Tuesday, January 26, 2010

Omelan Kosong~

“Betulke kalau kita sayang dekat orang tuh, kita sanggup buat apa saja?”

Hohoho pertanyaan cepugangsa bak kata Abby Fana. Situasi yang berlaku semalam memanggil-manggil aku untuk menaip. Situasi yang mana seorang kawan bernama Encik Z yang entah tiba-tiba dari mana menelefonku. Bertanyakan bila dia boleh jumpa aku untuk bercakap sesuatu. Encik Z nih tak de la baik sangat dengan aku. Nombor telefon dia pun aku tak ada. Tapi, dia nih pernah la datang raya rumah aku sekali dua.

Kemudian, baru la aku tahu. Dia kata dia tolong awek dia promot barang. Barang nih pulak, perempuan je yang pakai. Boleh dikategorikan barang perempuan.Aku rasa dia nak cerita panjang-panjang dengan aku pun, dia segan. Lepas tuh, dia kata dia nak bagi website awek dia tuh. Aku pun kata OK je.

Kemudian, aku terfikir. Mana la Encik Z dapat kekuatan untuk bercakap/mempromosikan barang yang bukan dia biasa, jual dekat aku yang belum tentu nak beli nih. Yang lagi hebatnya, bukan aku sorang je yang dia promot, tapi, kawan-kawan aku pun sama. Mungkin semua kenalan perempuan dia telefon bercakap pasal benda yang sama. Mungkin bagi Encik Z, jawapan untuk soalan di atas adalah ”BETUL”.

Disebabkan tajuk entry nih pun omelan kosong, bukan omelan satu atau dua atau tiga, maka isi dalamnya perlulah kosong jua kan? ahhaha Jam tepat 2.35 pagi. Baru selesai habiskan The Vampire Diaries episod 09. Tinggal lagi 1 episod untuk ditonton. Minggu depan baru boleh donlot episod 11. Satu episod tuh biar dulu, simpan untuk tengok esok malam.

Pelik kan hati manusia? ”Kengkadang benda yang kita suka, kita tak nak dia habis cepat”Ironinya, chewahhh...ayat tetiba Bahasa Melayu A+. Ok ok, kembali ke Bahasa Melayu A- SPM. Biasanya, macam tuh la. Ada banyak ungkapan yang sedap didengar, dan tak sedap didengar. Ungkapan. Eh, tak pernah dengar ke? Pergi tengok Roda Impian 5.30 petang TV3. Ada kategori UNGKAPAN. Ahha

Ungkapan 1

”Kengkadang benda yang kita suka, kita tak nak dia habis cepat”.

Macam adik aku, bila dia makan something yang dia suka, dia akan ketepikan dalam pinggan. Takpun, bila dia makan burger, dia akan makan roti dulu. Kemudian, baru dia makan daging. Save the best for the last ;)

Bila kita terbalikkan makna ungkapan nih, lebih kurang camnih:

”Kengkadang benda yang kita tak suka, kita nak dia habis cepat”.

Ungkapan 2

”Kan aku dah kata???”

Ungkapan nih memang tak sedap didengar. Bila seseorang dah bagitau kita sebelum nih, tapi kita tak mahu dengar dan tak mahu percaya. Disitu kita akan dapat ungkapan nih. Percayalah, kalau kita pernah cuba untuk ungkapkan ungkapan nombor 2 nih, fikir dua kali sebelum cakap ungkapan nih. Ini ungkapan yang paling kita tak nak dengar.

Ada banyak lagi ungkapan yang kita biasa dengar. Tapi, sebab dah berjela sangat entry nih, aku berhenti dulu. Chau Chin Chauuuuuuuu!!! Oh, lamanya tak sebut perkataan chau chin chau. Rindu, rindu.


Ps://ada jugak kawan lama yang tiba-tiba telefon bertanyakan sama ada aku sudah kerja atau belum. Lepas tuh, baru aku tahu yang dia jual insurans. Patut dia tak cakap apa-apa masa telefon tuh, sebab takkan dia nak jual insuran kat orang yang masih belajar, kan kan kan ?

Thursday, January 21, 2010

“Bye Teacher!”

“Teacher, this is correct or not?”

“Teacher, cepat la tanda….dah nak pukul 8 nih. Nanti, mak saya datang. ”


Oleh kerana kelas aku semester ini adalah 2 hari sahaja, Isnin dan Selasa, aku dan 2 orang classmate lagi, Wong dan juga Isma, telah memulakan sesi pencarian kerja sambilan. Minggu lepas, kami bertiga mencari kerja kosong dekat pusat-pusat tuisyen sekitar belakang uni nih. Tapi, diorang cuma perlukan pekerja dalam kuantiti yang sedikit. Maknanya, takde la diorang nak ambik 3 orang pekerja sekaligus. Minggu lepas, aku di tawarkan jadi tutor, ajar bebudak darjah 4 dan 5. 4jam setiap hari Sabtu. Disebabkan kitorang bertiga mintak kerja tuh sama-sama, tapi, bila sorang je yang dapat, kenala tolak. Barulah adil dan saksama. Kan?

Ok, skip part tolak menolak nih. Pendek kata, malam tadi, kitorang bertiga dah start kerja marking untuk satu pusat tuisyen K*M*N. Bayaran dia tak semahal kerja tutor, sejam cuma rm5. Tapi, bolehla. Daripada bosan-bosan duduk bilik tidur makan je.



Oh ye, kenalkan, inilah classmateku, Isma dan Wong.

Sambung balik citer pasal kerja nih. Masuk je kerja, kena cuci tangan guna sanitizer. Hp off, beg letak bilik khas. Lepas tuh, duduk dekat meja dan tunggu budak-budak kecik hantar exercise diorang. Ada kotak IN, OUT, correction. Malam tadi je, ada 8 orang untuk kerja marking nih. Cuba bayangkan kotak IN tuh sentiasa penuh. Ada je exercise nak kena marking. Lepas tuh nak kena grading, record dalam record sheet setiap budak. Kotak nak isi markah untuk sebulan punye kerja, kecik gila kotak dia. Lebih kecik dari buku kotak-kotak matematik tingkatan 4.

Setakat semalam, tak tensi bila kerja. Tapi, tensi sket bila ada budak duduk depan kita, tunggu kertas dia ditanda. Aku pulak masih terkial-kial, kalau jawapan diorang salah, aku bukan buat double check, aku siap triple check. Lepas marking, letak star* kalau masa dia habiskan jawab satu modul lebih cepat dari target time. Semua tuh kena record dengan teliti dalam record book untuk setiap sorang yang kita tanda.

K*M*N nih bukan pusat tuisyen yang ajar-ajar, tapi dia akan bagi latih tubi banyak-banyak. Kalau tak paham, baru budak tuh tanya. Pendek kata K*M*N nih :

-worldwide. Cuba korang google, K*M*N, untuk *star pertama vokal U, *star kedua vokal O. Ada lebih 26,000 pusat di 46 buah negara seluruh dunia.

-marking dia standard. Kalau seluruh page tuh betul semua, buat satu bulatan besar dekat page tuh.Kalau page depan dia full mark lagi, bulat lagi satu, dan tulis ”100” besar-besar dalam bulatan tuh. Kalau ada salah, tick dekat soalan tuh. Kelakar jugak bila ada budak tegur cari kitorang marking.

“Teacher, why you put star* here?” here - kitorang letak star* dekat muka surat belakang sheet tuh.
“Oh, this is becoz all the corrections that you done are correct.”
“No, cannot… star should be here.” here – budak kecik nih point dekat page depan sekali answer sheet tuh.

Macam-macam karenah boleh jumpa:

“Kenapa cikgu tulis 100 nih kecik je? Orang lain semua tulis besar-besar tau. ”

“Cakapla dengan cikgu.” Kata adik lelaki kepada kakaknya.
“Kenapa ?” tanya aku. Cepat-cepat kakak dia geleng kepala laju-laju.
“Saya tanda salah ke ?.”ceh, saya gituh. Kata ganti diri yang sungguh sopan.
Adik beradik nih geleng kepala lagi. Akhirnya, akak dia kata,"Kami nak balik awal."
”Ooo, tunggu kejap eh. Sket lagi saya habis tanda.”

"Teacher, how many box I should color today?" Bila diorang nak balik, diorang akan warnakan progress diorang. Kira sampai mana diorang dah buat modul.

Tapi, aku paling ske, bila diorang nak balik, ayah diorang jemput, bebudak nih lambai dan kata:

”Bye Teacher..” Swit kan?

Monday, January 11, 2010

Mari Berchenta~

Lama rasanya tak menaip atas keyboard. Bukan keyboard alat muzik tuh, nih keyboard komputer. Ingat aku nih pencipta muzik ke selalu nak main keyboard bagai ? ahahha Marah marah. Aku marah nih. Ada cerita sedih di situ. Ada nada rendah untuk ayat pertama pendahuluan nih. Tapi, tuh semua tak penting. Sekarang nih adalah masa untuk bergumbiraaaa!!! Jom kita buang semua nada sedih, ayat sedih, masukkan dalam recycle bin, empty recycle bin, dan pastikan kita boleh dapat balik data yang dengan sengajanya kita buang. Tahun 2010 kan tahun baru!

Ok, cukup cukup dengan bebelan yang kurang berzat nih.Aktiviti yang berzat dan bukan main-main punya adalah ”Perjumpaan Bekas Rakan Sekelas 5 KJ 1 2004”. Ini berada dalam carta teratas 10 aktiviti yang aku mesti dibuat.

Tapi, tajuk “sekelas” dalam ”Perjumpaan Bekas Rakan Sekelas 5 KJ 1 2004” macam ramai sangat je bunyinya yang turut serta perjumpaan tuh. Aku tukar la tajuk nih. ”Perjumpaan Bekas Rakan “Perempuan Sekelas” 5 KJ 1 2004”.

Nampak tak bezanya?

Rasa tak lengkap kalau bebel tanpa arah tujuan, tanpa dibuktikan dengan gambar. Macam kita pergi Negara Korea, jumpa pelakon. Contoh nama dia Rain, tapi bila orang tanya, mana gambar? Kita kata kamera rosak masa nak ambik gambar tuh. Jadi, kurang gempak la penipuan tuh kan?



Jadi, dengan ada gambar nih, maka terbuktilah pembuktian tajuk ”Perjumpaan Bekas Rakan Perempuan Sekelas 5 KJ 1 2004” melalui Theorem-Pergi-Korea-Jumpa-Rain. Untuk membuktikan lagi, nih ada satu lagi gambar.



Nah, kan betul tuh rakan ‘perempuan’ sekelas 5KJ1. KJ adalah erti kata pendek untuk Kejuruteraan Jentera, sekarang nih orang panggil Mekanikal. Memang 4 ketul orang je yang berjantina perempuan kalau ikut kad pengenalan. Memang riuh la bila kumpul balik. Yang sorang jerit ”Haaaa”, yang sorang lagi jerit ”Hiiiii”, sorang lagi ketawa mengilai ”Muahahahahahah”, sorang lagi membebel ”Bla bla bla”. Syiok je rasa. Karaoke sampai 2 jam, main bowling semua dapat spare kecuali Sab yang pro. Sebab lane yang teruk kat situh, bola yang tak best, entah kurun keberapa punya, aku yang jarang-jarang spare, tiba-tiba spare. I laiiiikkkkk. Makan Yong Tau Fu dekat jam besar tuh, tengok sunset dekat Danga Bay, naik gerabak yang gedek-gedek tuh. Syiok buat kali keduanya. I laikkkkkkk buat kali keduanya.

Tiga orang kawan aku nih comel-comel je. Kalau ikut ketinggian, aku tinggi sket dari diorang bertiga nih. Masa sekolah dulu, bila balik je dari sekolah nak ke asrama, bila empat empat orang lari terkedek-kedek, bila aku sorang je yang nampak lebih tinggi dari fara, wana, sab, ada je suara-suara budak lelaki sumbang menjerit dari belakang.

”Oi mak itikkkkkk!” tuh panggilan untuk aku.
”Oi anak-anak itikkkkkk!” tuh panggilan untuk fara, wana, sab.

Tapi tuh dulu. Kengkawan aku yang comel-comel nih dah keje dah semua. Sikit masa je lagi nak kawen. Bukan lagi budak-budak sekolah yang dulu lari terkedek-kedek kejar lauk sedap dekat dewan makan. Bukan lagi budak sekolah yang bangun lambat masa rombongan kelas ke Penang. Bukan lagi budak sekolah yang kena pakai bedak habuk tingkap sekolah masa kena denda dengan cikgu Yunus sebab tingkap kotor sangat. Bukan lagi budak yang minat diam-diam dekat sorang budak laki yang sekarang dah bermisai berjambang. Bukan ye kawan-kawan. Alangkah indahnya saat ketika itu.

Ok sudah. Aku terperasan umur masih 17, sedangkan umur itu sinonim untuk tahun 2004. Sekarang sudah 2010. Rindu. Siyes Rindu.

Anak-anak itik semua, ingat tak gambar nih???

Align Center

saat mana aku kena duduk dan korang bertiga berdiri bila nak ambik gambar. Kiut je kan? ;p

Ps://esok kelas pagi dan petang. Thesis tak gerak langsung. Coding tak start lagi. Present Progress minggu depan. Aku tunjuk gambar kita main bowling je kat slide presentation tuh nanti. Muahahahahah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...