Thursday, May 21, 2009

Semua Nan Indah~

Sebenarnya, aku tak tahu tajuk apa yang seswai untuk entry nih. Laju je tangan aku menaip, entah dari mana aku dapat tajuk "Semua Nan Indah", aku pun tak tahu...ahaks

**************************************************************************************************************

“In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful…”

Praise to Allah: Alhamdulillah, with His bless and family especially my beloved father who prays for me day and night, I am able to complete this thesis entitled “*******”. First of all, I would like to express my gratitude towards my project supervisor, ***, who had given me her most valuable advices, motivation, guidance, and supervision throughout this project. I would also like to thank my project coordinator, **** for her moral support, guidance and instructions in obtaining a good research.


To my beloved family who are always there for me whenever I need them and million of thanks for all the supports, blessing, loves and financial support they had given me. My thanks also extend to my friends, who are very helpful in giving me information and creative idea for this project. I would not have done it without the help and motivation from all of you. Last but not least, a special thank to all individuals who I forgot to mention their name here, which have been directly or indirectly helping me to finish this final year project.

**** - Terpaksa di sensor, confidential information. ahahah

**************************************************************************************************************

Walaupun ayat penghargaan nih aku ciplak entah dari sapa punya thesis, dan kemudiannya aku gabung2kan...diulang sekali lagi, (Walaupun... aku copy and paste acknowledgment nih,) Walaupun...aku ciplak entah dari mana, tapi aku memang betul2 maksudkan. Masa taip acknowledgment nih, rasa panas je mata aku.

Terbayang segala usaha menyiapkan thesis nih, rasa macam payah sangat nak habiskan projek untuk semester 6 nih. Bermula dari proposal, aku rasa, perjalanan tuh masih lagi lancar, walaupun ada tersadung sana dan sinih. Tapi, bila nak implement sem 6 nih, aku rasa macam satu beban yang besar, even projek aku tak lah besar mana. ahaha

Sepanjang semester 6 nih, aku terima dua beban. Beban yg pertama, bila aku terangkan flow dan tunjuk perkembangan projek aku, koordinator kata:

"Oh, kalau macam nih, your project is simple. I think benda nih, dalam masa...hmm, dalam 20 minutes camtuh, you boleh siapkan."

lepas tuh, aku terpempan. 20 minit????

"I am so sorry to say this, lagi 2 minggu you nak present, baru saya cakap benda nih. Sebab b4 this, I tak realize your project is simple."

Rasa nak menitis air mata aku masa tuh. Bengang pun ada. Tapi, aku cover lagi.

"I think you should do the human body movements. Dancing movements. Contoh macam, zapin, mak yong. Kalau tak sempat, you focus dekat pergerakan tangan je."

Balik je bilik petang tuh, aku memang dah tak dapat tahan. Benda yang dah nak siap, tiba2 ada pertukaran. Memang cadangan, tapi bila someone dah kata, "Your project is simple" dan 20 minit??? Aku tak tau nak buat apa masa tuh. Masa yang suntuk untuk ubah benda tuh. Malam tuh, seperti saranan dan cadangan yang diberi, aku pergi fakulti, dan cari semua journal2 pasal body movements, tarian, cari zapin, makyong dekat YouTube...

Tapi, akhirnya, bila keesokan harinya, aku bagitahu dekat supervisor pasal saranan tuh, dia cuma jawab, "Tak payah. Kita bukan nak ajar tarian makyong ke apa, kita nak ajar object-oriented." Fullstop.

Beban kedua pulak, bila masa Mock Viva. Aku menitis kat depan masa presentation. Tak tau kenapa. Mungkin masa tuh, aku letih untuk memahamkan semua panel tentang projek aku. Dan, mereka cuma cakap, "Tak paham, tak paham." Bila aku terangkan (panel orang lain, siap bagi marker soh aku terangkan kat depan), dan bila makna tentang projek aku telah sampai dalam diri panel2 itu, mereka cepat2 mahu balik.


"Skip skip. next next."

Tiada recommendation, tiada saranan. Yang ada, cuma "Tak paham, tak paham". Yang ada cuma gelak ketawa sinis untuk aku. Aku tak expect diorang gelak kan projek aku, atau gelakkan aku kat depan tuh, sebab aku bukan tengah ujibakat Raja Lawak Astro masa tuh. So, motif apa panel2 nih gelakkan aku??? Akhir pembentangan masa tuh, suara aku pun dah tersekat sekat. Air mata pun dah bergenang. Tiba-tiba, salah sorang panel tuh kata:

"Eh, awak jangan la nangis!!"

Aku geleng kepala tanda menafikan. Tapi, zappp...aku tak suruh pun air tuh jatuh, dia jatuh sendiri. Dan, panel2 yang nak sangat balik tuh, terus je kemas2 beg dan blah.

"Ye ye...boleh balik dah kan? habis dah kan?" <- sila baca dengan nada budak kecil yang excited bila boleh balik dari tadika. Oh, sungguh hati aku tercalar masa diorang cakap dan ketawa.

Aku boleh expect markah aku untuk mock viva tuh. Aku letak jugak entry nih, tanda lepas perasaan. Dan, bila aku buat appointment dengan supervisor keesokan harinya, aku pun sudah boleh jangka apa yg dia akan kata.

"Apa cerita nih? 2 panel awak semalam, pagi2 lagi dah datang cari saya. Ngadu pasal awak."

Dan, seperti biasa, supervisor aku cool aje. Aku sangat2 appreciate apa yang dia bagi kat aku. Motivation, support, tunjuk ajar semua tuh.

Dan, yang penting bila dua beban besar nih ada, kawan2 aku sentiasa ada untuk moral support. Aku sangat2 appreciate semua tuh. Aku sangat lega sebab dapat kawan macam korang. "Semua nan indah". Mungkin dari sini, tajuk utk entry nih datang. Thanx banyak2 eh.

***********************************************************************************************************

Hari nih, 20 May 2009, senarai nama yang perlu buat hard cover thesis dah kuar. Dan, memang syukur sangat2 nama aku pun tersenarai. Alhamdulillah, dan congrats untuk semua kawan-kawan!


Aku rasa dah terlebih membebel, "Your bebelan has crossed the limit."
(^_^)V

Wednesday, May 6, 2009

BBQ Party ~ A Moment to Remember (Part 2)

Pada malam 4 Mei 2009, kalau mengikut apa yang dirancang, lepas maghrib tuh dah start kipas ayam. Tapi, diorang (Ahli Jom Kalut bahagian makanan) kata, pukul 7 petang pun ramai lagi yang jogging kat tasik tuh, takkan la nak nyalakan api plak kan???

Untuk Ahli Jom Kalut Ayam yang penat beli dan perap, terima kasih banyak2. Untuk aktiviti kipas mengipas, bakar membakar nih, memang terima kasih jugak kat sapa2 yang berpeluh mengipas nih. Dekat pukul 10 setengah malam jugak baru siap kipas semua ayam. Ayam tuh nasib baik rilex je kena kipas. Muahahaha


*klik untuk paparan yang lebih besar dan jelas*



Oleh kerana tak nak buang masa, Ahli Jom Kalut Aktiviti terus buat rancangan main “Telefon Buruk”. Orang dapur pun join main telefon buruk, dan memang buruk habis laaa telefon tuh…ayat dia aku tak ingat sangat…ada dua ayat. Untuk ayat pertama, Ecah jadi penelefonnya, ayat kedua, Shafik pulak penelefon pertama. Ayat yang pertama, lebih kurang camnih la bunyiknya.

“Usop Kerbau cakap kat Timah Jepun, yang Ali Kangkung cakap Samad Kengkang nampak Bedah Gemuk jatuh longkang terkangkang.”

Orang last sekali dapat 5 patah je…Usop, tertempang, bla bla bla…entah pape ntah.

Ayat yang kedua, lebih kurang macam dalam gambar nih. Last sekali, tinggal ayat basi la, nasib ayat farmasi dan Ali tuh ada gak.


"telefon buruk" yang sememangnya penelefon semua busuk2 belaka...ahahha

Lepas main telefon buruk, sesi bagi anugerah pun bermula…pemenang2 nya adalah... semua yang datang…ahahah sebab nih anugerah suka-suka, so, harap korang yang datang pun suka-suka eh…diulangi, no “hard & heart” feeling, ok?







Lepas sesi bagi2 anugerah, sesi persembahan pulak. Sangat kiut okey, Teletubbies Delima nih....ehehhe Ahli Jom Kalut Persembahan, Ecah, Hilda, Ira, Nurul, Safa…kiut miut la korang!



Lepas ayam pun dah siap dikipas, sesi makan makan pulak. Sesi makan2 nih sememangnya ditunggu2…ehehehe Nama pun, BBQ Party kan?..Ayam la subjek utama, dan ditunggu2…hahaha makanan semua sedap dan yang penting hasil kerjasama semua, terhasilla satu menu yang best…ahahah Cayalah Pengipas dan Pemerap sekalian!





Makan sudah, perut pun dah kenyang. Naszuan dengan Taufiq pulak main gitar, pastuh kitorang main “Truth or Dare”. Yang pilih Truth entah pape je. Soalan masing2 berbisa, “Pernah kecewa berapa kali?, Sapa nama awek kau?, Dalam ramai2 nih, sape yang pernah kau terrrsuka?” Jawapan pun entah apa2, Eva la, Nurul Ahmad la, tak pernah lagi la, kecewa dua kali la…ahahaha yang Dare plak, nih hasil idea Ahli Jom Kalut Hadiah. Ada yang kena belakon ala2 mak nyah, ada yang kena cakap “Cuka Campur Kicap, Cuka Kicap” berulang kali dgn laju, ada yang kena cakap, “Sayang sayang, sayang saaaayaaaaang sayang, sayang sayang sayang ???”, ada pulak kena baca sifir “Sponge Bob” sampai sifir sembilan. Hahaha semua terbelit lidah nak sebut…

Apa apa pun, lepas tuh, ada sesi semua orang bercakap. Sepanjang kenal dua tahun tiga tahun nih, mesti banyak benda terkasar bahasa, terngumpat, terkata, terkecil hati, semua tuh harap di ampun, dan moga kita sentiasa keep in touch ! Oleh itu, sama2 la kita beli kad “Touch and Go!” ehehehe..Dekat pukul 1 pagi, baru sampai dengan selamat nya ke kolej, dengan jasa Azuan mengangkut penghuni2 kolej Teratai, Melati, Delima yang kiut miut nih..ahaks…

Sebagai kesimpulannya, “Mak sukaaaa nyah...”

... ... ...

nih iklan sket, gambar masa datang lawat Duan kat Hospital Klang.

ps://tak study lagi utk exam philosophy 8hb Mei nih...ehehehe semoga berjaya untuk diriku!...yeayhhh!

BBQ Party ~ A Moment to Remember (Part 1)

Bunyi entry nih cam gempak je kan ??? ehehe Program BBQ nih kalau diikutkan lebih kurang sehari je dirancang. Hasil kerjasama semua org: dok sms sapa yg nak g tak nak g, dok kecoh pasal resepi ayam yg baru nak Google sehari sebelum tuh, dok main tarik tali pasal tarikh yang seswai nak buat, dok kecoh pasal hadiah dan aktiviti…walau camna pun akhirnya, berjaya jugak BBQ Party nih diadakan. Hidup CS230 ! ehehe

Lepas bincang2 dengan Ahli2 Jom Kalut (AJK) di Dataran Cendekia (DC), malam tuh diorang terus plan nak beli barang2 untuk BBQ. Ahli Jom Kalut bahagian gift pulak, pagi sebelum BBQ tuh baru dok terhegeh-hegeh tempah bihun dengan beli gift kat Hot Market. Sebelum terlupa, malam lepas bincang dekat DC, Dat dan Naimah (pembantu Ahli Jom Kalut), telah merempit ke Canseleri (dekat depan main gate UiTM) untuk "mission mencuri mengambil batu-batu putih" untuk dijadikan gift. Akhirnya, mission accomplish tanpa gangguan pak guard atau mak guard. Ehehhee (harta UiTM untuk pelajar dia gak kan?)…Syyyhhhh!!!

Lepas Ahli2 Jom Kalut berbincang pasal gift apa yang patut dibeli, kami terus capai 3 peket chopstick kayu, marker dan reben biru merah jambu. Sampai je dekat bilik dah masuk Zohor. Lepas zohor tuh la, baru kelam kabut memikir cara camne nak buat dengan chopstick2 tuh. Pikir punya pikir, akhirnya semua sepakat buat macam yang dalam gambar bawah nih. Nak tulis satu hal, ikat reben tuh dua hal, nak lekatkan plastik dari sampul buku tuh pun tiga hal, nak stapler pun empat hal. Ahahaha Nasibla cuma 26 orang je, kalau untuk 80 orang punya ke, tak tau la nak kata.

Tentang batu-batu yang dicuri diambil tuh, kitorang decide untuk tulis anugerah suka2 yang kitorang sendiri buat. Mula2 tuh, nak buat undian la kononnya, tapi oleh kerana dah kesuntukan masa, kitorang undi sesama kitorang je. Hal batu nih plak dekat pukul 6 petang baru sentuh, sebab nak tulis tuh kacang mamak je. Ahaha. Tapi, bab pikir memikir tang anugerah yang seswai untuk semua yang hadir tuh, agak pecah kepala jugak la. Sebenarnya, kitorang buat anugerah nih suka suka je, tak de kena mengena dengan hidup atau yang mati. So, for all friends yang dapat award, no “heart & hard” feeling..ok?



Oleh kerana batu putih nih agak tidak sedap bila dipegang (rasa kasar sgt), kitorang ambik keputusan untuk balut dengan sampul buku yang lebih dari chopstick tadi. Tambah sket dengan reben biru pink, jadilah macam bentuk gula-gula yang tak boleh langsung dimakan. Perlu diingatkan, pada malam itu, batu-batu ini telah di CLOROX dan di BERUS oleh Ahli Jom Kalut ( Emaruko & Naimah, pembantu AJK). Cadangan mengclorox diberikan oleh Anis, pembantu Ahli Jom Kalut yang kedua. Oleh itu, segala percubaan memakan batu2 nih, adalah tidak digalakkan sekali. Dan, perlu juga diingatkan, “kalau aku jumpa diorang buang batu2 nih, takpun diorang buat makan2 guna chopstick nih sampai patah…(siap aaa…)” ahahahha Tuh adalah dialog2 pesanan Ahli2 Jom Kalut Hadiah nih…

Untuk aktiviti pulak, kalau ikut apa yang dirancang dan diuwar-uwarkan di Yahoo Group CS230, semua yang hadir kena form satu group buat persembahan. Tapi, sebab dah kelam kabut, memang takde la persembahan. Kebetulan masa Ahli Jom Kalut berbincang di bilik T2310 sebelum malam tuh, singgahla pulak dua orang makhluk Allah nih, Nurul dan Safarina. Aku dengan confidentnya bagitau kat diorang, untuk aktiviti, diorang kena buat persembahan jugak.

Diorang pun tanya, “budak2 lain buat persembahan apa?”
Aku jawab dengan confident tanpa ketawa, “Ada yang buat boria, ada yang nak nyanyi live.”
Diorang tanya lagi, “Korang buat persembahan apa?”
...
Nasib ahli jom kalut yang lain sambung,
“Eh…rahsia la…mana boleh tau…” ahahhaah

Nak tergelak gak aku masa tuh, walhal satu persembahan pun takde untuk malam tuh. Takpe, sesekali bohong sunat…takpe kan ???

Dan…pada malam tuh…diorang (Nurul, Hilda, Safa, Ecah, Ira) muncul dengan topeng yang sangat kiut miut, dan telah bersedia dengan satu persembahan.
Diorang tanya, “Sapa yang buat persembahan first?”
Aku jawab, “Emmm…korang la…korang first eh?”
Diorang cakap lagi, “Tak nak la…kitorang buat last la…boleh?”
Lepas tuh, aku bagitau la… “sebenarnya, korang je yang buat persembahan malam nih...” Teng Teng Teng… serba salah pulak aku sebab bohong sunat malam tadi…ehehehe tapi, persembahan diorang sangat kiut dan best…Thanx ye !!! (sebab tak marah aku..)

Untuk persembahan dan aktiviti, aku sambung part 2 nanti…ehhehehe

ps://lepas malam bbq, aku tidur tak sedar diri..muahahah

Friday, May 1, 2009

Bila Hari Ibu?

Seorang kawan aku ada SMS, “…Bila hari ibu? ” agak berkerut kening aku masa baca SMS dia. Tengah SMS pasal exam, tiba-tiba dia tanya plak bila hari ibu. Setelah keningku tak berkerut lagi, aku balas SMS dia. “Tak silap aku, hari ahad minggu yang kedua dalam bulan Mei. Kiranya, ahad minggu depan la…”
…...........................

Hari ibu jatuh pada Hari AHAD pada minggu kedua bulan MEI, tiap tiap tahun. ;) Happy Mother's Day ;)

...........................



Aku ada cerita tentang Hari Ibu. Ada sorang kawan aku nih, nama dia biarlah aku rahsiakan. Apa kata aku namakan dia Si A. Masa sekolah menengah tingkatan 4, si A yang bersekolah di asrama, nampak kawan dia yang diberi nama si B (dirahsiakan juga…ehehe) sedang membuat kad. Kad itu nampaknya sangat kreatif, penuh warna warni. Oleh kerana teruja melihatnya, si A bertanya kepada si B.

“Kau buat pe nih?”
Si B pula menjawab. “Ooh, aku buat kad. Nak bagi mak aku.”
Si A tanya lagi, “Mak kau? Besday dia ke?”
Tanpa menoleh ke arah si A, si B nih jawab, “Eh, taklah, esokkan Hari Ibu.”
Si A yang mencuri2 baca ayat di dalam kad itu pun mengangguk angguk paham. Tertera dalam kad tuh,

“Emak, selamat Hari Ibu, Along sayangggg sangat kat mak. Terima kasih sebab jaga Along selama nih, doakan kejayaan along.”

Entah kenapa, bila si A terbaca ayat tulus tuh, hati si A tersentuh.
Si B lihat si A sedang membaca kad yang ditulisnya, lalu si B bertanya pada si A. “Kau tak nak buat kad untuk mak kau ke? Aku ada banyak kertas warna warni. Nak ambik a,” sambil si B juihkan mulutnya ke arah kertas-kertas di sebelahnya.
Si A hanya geleng kepala. “Tak pelah. Thanks.”

Lalu, si A berlalu ke bilik prep yang lagi satu. Duduk di tempat belajarnya, dan meletakkan kedua-dua tangan ke atas buku, lalu kepalanya dijatuhkan. Si A tersentuh. Hatinya bagai ada seswatuh yang tak kena. Selama nih, tak pernah dia ambil kisah akan Hari Ibu. Tak pernah tahu pun akan tarikh itu. Tapi, bila ada seorang yang bertanya padanya, “Kau tak nak buat kad untuk mak kau ke?” Serasa dia mahu meminjam alat masa Doraemon untuk kembali pada 2 tahun yang lampau.

2 tahun yang lampau, walaupun emak si A masih sakit, tapi sekurang-kurangnya, emak si A mampu membaca kad yang dibuat oleh nya. Si A rasa sangat menyesal waktu tuh, sebab tak pernah ambil berat akan hal sekecik itu. Kalau si A buat kad tuh sekarang, pada siapa perlu diberi? Sampai ke tak kad tuh kalau dipos pada posmen? ... Yang pasti, si A bagitau aku, si A pasti sangat bahawa doa, dan Al-fatihah tetap sampai pada emaknya walaupun tanpa posmen, tanpa kad pada Hari Ibu. Tiap-tiap masa dan ketika, boleh sedekah Al-Fatihah. Cuma si A terkilan, tak pernah buat kad untuk si ibu.

Jadi, kesimpulan cerita si A nih, kalau kita masih ada emak dan ayah, tak kisahla hal kecik macam mana pun, tetap kena ambik berat. Walaupun cuma bagi kad, yang penting, hati tuh ikhlas. Setelah mendengar cerita si A, aku yakin dan pasti emak rakannya, si B, sejuk perut bila dapat kad si B.

Si A cerita lagi, keesokan harinya, hari Ahad, bila ada announcement panggil nama si B, “...perhatian kepada pelajar asrama bernama ....(dalam cerita nih, Si B)...sila datang ke pejabat pentadbiran asrama kerana ibu anda ingin berjumpa. Sekian.” Si A yang ketika itu sedang membaca majalah, dapat lihat Si B yang terkocoh-kocoh menyarung tudungnya, mencapai kad yang sudah bersampul dan sekeping coklat Cadbury. Hati si A tersentuh lagi. Sejam selepas itu, si A lihat si B naik ke dorm dengan membawa nasi ayam yang sangat sedap baunya. Nasi itu sangat banyak, malah cukup untuk disajikan kepada 22 ahli dorm itu. “Eh, korang. Marilah makan. Emak aku masak nih.” Terus berkerumun semua ahli dorm duduk mengelilingi nasi itu. “Air sirap pun ada nih.” Disuakan pula dua botol besar air berwarna merah.

......................................

Tutup cerita si A. Pendek kata, terus lah hargai jasa ibu dan ayah kita. Hilangnya tak berganti, patahnya tak tumbuh lagi. Selagi ada, terus lah ekspresikan kasih kita pada mak dan ayah kita. Jangan bila dah takde, baru sibuk nak menyesal. Tak payah tunggu hari Ibu atau Bapa, tak kisahla hari apa, jangan lupa doa ibu bapa. Yang sudah tiada, sentiasa sedekahkan Al-Fatihah....Sekian....tazkirah untuk hari ini...ehehe ;)

ps://cerita ini telah ditokok tambah olehku bagi menambah perisa...muahahahha yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...