tak-mahu-tahu-langsung-perkembangan-kau. Itu benci ke eh?

Ataupun, mungkin sebab kesan nanah dulu tuh, memang betul-betul bernanah. Setengah tahun rasanya aku kena saiko, kena panggil sebagai "Janda *---nama dia---*" setiap kali jumpa kawan-kawan dia. Tapi, aku kan superwoman. ;) Cuma pekakkan telinga dan butakan mata, walhal masa tuh, malam-malam bantal basah buat tidur. ;)

Tapi, betulkan. Kita sepatutnya berterima kasih dengan orang-orang yang macam nih. Orang-orang yang macam nih la, yang buat kita makin matang. Makin berhati-hati. Makin berwaspada. Makin kuat.

Eleh, dalam tak mahu approve friend request, curi-curi jugak tengok profile dia dari semasa ke semasa. Semangat ingin tahu kau memang kuat kan, cik kiah? Dia buat apa sekarang, dia macam mana sekarang. Tak nak ngaku kan?

Okes, aku dah merepek, kalau macam tak kena je, aku draft kan je entry nih lepas publish. ;) But, do leave me a comment, huh? 

Btw, Selamat Hari Raya Qurban semua. Berkorbanlah masa, tenaga, kasih sayang demi kepentingan bersama. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...